Lawan rasuah dan kronisme – Apa kata anak muda?

Rasuah berleluasa di Malaysia, dari skandal 1MDB sehinggalah permasalahan duit kopi.

Kehilangan dana awam cukup besar – dana yang sepatutnya digunakan bagi kebajikan rakyat terbanyak, termasuklah anak muda.

Masyarakat sivil melawan wabak ini menerusi Agenda Rakyat yang digerakkan memfokuskan keperluan bagi “Melawan rasuah dan kronisme”.

Bersama-sama dalam webinar, tiga anak muda akan berkongsi dengan kita pandangan mereka tentang apa yang boleh dilakukan bagi merungkai permasalahan tentang korupsi dan apa yang boleh dilakukan oleh organisasi politik dalam negara.

Panelis:

  • Aira Azhari, Ideas
  • Kamil Munim, Pemuda PKR
  • Naqib Al Hussaini, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya

Moderator: Zikri Rahman, Aliran

Webinar dianjurkan bersama penggerak bersama Agenda Rakyat iaitu Aliran, Gerak, Pacos, Save Rivers, Suaram dan Undi18, serta Gagasan Belia. Agenda Rakyat didukung oleh 57 kelompok masyarakat sivil.

 



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments