Perletakan jawatan beramai-ramai MP Umno: Apakah niat sebenar mereka dan Bersatu?

0
134
Graphic: freemalaysiatoday.com

Jangan menghampakan rakyat jelata yang mahukan satu negara baru buat mereka dan generasi yang akan datang, ujar WH Cheng.

Berita perletakan jawatan beramai-ramai ahli-ahli parlimen Umno baru-baru ini sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Apakah sebenarnya niat mereka ataupun agenda sebenarnya bekas wakil-wakil rakyat Umno ini adalah kurang jelas.

Ada khabar yang mengatakan kumpulan ahli-ahli Parlimen ini tidak setuju dengan pendekatan pucuk pimpinan parti mereka yang menjalin kerjasama yang intim dengan Pas. Ada yang mengatakan bahawa bekas ahli-ahli parlimen Umno ini telah menyedari ketiadaan kuasa mereka sebagai ahli-ahli Umno dan lantas daripada itu ingin menyertai Bersatu yang kini dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu daripada parti komponen PH.

Dalam pada itu, ramai juga pemimpin Bersatu yang menyatakan kesediaan parti menerima para pembelot Umno ini menyertai mereka. Apakah agenda sebenarnya para pemimpin Bersatu ini? Hendak menambah jumlah ahli-ahli parlimen Bersatu melalui kaedah pintas agar dapat bersaing dengan parti-parti komponen PH yang lain? Jika ianya betul-betul berlaku secara serentak, ianya boleh dikatakan membina kekuatan parti melalui pintu belakang. Jadi, adakah ini adil buat parti-parti komponen PH yang lain yang telah penat berjuang untuk mendapat bilangan ahli-ahli Parlimen mereka?

Selain daripada itu, daripada segi moral, adakah ianya betul dan beretika bagi Bersatu menerima para pembelot Umno ini semata-mata untuk menambah bilangan ahli-ahli Parlimen mereka? Mungkin mereka ada juga niat untuk mempertingkatkan bilangan mereka di dalam Parlimen, tetapi apakah mereka sanggup mengetepikan soal moral dan etika yang amat mereka ketengahkan ketika sebelum pilihan raya umum tahun lalu?

READ MORE:  MCA and MIC, leave BN if you have any dignity

Kenapa Bersatu nampak dalam keadaan berpusu-pusu untuk menambah bilangannya di dalam Parlimen?

Jika sekiranya Bersatu terus mengketengahkan soal bangsa dan agama demi menambah bilangannya dalam Parlimen, kami anggap perkara tersebut tidak boleh diterima pakai kerana dukungannya di dalam arena politik baru pada hari ini adalah bertentangan dan ketinggalan zaman.

Selepas pilihan raya umum 2018, PH telah membentuk kerajaan baru yang kini dalam proses menghasil satu negara baru buat Malaysia dan jika sekiranya Bersatu masih mendukung suatu ideologi yang ketinggalan zaman, bagaimana ianya dapat memimpin negara ini ke arah yang baru dan tidak lagi berlandaskan perkauman dan keagamaan?

Dalam keadaan ini, Bersatu perlu lebih praktikal dan tidak terbawa-bawa dengan angan-angan ingin membesar dengan cepat melalui jalan pintas. Langkah-langkah Bersatu, walaupun belum dilihat dengan jelas tetapi melalui beberapa kenyataan para pemimpinnya, amat jelas keinginan mereka.

Oleh itu, kami meminta Bersatu jangan merosakkan PH dengan karenah yang negatif tersebut. Rakyat telah memberikan kepercayaan dan memilih PH dan Bersatu untuk menerajui negara ini dalam pilihan raya umnu yang lalu. Jangan menghampakan rakyat jelata yang mahukan satu negara baru buat mereka dan generasi yang akan datang.

Jika tidak, apa bezanya Bersatu dengan Umno? Apakah bezanya PH dengan BN? Inilah keluhan yang bakal rakyat jelata luahkan jika Bersatu nekad dengan rancangannya.

Fikirkan lah. Utamakan negara kita!

Sumber: g-socialaffairs.blogspot.com

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of