Pengalaman masyarakat Rohingya

0
122
File pic - Photograph: themalaymailonline.com

Kumpulan Bersih telah meminta bantuan Parti Sosialis Perak mengedarkan parsel makanan yang dibekalkan oleh USAID untuk kawasan Perak.

Saya setuju dan kami menerima 200 parcel. Saya telah menawarkan 87 parsel kepada Rohingya Society in Malaysia (RSM), dan mereka telah mengedarkannya. Selepas itu, wakil RSM di Perak, En R, telah menceritakan pada kami isu-isu yang dihadapi oleh kaum Rohingya di Malaysia. Berikut adalah sebahagian daripada perbualan itu.

Q: Apakah hasrat Rohingya yang berada di Malaysia? Mahu balik ke Rakhine, Myanmar, terus duduk di Malaysia ataupun harap pergi ke negara lain?

R: Semua manusia mahu hidup dengan selamat. Memang saya mahu duduk negara kami sendiri. Dulu di Rakhine kami boleh cari makan. Tiada masalah. Tetapi bila mereka bunuh kami terpaksa lari. Banyak bahaya naik kapal; 10 orang naik hanya tiga atau empat sampai ke Thailand atau Malaysia. Lain semua mati tengah laut.

Qn: Hanya tiga atau empat daripada tiap 10 orang?

R: Ya. Macam saya, saya naik kapal kerana saya takut dibunuh di Maynmar. Bapa saya, dua abang saya, kakak saya semua dibunuh.

Qn: Kena tembak?

R: Bukan. Mereka pakai parang. Budak kecil mereka campak hidup-hidup dalam rumah yang bakar. Apa salah budak kecil, kasi bakar macam itu. Saya ingat tidak apa jika mati di laut. Terus duduk di Rakhine pun mesti mati juga.

Sembilan puluh enam orang naik kapal itu. Kapal itu ambil dua bulan lebih untuk datang ke Thailand. Pemilik kapal itu seorang nelayan tetapi dia tidak tahu macam mana pergi ke Malaysia atau Thailand. Kami banyak pusing. Ada tempat kami dihalau oleh tentera laut Thailand.

Makanan kami habis dalam dua minggu. Air pun kurang. Kapal itu kecil, tidak boleh bawa banyak barang makan pun. Kami semua banyak kurus. Ada ramai yang mati dalam dua bulan itu. Ada juga mereka yang terjun ke laut kerana tidak dapat tahan. Akhirnya 21 orang sahaja sampai ke Thailand.

READ MORE:  Covid-19 pandemic should not be used as excuse to derogate from international, national obligations

Q: Dua puluh satu daripada 96?

R: Ya. Tentera laut Thailand membawa kami ke darat. Mereka hantar ke lockap. Bagi kami makan dan minum. Selepas satu minggu kami dapat jalan sedikit. Mereka bawa kami ke sempadan Myanmar dan panggil kami balik ke Myanmar. Kami tidak tahu bahasa mereka. Mereka pun tidak faham kami. Lepas itu satu agen Myanmar ambil kami. Kami minta dia bantu kami pergi ke Malaysia. Dia minta RM800 seorang. Tapi kami tidak ada duit. Dia kata kerja untuk saya dulu. Dia kasi kami potong getah. Selepas dua bulan, dia hantar kami ke sempadan Malaysia dekat Padang Besar. Itu waktu malam. Dia tunjuk – sana tengok lampu-lampu. Itu Malaysia, you pakai alat ini potong dawai dan masuk.

Kami pun pakai pemotong dawai dan masuk ke Malaysia. Kami tidak tahu apa akan jadi. Polis Malaysia mahu tembak kami atau tidak. Daripada 21 orang kami, 11 telah berpisah daripada kumpulan saya. Pagi ke esokannya, seorang Melayu lihat kami dalam kawasan kebun. Dia panggil orang kampung. Mereka berkepung kami. Kami pun tidak dapat bercakap dengan mereka. Kami tunjuk kami lapar dan mahu makan. Ada orang antara mereka yang mahu panggil polis. Tetapi juga ada orang yang bersimpati – yang cakap kami orang pelarian yang lari dari kekejaman. Mereka bawa kami balik ke kampung dan kasi kami tempat duduk dan kerja. Saya pun mula belajar Bahasa Melayu.

Selepas dua bulan, immigresen tangkap kami semua. Bawa ke Alor Setar. Mereka tidak pukul kami. Mungkin maki, tetapi kami tidak faham banyak bahasa Melayu. Saya dipenjarakan selama enam bulan. Lepas itu mereka hantar saya ke pusat tahanan imigresen. UNHCR (UN High Commissioner for Refugees) melawat untuk temuduga kami. Tetapi tidak senang jumpa UNHCR. Pegawai imigresen hanya pilih 30 atau 40 orang berjumpa UNHCR setiap kali. Selepas enam bulan saya ditemuduga.

READ MORE:  Living with xenophobia and Covid-19

Dua bulan selepas itu saya dapat surat UNHCR yang mengatakan saya seorang pelarian, dan saya dibenarkan keluar dari pusat tahanan imigresen. Selepas beberapa bulan lagi saya dipanggil untuk satu lagi temuduga dan diberi kad UNHCR.

Saya telah pergi ke Ipoh selepas keluar pusat imigresen. Kerja kontrak. Saya simpan duit dan hantar kepada keluarga saya di Rakhine. Saya ada lima orang anak di situ. Pada tahun 2012, pembunuhan bermula sekali lagi di Rakhine. Anak bongsu saya yang masih dalam kandungan bila saya naik kapal beritahu saya – dia akan mati sebelum dia nampak ayahnya. Saya cakap pada isteri, naik kapal mari ke Malaysia. Tapa jika mati di laut. Jika terus duduk di Rakhine sudah tentu akan dibunuh.

Kapal isteri dan anak saya sampai ke Thailand dalam dua minggu. Mereka dibawa ke dalam hutan oleh agen. Banyak dalam hutan.

Agen telefon saya dan minta RM12,000 untuk membawa keluarga saya ke Malaysia.

Saya cakap saya miskin tetapi dia tidak mahu dengar.

Dia cakap mesti bayar jika mahu dapat keluarga.

Saya ada lebih kurang RM1,800. Saya bagi tahu boss saya. Dia orang India. Dia pun bukan banyak kaya punya orang. Boss kasi saya RM 4,000. Lepas itu kawan-kawan Rohingya di tempat kerja beri separuh gaji mereka. Saya dapat kumpulkan RM9,000.

Saya telefon agen, tetapi dia kata mesti kasi dia RM12,000.

Saya pun cari-cari lagi dan dapat jumlah itu.

Lepas itu agen cakap bank-in duit itu.

Boss saya cakap bank in setengah dulu. Bila keluarga sampai bank in yang baki.

Agen ta mahu terima.

Akhirnya saya bank in RM 10,000.

READ MORE:  Coronavirus: Rights and health of refugees, migrants, stateless must be protected

Lepas beberapa hari saya dapat panggilan agen. Dia panggil saya datang ke Butterworth dekat pasar. Dia kata keluarga saya tunggu di situ. Dia pun kasi saya cakap dengan isteri.

Boss saya membawa saya ke Butterworth, dan kami membawa keluarga saya balik ke Ipoh.

Sekarang saya kerja kontrak buat rumah. Kad UNHCR tidak memberi saya hak bekerja. Ada banyak boss yang tidak membayar gaji sepenuhnya. Bagi sikit-sikit, tetapi apa yang kami boleh buat? Kami kerja pun salah. Kena terima juga.

Macam saya, tidak bayar sewa rumah untuk empat bulan. Ini PKP (perintah kawalan pergerakan) ta dapat kerja. Taukeh rumah dia orang Cina. Dia cakap dia faham. Dia panggil saya cari duit dan bayar sewa itu.

Tetapi ada juga tuan rumah yang halau keluarga Rohingya yang ta bayar sewa untuk beberapa bulan. Saya tahu tiga keluarga di mana suami telah ditangkap kerana langgar syarat PKP. Dia keluar rumah cari kerja kerana tiada makanan di rumah. Sekarang dalam lockap imigresen. Isteri dan keluarga banyak susah.

Qn: Isteri ta dapat kerja?

R: Masyarakat kami tidak kasi isteri kerja. Dia jaga anak dan rumah. Suami yang kerja. Itu budaya kami Rohingya. Sekarang ini tiga keluarga banyak susah. Kami RSM sedang cuba kutip-kutip sedikit membantu mereka, tetapi tidak senang.

Saya banyak terima kasih pada enche datang mendengar masalah kami Rohingya.

Sumber: Arul PSM Facebook

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments