Pilihan raya kerajaan tempatan wajar dipulihkan dengan segera

0
25
Voters casting their ballots enthusiastically at the Penang Forum 3 experimental local council poll in 2010

Kenapa pula kita masih melihat beberapa aspek dari segi sesuatu kaum, tanya WH Cheng.

Ramai di antara kita pada hari ini yang tidak pernah melihat, membaca ataupun mengkaji tentang apakah itu pilihan raya kerajaan tempatan.

Kerajaan tempatan tidaklah merujuk kepada hanya dewan bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah semata-mata. Kerajaan tempatan juga meliputi pentadbiran di peringkat kampung dan taman perumahan seperti rukun tetangga, majlis pengurusan komuniti kampung (dahulunya dikenali sebagai jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung) dan institusi penghulu.

Ini bermakna, institusi kerajaan tempatan ini merangkumi suatu aspek pengurusan kawasan yang luas dan bukan hanya terhad kepada dewan bandaraya ataupun majlis perbandaran. Inilah satu-satunya salahfaham di kalangan pemimpin yang harus diperbetulkan.

Persoalan yang seterusnya adalah, kenapa ada di kalangan pemimpin, setelah berkuasa menyatakan kepada umum bahawa pilihan raya kerajaan tempatan ini akan mengakibatkan perbezaan antara kaum menjadi semakin ketara kerana terdapat perbezaan purata penduduk di antara yang berada di bandar dan kampung?

Apabila pilihan raya kerajaan tempatan dilaksanakan, sempadan dan zon tanggungjawab di antara dewan bandaraya, majlis perbandaran, majlis daerah, majlis pengurusan komuniti kampung dan institusi penghulu harus ditentukan semula bagi memastikan kawasan dan tanggungjawab masing-masing. Ianya hampir sama dengan pembahagian sempadan pilihan raya bagi kawasan parlimen dan dewan undangan negeri, yang berbeza mungkin ianya punyai saiz yang lebih kecil dan padat.

Untuk kepentingan umum dan bagi memastikan akauntabiliti pengurusan kerajaan tempatan, pilihanraya tersebut harus dilaksanakan bagi memastikan keseluruhan institusi tersebut bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat jelata.

Tanggungjawab in meliputi pengurusan sampah, perparitan, jalan-jalanraya, percukaian, tempat letak kereta, pasar awam, tandas awam, taman permainan, pusat asuhan, pengurusan padang awam, taman rekreasi dan sebagainya.

Pilihan raya kerajaan tempatan, apabila diteliti, dirancang dan dilaksanakan dengan cara yang betul tidak akan mengakibatkan sebarang konflik perkauman seperti yang didakwa beberapa pemimpin kerajaan baru-baru ini.

Pilihan raya kerajaan tempatan adalah bertujuan memastikan akauntabiliti perancangan, pengurusan, perlaksanaan dan penguatkuasaan di peringkat tersebut di mana rakyat jelata harus diberi suatu ruang perundingan (consultation) yang seluasnya agar hak demokrasi dan kepentingan rakat diperingkat tempatan dapat dipelihara dengan sewajarnya.

Jika sekiranya para pemimpin masih menggunakan alasan konflik kaum akan berlaku jika sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan, sampai bilakah rakyat kita akan berada di tahap sedemikian dan sampai bilakah konflik kaum tersebut akan hilang di mata kita?

Kenapa pula kita masih melihat beberapa aspek dari segi sesuatu kaum? Kenapa kita masih bimbang dengan “kuasa” sesuatu kaum, sama ada ianya akan semakin besar ataupun menjadi lebih pudar?

Bilakah rakyat kita akan mencapai dan menjadi satu Bangsa Malaysia yang sempurna?

Sumber: inter-researchstudies.blogspot.com

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.
Avatar
WH Cheng, an Aliran member, is director of Inter-Research And Studies (IRAS), a Penang-based mini-research outfit and pressure group.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of