Politik perkauman dan agama yang sesat akan terus gugat ekonomi negara

0
135 views
Cartoon: Zunar

Kenapa mereka masih perlu berpolitik sehingga ke tahap sebegini, tanya WH Cheng.

Selagi rakyat jelata masih tersangkut di dalam alam pengasingan antara kaum dan agama, maka budaya pemikiran perkauman dan agama yang sesat akan terus menghantui kita sehinggalah ke generasi yang seterusnya.

Akibatnya, politik perkauman dan agama yang sesat akan terus menguasai arena politik negara kita tanpa henti.

Negara kita ini sudahpun mencapai kemerdekaan selama 63 tahun. Itu pun sudah lama dan apabila kita berpaling ke beberapa buah negara yang juga berada dalam tempoh dan tahap tersebut, negara-negara tersebut telah pun membangun dengan pesat dan maju ke hadapan dengan lebih makmur dan berdaya saing.

Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali kerana negara kita ini, Malaysia, yang berpeluang untuk mengecapi kemakmuran tersebut masih tersangkut di dalam alam purba yang asyik menggunakan isu perkauman dan agama untuk mencapai sesuatu matlamat dalam jangka pendek. Apakah faedahnya amalan kuno ini terus dimanfaatkan oleh ahli-ahli politik dalam negara ini?

Ya, betul, yang mendapat lebih manfaat akibat daripada permainan politik perkauman dan agama ini adalah beberapa pemimpin politik dan parti-parti politik yang berideologikan perkauman dan agama sementara rakyat jelata hanya sekadar dijadikan alat untuk mendapatkan undi atau sokongan semata-mata. Tengoklah, apakah rakyat telah perolehi hasil daripada permainan politik perkauman dan agama selama ini?

Rakyat tidak dapat menikmati suatu keindahan di mana mereka tidak perlu melihat sesama mereka berdasarkan identiti sesuatu kaum mahupun agama.

Di dalam negara ini, rakyat terus dihantui sentimen yang berasaskan perkauman dan agama, syak wasangka antara satu sama lain terus berlaku, identiti setiap individu dicapkan mengikut kaum dan agama masing-masing, kafir mengkafir sesama rakyat,

Tidak wujud sebarang kesaksamaan di dalam pengagihan faedah dan pendapatan. Peminggiran dan diskriminasi terhadap sesuatu masyarakat masih berterusan lamanya walaupun masyarakat tersebut telah bersama-sama menyumbang ke arah pembangunan negara.

Sehingga pada hari ini, masih ada lagi parti-parti politik dan para pemimpin – yang mendakwa diri mereka jaguh untuk satu-satu kaum dan agama – menggelar rakyat dan masyarakat lain dalam negara ini sebagai “pendatang”, “penumpang” dan, lantas dari itu, tidak layak menikmati sebarang hasil dan kekayaan dalam negara ini.

Malah yang amat mendukacitakan adalah ada juga beberapa pemimpin politik dan tokoh agama yang menyeru agar segelintir rakyat dan masyarakat dalam negara ini ditarik balik kerakyatan dan kedudukan mereka.

Kenapa mereka masih perlu berpolitik sehingga ke tahap sebegini? Yang dinampak dengan jelas di sini adalah kerana golongan ini ingin mengekalkan kuasa politik dan pemerintahan mereka untuk selama-lamanya.

Untuk itu, mereka sanggup membelakangkan prinsip dan keimanan mereka dengan mempergunakan agama yang dianuti mereka agar sentimen perkauman dan agama terus subur di negara ini.

Akibat daripada itu, kemajuan ekonomi negara kita ini senantiasa terbantut. Para pelabur terus merasa sangsi untuk memberikan komitmen penuh mereka dalam negara ini. Matawang negara kita terus susut ke paras yang mengakibatkan kadar

Ianya diburukkan lagi dengan amalan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan urus-tadbir yang begitu lemah di dalam sektor awam mengakibatkan produktiviti perkhidmatan awam terus berada di tahap yang paling bawah.

Buat masa ini organisasi perkhidmatan awam di negara ini adalah merupakan sektor yang paling besar bukan sahaja dalam negara ini, bahkan di seluruh benua Asia, jika kita menilai jumlah kakitangan awam dengan nisbah kebolehupayaan khidmatnya kepada sekelompok masyarakat, daerah, wilayah dan negara.

Amalan politik perkauman dan agama yang berterusan juga menyebabkan cara pemikiran sebahagian besar masyarakat kita terus mundur, berfahaman konservatif, enggan menerima perubahan atas alasan sekatan agama dan tradisi kaum dan tidak dapat berfikiran terbuka.

Ini sekaligus menghalang rakyat dan negara kita daripada mengecapi alam yang lebih berdaya saing bagi memperoleh kemajuan dan pembangunan yang setanding dengan masyarakat antarabangsa.

Selain daripada itu, amalan politik perkauman dan agama juga mengakibatkan keadaan politik negara kita tidak stabil dan tidak menampakkan sebarang kesaksamaan dalam pengagihan kekayaan hasil.

Walaubagaimanapun, jika dilihat pengagihan mengikut keistimewaan tertentu, kumpulan sasar yang sepatutnya memperoleh manfaat tersebut gagal mencapai faedah-faedah tersebut. Ini kerana pengagihan tersebut telah banyak dibolosi oleh mereka yang berkepentingan politik dan mempunyai hunugan eksklusif dengan kalangan pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa.

Ini bermakna berlaku juga penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah di dalam sistem yang kononnya bertujuan untuk memberikan memanfaatkan kepada masyarakat dan kaum yang mereka ‘perjuangkan’ kononnya.

Sekiranya keadaan tersebut terus sebegitu rupa ataupun ianya bertambah buruk dengan kestabilan politik negara yang masih tidak menentu, dibimbangi usaha negara kita untuk menaiktaraf ekonomi, kemajuan sains dan teknologi serta peningkatan daya saing akan terus terbantut kerana ketidakyakinan terhadap keadaan sekarang.

Source: g-socialaffairs.blogspot.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments