Keluar Sekejap membedah keputusan penuh pilihan raya Sabah bersama hos jemputan Ong Kian Ming, yang mengupas angka-angka pilihan raya dan perubahan besar dalam landskap politik negeri Sabah.
Podcast in dibuka analisis angka – siapa yang benar-benar menang, siapa yang tenggelam, dan bagaimana Gabungan Rakyat Sabah berjaya menguasai medan.
Ia turut menampilkan tetamu jemputan Philip Golingai, senior news editor Star Media Group, yang menawarkan perspektif orang Sabah tentang kejatuhan DAP, kemerosotan Umno, ketahanan Warisan, gelombang undi Cina serta dinamik Kadazan Dusun Murut.
Perbincangan turut merangkumi prospek kabinet Sabah, kemungkinan peralihan ketua menteri dan implikasi nasional terhadap Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, serta pilihan raya umum yang akan datang.
Diterbit oleh: Keluar Sekejap
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










