Harapan Malaysia dari perspektif golongan muda

1
201

Khirbashini Munugaran berharap kerajaan baharu akan memandang berat aspirasi golongan muda dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan.

Pilihan raya umum 2018 membuktikan bahawa kuasa adalah di tangan rakyat untuk menubuhkan sesuatu kerajaan walaupun kuasa tersebut hanya datang sekali dalam lima tahun selepas penubuhan sesuatu kerajaan.

Kuasa rakyat dinampak dengan jelas apabila kerajaan Barisan Nasional selama 60 tahun dapat digulingkan oleh rakyat Malaysia bersama-sama tanpa mengira berbezaan kaum, jantina dan umur.

Selepas menubuhkan sebuah kerajaan Malaysia yang baru selepas 60 tahun dalam sejarah politik Malaysia, masyarakat Malaysia terutamanya golongan muda mula merasakan matahari yang lebih terang, udara yang lebih bersih dan bumi yang lebih indah dengan harapan bahawa kos sara hidup rakyat menjadi lebih stabil disamping melihat semula bendera Malaysia yang berkibar dengan bangganya.

Pendidikan berasaskan keputusan

Tawaran kemasukan institusi awam perlu diberikan keutamaan kepada pelajar yang memperolehi pencapaian atau merit yang tinggi dalam peperiksaan awam bukannya berasaskan peruntukkan kemasukan institusi awam berdasarkan kaum.

Perkara ini perlu diubah dengan memberikan layanan yang sama rata kepada semua pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang terutamanya kepada pelajar yang ingin memasuki matrikulasi dan institusi awam.

Pilhan raya umum membuktikan bahawa rakyat sekarang adalah lebih matang dan bijak dalam membuat keputusan untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang dapat menyelamatkan negara daripada penipuan, rasuah dan salah guna kuasa.

Oleh itu, pihak pemerintah juga perlu menjadi matang dengan memberi laluan kepada pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang untuk memasuki institusi awam tanpa mengira peruntukan yang diberikan kepada setiap kaum.

Malaysia akan menjadi lebih muda dan baru sekiranya pendidikan diberikan secara sama rata dan adil kepada semua golongan yang ingin melihat sekurang-kurangnya seorang anak dalam keluarganya memegang gulungan ijazah dari institusi awam.

READ MORE:  Wanita kunci kekuatan sosio-ekonomi negara: Perkasakan wanita, perkasakan Malaysia!

Peluang pekerjaan di luar bandar

Kebanyakkan anak muda di luar bandar tidak sanggup membayar sewa yang mahal demi mendapatkan gaji yang mampu membayar hutang setiap bulan dan menampung diri sendirinya di bandar.

Kebanyakkan kerja-kerja professional dan kerja yang berkaitan dengan pendidikan hanya terdapat di kawasan bandar berbanding dengan luar bandar. Ini menyebabkan anak muda terpaksa berpisah dengan keluarga demi menjaga dirinya tidak mengganggur.

Malaysia akan menjadi lebih muda dan baru sekiranya kerajaan baru dapat mempertimbangkan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda yang tinggal di luar bandar demi mengurangkan berbelanjaan seharian.

Memberikan peluang perkerjaan kepada graduan baru

Cukuplah menepikan graduan baru dengan memberikan alasan bahawa majikan lebih suka pekerja yang berpengalaman. Beri peluang kepada graduan untuk menimba pengalaman supaya menjadi mahir dalam satu bidang.

Syarikat-syarikat yang selalu mencari pekerja yang berpengalaman dalam sesuatu bidang telah melenyapkan semangat para graduan untuk mencari kerja; malah mereka hanya melakukan kerja yang tidak releven dengan pendidikan mereka demi menampung dirinya.

Malaysia akan menjadi lebih muda dan baru sekiranya memberikan peluang pekerjaan dan kepercayaan terhadap para graduan tanpa memandang sebelah.

Ini adalah beberapa harapan terhadap Malaysia sebagai golongan muda yang ingin menonjolkan dirinya dalam belbagai bidang.

Golongan muda juga mula mengambil berat terhadap politik dan ekonomi negara dan pada masa yang sama ingin melibatkan dirinya dalam pembangunan negara demi menjadikan Malaysia sebagai negara yang membangun.

Khirbashini Munugaran, yang berasal dari Johor, ialah seorang mahasiswa dalam bidang komunikasi.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Frankie Lim Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Frankie Lim

tiada lagi peminpin-2 yang basi susu madam….angkup bodoh dan cakap tak pakai otak …keutamaan saku sendiri