Syed Husin Ali sudah pergi dari kita, sedih dan rindu

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Chong Ton Sin

Biasanya saya panggil dia Bung, erti nya abang, kawan karib, komrad, kawan seperjuangan.

Saya kenal Bung Syed Husin sudah 40, hampir 50 tahun.

Semasa saya ditahan di tempat tahanan politik pada hujung 1960an hingga pertengahan 1970an, pada masa itu saya belum kenal Bung Syed Husin, hanya tahu namanya melalui surat khabar, bahan bacaan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Entah dapat dari mana saya berpeluang membaca jurnal Manusia dan Masyarakat diterbit oleh Persatuan Sains Sosial Malaysia. Saya baca sebuah karya Bung Syed Husin dengan gembira sekali.

Kemudian saya menulis surat kepada Bung Syed Husin bahawa ada sedikit kesilapan pada penulisannya. Aneh sekali pada masa itu saya cukup berani dan rasa saya betul. Tetapi surat itu tidak dijawab, entah surat itu ada sampai kepada dia. Selama ini saya tidak tanya dia juga, memang ini perkara kecil saja.

Saya tidak ingat bila dan di mana pertama kali saya bertemu Bung Syed Husin, mungkin di rumah Saudara Jomo selepas saya datang dan menetap di Petaling Jaya pada 1980an.

Mungkin juga di majlis pertemuan pengantin baru dan pengantin lama. Pengantin baru ialah Bung Hasan Karim; pengantin lama ialah Bung Said Zahari dari Singapura. Pada masa itu, Hasan Karim baru kahwin dan Said Zahari dibebaskan dari penjara Singapura tidak lama. Majlis itu diadakan di rumah arwah Osman Awang. Saya belum tetap tinggal di Petaling Jaya lagi; saya datang dari Batu Pahat, Johor, dijemput saudara Jomo.

Selepas itu, pilihan raya dan pilihan raya kecil di Johor Bahru pada tahun 1980an. Saya bersama dengan arwah Saudara Razak, saudara Hasan Karim, Nijar dan komrad-komrad lain datang membantu. Kadang kala Bung Syed Husin datang dari Kuala Lumpur untuk bantu dan sokong perjuangan kawan-kawan di Johor. Dengan itu saya semakin rapat dengan Bung Syed Husin.

READ MORE:  Prof Syed Husin Ali - the original scholar-activist extraordinaire!

Tahun 1985 saya menetap di Petaling Jaya, dengan itu lebih dekat Bung Syed Husin.

Tahun 1990 Bung Syed Husin bertanding di kawasan Batu, Kuala Lumpur selepas berpuluh tahun PRM tidak bertapak di Kuala Lumpur. Kita membina semula PRM di bawah pimpinan Bung Syed Husin. Saya bersama-sama berjuang dengan Bung Syed Husin dalam PRM sehingga PRM dan Parti Keadilan Nasional bercantum jadi Parti Keadilan Rakyat.

Saya beralih dari parti politik dan menumpukan akal dan tenaga di bidang kebudayaan dan pemikiran. Saya masih bantu Bung Syed Husin dan partinya.

Salut kepada guru, kawan karib, komrad dengan hormat setinggi-tingginya. Walaupun Bung Syed Husin sudah tidak bersama sama dengan kita lagi tapi kita terus berjuang. – Gerakbudaya

Pak Chong, 6 Julai 2024

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments