Rakyat perlu diberi penjelasan mengenai dasar kerajaan yang tidak popular

0
42
Photograph: themalaysianinsider.com

Adakah para pemimpin PH sedar bahawa kelemahan jentera penerangan mereka kini telah diambil kesempatan oleh BN dan Pas untuk memburukkan lagi keadaan, ujar WH Cheng.

Sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018 yang lalu, ramai di kalangan rakyat jelata yang mula merungut mengenai ketidakadilan dan ketidakberkesanan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan baru sekarang kerana bebanan yang terpaksa ditanggung atau dikongsi oleh orang ramai.

Mungkin kerana rakyat jelata telah lupa kemusnahan dan keadaan yang tidak menentu yang ditinggalkan oleh BN berikutan kekalahan mereka pada pilihanraya umum yang lalu, rasuah, salahguna kuasa dan pengurusan kerajaan yang penuh dengan ketidakcekapan sewaktu era pemerintahan BN yang lalu.

Siapakah yang kini terpaksa mewarisi elemen-elemen negatif yang kini berleluasa di kementerian-kementerian, jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC yang ada? Adakah kita menyedari hakikat yang sebenarnya pada hari ini?

Ya, ramai di antara kita telah lupa ataupun mudah lupa dengan apa yang telah dilakukan di masa yang lalu kini telah membuahkan akibatnya pada hari ini dan kita tidak seharusnya menyalahkan kerajaan baru mengenai beberapa dasar yang tidak popular dan langkah-langkah yang diambilnya sekarang.

Sebenarnya, kita bukannya ahli mana-mana parti komponen PH mahupun penyokong tegar PH. Apa yang kita berkehendakkan pada 9 Mei 2018 yang lalu adalah suatu perubahan yang mendadak yang dapat memastikan kejatuhan BN pada pilihan raya umum tersebut bagi mengelakkan kemusnahan lebih teruk yang bakal membinasakan negara kita pada keesokan hari tersebut.

Kita perlu ingat bahawa objektif kita untuk menyelamatkan negara kita daripada belenggu kemusnahan telahpun tercapai. Kita juga perlu memperingatkan diri kita beberapa kemusnahan yang telah dibawa BN sebelum 9 Mei 2018. Dan apabila PH mengambil-alih, kerja-kerja membaikpulih perlu dilaksanakan dengan segera bagi memulihkan ekonomi dan kewangan negara kita.

Bertrilion-trilion ringgit wang negara lesap begitu sahaja akibat perbuatan BN menelan dan menyalahgunakan sejumlah besar wang negara. Kerajaan baru PH kini mewarisi suatu pentadbiran yang dibebani dengan hutang yang berat akibat daripada perbuatan kerajaan BN yang lalu.

Akibat daripada itu, kerajaan baru terpaksa memperkenalkan beberapa langkah susulan dan dasar-dasar yang kurang popular bagi menangani masalah bebanan hutang negara walaupun langkah dan dasar tersebut dilihat bakal membebani rakyat jelata di suatu jangkamasa yang tertentu.

Jika sekiranya anda melaksanakan suatu pembaikan terhadap negara kita, sudah pasti akan terdapat suatu kesan sampingan yang tidak dapat dielakkan yang akan membebankan rakyat jelata. Keterangan semasa kepada umum adalah perlu bagi menjelaskan keadaan tersebut agar langkah-langkah yang diambil kerajaan itu dapat difahami oleh rakyat jelata.

Belajarlah daripada pengalaman di Taiwan

Baru-baru ini, Taiwan juga telah melalui satu pilihanraya kerajaan tempatan (municipal elections) di mana parti memerintah, Parti Demokratik Progresif (DPP) telah mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya tersebut.

Salah satu sebab utama DPP kalah kepada saingannya Kuomintang (KMT) dalam pilihan raya tersebut adalah kerana rakyat Taiwan kurang memahami dasar-dasar dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh kerajaan DPP kerana kurangnya penerangan daripada jentera kerajaan di peringkat tersebut.

Ini membolehkan KMT mengambil kesempatan daripada kelemahan tersebut dengan membangkitkan api kemarahan rakyat Taiwan terhadap kerajaan mereka.

Justeru daripada itu, jika sekiranya dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan PH menjadi tidak popular ataupun mendapat tentangan daripada rakyat, PH perlu memastikan rakyat diberikan pencerahan yang menyeluruh agar rakyat memahami keadaan semasa dan bersedia menerima akibat tersebut dengan hati yang terbuka.

Selain itu, kerajaan PH juga perlu menyakinkan rakyat agar dapat menerima siri-siri pembaharuan mereka dan bersama-sama mengharungi keadaan tersebut untuk suatu jangkamasa yang singkat.

Sebab utama mengapa rakyat jelata kini menentang atau tidak berpuashati dengan dasar-dasar serta langkah yang diambil kerajaan PH sekarang adalah kerana kurangnya kegiatan penerangan kerajaan di peringkat ini bagi menerangkan mengenai apa yang telah dan sedang berlaku dalam kerajaan dan dasar-dasar yang bakal dilaksanakan.

Adakah para pemimpin PH sedar bahawa kelemahan jentera penerangan mereka kini telah diambil kesempatan oleh BN dan Pas untuk memburukkan lagi keadaan dengan mendakwa berlakunya ketidakadilan dalam dasar-dasar kerajaan pada rakyat jelata?

Kerajaan baru PH masih dilihat lemah dalam jentera penerangannya terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar dan separuh luar bandar di mana BN dan Pas masih mempunyai pengaruh.

Para pemimpin PH juga perlu menyedari bahawa masih terdapat ramai kakitangan kerajaan yang setia kepada BN yang dibimbangi akan menyalurkan maklumat kerajaan kepada BN dan mensabotaj dasar-dasar yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.

Jika sekiranya kerajaan PH dan para pemimpinnya masih tidak lagi mengerakkan jentera penerangannya di kalangan rakyat jelata dan menangani kegiatan-kegiatan sabotaj dalam kerajaan, sudah pastinya PH akan kalah di dalam satu lagi pilihan raya kecil yang akan datang dan seterusnya pada piliha nraya umum kelak.

Pesanan sudah diberi…
Sedarlah wahai PH. Sedarlah!

Source: Inter-Research and Studies (IRAS) Penang

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of