Pelan tindakan nasional untuk menangani kegawatan ekonomi yang dicetus oleh wabak Covid-19

1
211
Photograph: Geralt/Pixabay

Jeyakumar Devaraj mengemukakan suatu program untuk menyelamatkan keadaan berdasaran solidariti rakyat.

Wabak Covid telah mengejutkan ekonomi global. Dunia sedang menuju ke kegawatan ekonomi yang serius – beribu-ribu penduduk Malaysia akan mengalami kehilangan punca pendapatan mereka.

Ramai keluarga akan menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat memenuhi keperluan asas – makanan, pembayaran sewa, rawatan kesihatan, utiliti. Keluarga yang tinggal di premis yang disewa mungkin akan menghadapi pengusiran kerana ta dapat membayar sewa.

Dalam situasi yang terdesak ini, PSM telah menyediakan satu program nasional berdasarkan solidariti untuk memastikan tiada sesiapa di Malaysia yang kekurangan makanan, tempat tinggal atau perkhidmatan kesihatan disebabkan oleh kemerosotan ekonomi.

Lapan komponen program PSM

  • Menjamin bekalan makanan untuk rakyat Malaysia (food security)
  • Skim jaminan pendapatan asas
  • Sabsidi sewa rumah
  • Meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan
  • Menjamin keselamatan awam daripada dijangkiti Covid-19
  • Mengambilalih kilang-kilang yang ingin ditutup
  • Memakai sumber negara yang tidak dapat digerakkan oleh pemacuan pasaran untuk mencapai matlamat sosial dan alam sekitar
  • Memperkasakan amalan demokrasi di perengkat akar umbi

Bajet bagi program PSM

Mengikut anggaran kami, program yang disyorkan oleh PSM memerlukan badget sebanyak RM31bn. RM31bn bukan satu amaun yang kecil. Tetapi ia bukan sejumlah yang “tidak masuk akal”!

Jumlah-jumlah yang telahpun diluluskan dalam lima bulan yang lalu untuk program-program penajaan ekonomi adalah:

  • Pakej penjanaan RM20bn yang diumumkan oleh Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari 2020 mengandungi perbelanjaan langsung kerajaan persekutuan sebanyak RM3.2bn
  • Pakej merangsangkan ekonomi berjumlah RM250bn yang diumumkan oleh Muhyiddin Yassin pada 27 Mac 2020 – perbelanjaan langsung kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM25bn
  • Pakej tambahan yang diumumkan oleh Muhyiddin pada 6 April – perbelanjaan langsung kerajaan persekutuan adalah sebanyak RM9.8bn
READ MORE:  Climate in the Time of Corona

Punca sumber kewangan untuk melaksanakan program PSM

  • 10% potongan belanjawan operasi semua kementerian – RM20bn
  • Cukai kekayaan – cukai individu yang terkaya di Malaysia – RM20bn
  • Mengawal pengelakan cukai
  • Menambahkan pinjaman daripada sektor swasta melalui terbitan bon kerajaan
  • “Pengewangan hutang” (monetisation of debt)

Memastikan tiada sesiapa yang tertinggal di bumi Malaysia

Kami telah melukiskan suatu program untuk menyelamatkan keadaan berdasaran solidariti rakyat.

Kami tidak mementingkan peningkatan keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia ataupun harap menjana pekerjaan yang mencukupi untuk semua rakyat. Kami faham bahawa dalam situasi ekonomi antarabangsa yang wujud sekarang kedua-dua matlamat itu amat sukar untuk dicapai.

Sasaran kami adalah:

  • Keperluan asas – makanan, penginapan, perkhidmatan kesihatan, bekalan air dan elektrik – mesti dinikmati oleh semua penduduk Malaysia. Kita tidak boleh menkompromi terhadap matlamat ini!
  • Kapasiti ekonomi kita yang tidak dapat diguna kerana permintaan pasaran telah merudum buat masa ini dipakai untuk menyelesaikan masalah perumahan untuk rakyat kita. Rumah-rumah program perumahan rakyat (PPR) untuk disewa harus dibina dan rumah pangsa kos rendah harus dibaikpulihkan. Program menghijaukan negara kita juga harus dilaksanakan
  • Sektor perniagaan kita termasuk yang kecil dan sederhana mesti dibantu kerana mereka mengandungi kapasiti untuk menjana kekayaan bila ekonomi berpulih. Mereka harus dibantu mengelak kemuflisan dan ini mungkin memerlukan pinjaman tanpa bunga (untuk dua tahun yang pertama) supaya mereka dapat menjaga aset mereka

Kami berharap warga Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat akan turut serta dalam diskusi pelan tindakan yang dikemukakan oleh PSM untuk menangani kemelesetan ekonomi Covid-19.

PSM percaya sumber negara kita cukup besar untuk memastikan bahawa tiada sesiapa yang ketinggalan; setiap keluarga mendapat keperluan asas; semua orang akan terus dilindungi daripada Covid-19, dan bahawa kita dapat menggunakan kemampuan ekonomi kita untuk menjadikan Malaysia suatu negara yang lebih adil dan hijau.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
songpeehoa
songpeehoa
27 Jul 2020 5.46pm
  1. Belum dapat berita cadang2 lagi. Agak bila lagi nak menunggu? Tidak ada masa lagi kita biarkan saje sebut akhibat nya lebih menusahkan jika tidak ambil tindakan2 sacepat mungkin. Hutang Negara kurang sihat dengan siapa lagi nak kita ambil hutang besar besaran. Orang ramai sudah lapar. Kenapa dengan sikap “tidak” kisah?