Perbahasan terhadap Belanjawan Kementerian Pertanian

0
82 views

Cara yang berkesan sekali untuk membina kapasiti petani dan penternak kecil adalah untuk mewujudkan sekuriti tanah untuk mereka, ujar Dr Jeyakumar Devaraj.

Terima kasih Tan Sri Pengerusi, memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam debat terhadap budget Kementerian Pertanian.

Saya ingin membangkitkan isu yang saya telahpun membawa tahun yang lalu di mana saya mengesyorkan peranan petani dan penternak kecil yang mengusahakan tanah kerajaan diiktirafkan dalam Pelan Induk Pertanian Kebangsaan dan mereka diberi galakan supaya mereka dapat meningkatkan pengeluaran mereka. Saya telah mengesyorkan kita mewujudkan sekuriti tanah kerana ini akan menyakinkan mereka dan mereka akan melabor dan meningkatkan produksi mereka.

Nampaknya syor saya tidak diterima oleh Kementerian Pertanian.

Baru-baru ini, dalam bulan Ogos 2012, 25 orang petani dan penternak kecil di Sg Buloh Sg Siput telah menerima notis pengusiran daripada peguam pemaju. Tanah yang mereka telah mengusahakan selama antara 20 hingga 40 tahun telah diberi pada PKNP – Perbadanan Kemajuan Negeri Perak – untuk satu projek pembangunan – mixed development, kedai dan rumah-rumah.

Masalahnya adalah petani dan penternak terlibat telah mengusahakan tanah ini selama 20 hingga 40 tahun. Dulu bapa mereka telah buat. Sekarang mereka mengusahakan tanah ini. Yang mengecewakan adalah, langsung tiada usaha oleh Pejabat Tanah ataupun Kerajaan Negeri untuk berjumpa dengan petani dan penternak kecil ini. Pihak berkuasa tidak cuba berbincang dengan mereka. Langsung tiada tawaran tanah alternatif untuk mereka.

Saya tahu, isu pemberian tanah adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri. Tetapi dalam satu situasi di mana pihak Kerajaan Negeri tidak peka pada masalah petani dan penternak kecil, dan di mana kerajaan negeri tidak sedar akan pentingnya industri pertanian dalam membekalkan makanan untuk rakyat kita, adalah wajar Menteri Pertanian campur tangan untuk memastikan pendekatan kerajaan-kerajaan negeri terhadap petani dan penternak kecil adalah seimbang dan bertanggungjawab.

READ MORE:  Why are we still subjecting our people to colonial-era land laws?

Tan Sri, petani dan penternak ini mempunyai banyak pengalaman dan adalah amat mahir dalam bidang-bidang mereka. Mereka telah terlibat dalam bidang mereka selama beberapa dekad dan pada masa ini ramai daripada mereka sedang memakai tanah pinggiran seperti bekas lombong yang tidak begitu subur. Tetapi mereka berjaya menghasilkan pelbagai jenis makanan untuk rakyat kita.

Pada takat ini tahap sara diri kita dalam komoditi makanan adalah membimbangkan. Kita hanya mengeluarkan 40 peratus dari sayur-sayuran yang rakyat kita memerlukan. Yang lain kita kena impot. Tahap sara diri hanya 27 peratus untuk daging lembu dan hanya 5 peratus untuk susu.

Apakah salahnya kita “meleverage” kemahiran yang kita ada dalam bentuk kemahiran dan pengalaman petani dan penternak kecil untuk mempertingkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan untuk rakyat kita? Kementerian Pertanian harus main peranan pimpinan dan tunjuk jalan kepada Kerajaan Negeri supaya prestasi petani dan penternak kecil dipertingkatkan. Cara yang berkesan sekali untuk membina kapasiti petani dan penternak kecil adalah untuk mewujudkan sekuriti tanah untuk mereka. Jika mereka ada sekuriti tanah dalam bentuk geran atau lease untuk 20 atau 30 tahun, mereka akan berani melabur demi mempertingkatkan pengeluaran mereka.

Akhirnya saya ingin memberitahu Menteri Pertanian bahawa pekebun saya di Sg Siput ingin menjemput Menteri ke Sg Buloh Sg Siput supaya Menteri dapat melihat sendiri bagaimana mereka sedang mengusahakan tanah di situ. Datanglah dan menukar fikiran dengan petani dan penternak kecil supaya dapat membentuk satu Pelan Induk yang baik yang dapat membina kapasiti petani dan penternak kita dan meningkatkan keluaran makanan di negara kita.

Dr Jeyakumar Devaraj, seorang ahli Aliran, ialah Ahli Parlimen untuk Sungai Siput

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments