Pihak PSM, Muda dan beberapa kumpulan lagi berpendapat bahawa usaha mereformasi institusi-institusi negara tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan selepas 2018 kerana Pakatan Harapan tidak mengambil masa terlebih dahulu untuk menyediakan pelan tindakan yang menyeluruh.
Kita semua, pada masa itu, menyanka bahawa perubahan adalah begitu mudah, dan jika kita dapat menumbangkan kerajaan yang korup, semua masalah termasuk rasuah, akan diselesaikan secara mudah.
Tetapi hakikatnya adalah sangat berbeza. Jika tiada pelan yang menyeluruh sebelum mengambil alih kementerian-kementerian kerajaan, pihak baru akan dipengaruhi (hijack) oleh “momentum” sistem yang wujud sebelum peralihan kuasa, dan sistem lama akan berjaya mengekalkan dirinya.
Ini yang telah berlaku dengan Pakatan Harapan dan mereka sekarang terperangkap dalam sistem yang hampir sama dengan sistem yang dipimpin oleh Barisan Nasional sebelum 2018.
Oleh sebab, kami, pihak yang berhasrat membina satu gabungan progresif baru untuk memberi pilihan yang bermakna kepada pengundi Malaysia, bercadang satu siri perbincangan terhadap beberapa isu pokok di negara kita bagi menggubal satu pelan tindakan yang menyeluruh untuk membantu kita membersihkan dan merakyatkan pentadbiran negara.
Antara tajuk yang akan difokuskan dalam usaha ini termasuklah
- Strategi mengatasi rasuah dan ketirisan wang rakyat
- Menangani darurat iklim
- Penjanaan peluang bekerja untuk semua
- Memupuk keharmonian antara kumpulan-kumpulan etnik
- Pengendalian hutang negara demi meningkatkan hasil kerajaan
Senarai ini akan bertambah dan mungkin berubah bergantung pada maklum balas pihak-pihak yang mengambil bahagian dalam seri diskusi ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Proses perbincangan ini telah bermula pada 13 Jun dengan sesi perbincangan meja bulat terhadap strategi mengatasi rasuah dan ketirisan wang rakyat di KLSCAH dengan penglibatan 41 orang daripada Muda, PSM, Parti Orang Asli dan PRM dan juga beberapa NGO.
Sesi ini bermula dengan pembentangan dua orang pakar dalam bidang ini, Pushpan Murugiah, bekas CEO C4, dan Ngeow Chow Ying daripada Projek Sama. Mereka membentangkan kesan rasuah dan ketirisan wang rakyat terhadap masyarakat dan ekonomi negara.
Setelah itu, sesi perbincangan meja bulat telah berlangsung dan para hadirin menyumbang pandangan atau syor-syor mereka.
Nota-nota berkaitan perbincangan ini akan dikirim kepada semua peserta supaya mereka dapat berbincang dengan kumpulan mereka masing-masing.
Kami akan menetapkan tarikh sesi perbincangan meja bulat selanjutnya selepas pilihan raya negeri Johor dan Negeri Sembilan selesai. – PSM
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


