Pengarah eksekutif Bersih dihalang masuk Sabah

Himpunan aman Gempur Rasuah Sabah yang lalu - FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Bersih dimaklumkan pengarah eksekutif Bersih Asraf Sharafi dihalang pihak Imigresen Sabah memasuki Sabah kira-kira jam 19:30 kelmarin ketika beliau dalam perjalanan pulang ke pangkuan keluarganya di Kota Kinabalu.

Dimaklumkan pihak Imigresen Sabah, tindakan tersebut dibuat di bawah notis amaran Sabah. Walau bagaimanapun, tiada alasan lanjut diberikan kepadanya berhubung larangan kemasukan tersebut.

Sekatan ini adalah selepas serahan memorandum mendesak pertubuhan suruhanjaya siasatan diraja mengenai isu “mafia korporat”, dan empat hari sebelum demonstrasi Gempur Rasuah Sabah 3.0 yang dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

Situasi ini sama dengan rakan aktivis Fahmi Reza yang telah disekat daripada memasuki Sabah pada 2025, beberapa hari sebelum Gempur Rasuah Sabah 2.0.

Bersih menggesa kerajaan negeri Sabah menjelaskan asas tindakan ini serta menarik balik sebarang sekatan yang tidak berasas terhadap saudara Asraf Sharafi.

Bersih menolak sekeras-kerasnya jika ia satu lagi bentuk intimidasi dan sekatan hak kebebasan asasi terhadap aktivis yang menjalankan hak yang sah di sisi undang-undang. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted