‘Pecat atau kekal?’ – kempen simulasi pilihan raya pecat (Malay/English)

19 views

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah melancarkan simulasi kempen Pilihan Raya Pecat Wakil Rakyat: Pecat atau Kekal? pada 21 Jun 2021.

Kempen non-partisan ini bertujuan untuk memperkasakan pengundi antara pilihan raya umum sekiranya wakil rakyat mereka melompat parti.

Langkah Sheraton pada Februari 2020 telah menyaksikan keruntuhan kerajaan persekutuan melalui lompat parti oleh sekumpulan ahli Parlimen dan parti Bersatu untuk membentuk kerajaan baharu dengan pembangkang ketika itu. Sembilan bulan seterusnya menyaksikan keruntuhan enam lagi kerajaan negeri, desas desus rampasan semula kuasa, pilihan raya mengejut dan perubahan kesetiaan oleh wakil rakyat mahupun oleh parti.

Bersih 2.0 memberi tumpuan kepada Langkah Sheraton bagi mengenalpasti kesemua kelemahan politik yang wujud. Kami telah menghasilkan 10 laporan kajian yang melihat kepada amalan baik di seluruh dunia dan memberikan beberapa cadangan konkrit untuk menggubal undang-undang baharu atau meminda yang sedia ada agar kita dapat memperkukuhkan demokrasi berparlimen kita.

Pilihan raya pecat wakil rakyat adalah salah satu undang-undang yang kami usulkan untuk dilaksanakan bagi menangani isu lompat parti atau lompat gabungan. Ianya berbeza dengan undang-undang anti-lompat, di mana ianya bukan undang-undang melarang dan kerusi tidak secara automatik diisytiharkan kosong apabila wakil rakyat berubah parti atau dibuang oleh parti. Kebebasan ahli Parlimen atau ahli dewan undangan negeri untuk berpersatuan dengan parti pilihan masing-masing atau untuk menjadi bebas tidak dilanggar dalam mekanisme pilihan raya pecat.

Mekanisme pilihan raya pecat membenarkan pengundi untuk membuang wakil rakyat yang telah dipilih dalam pilihan raya umum lepas sebelum pilihan raya umum seterusnya sekiranya tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat tersebut. Ini akan benar-benar memperkasakan pengundi untuk mempertanggungjawabkan wakil rakyat mereka sepanjang penggal berbanding terpaksa menunggu setiap lima tahun sekali untuk mengundi.

Bersih 2.0 telah mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, menghasilkan laporan kajian, berhubung dengan ahli-ahli politik dan pemegang taruh yang lain untuk pilihan raya pecat ini. Kini kami melancarkan kempen Pecat atau Kekal? untuk melibatkan rakyat Malaysia dan mendedahkan kepada mereka mekanisme yang dapat mengembalikan kuasa rakyat, dan dalam proses ini, kami berharap ianya dapat mengembalikan harapan terhadap sistem politik kita.

Dorongan Bersih 2.0 untuk melancarkan kempen ini adalah gelombang kedua lompat parti pada ulang tahun Langkah Sheraton apabila MP Tebrau dan Julau, kemudiannya Kuala Langat melompat. Bersih 2.0 menyedari bahawa perlunya ruang untuk pengundi menyatakan ketidakpuasan hati dan supaya dapat memberi mesej kepada MP mereka.

READ MORE:  Ahli Parlimen Tebrau sasaran pertama kempen 'Pecat atau Kekal' (Malay/English)

Dengan kempen Pecat atau Kekal?, Bersih 2.0 akan bertindak sebagai jawatankuasa pilihan raya dan menawarkan untuk mengendalikan simulasi pilihan raya pecat di kawasan wakil rakyat melompat parti. Minimum 3% pengundi yang berdaftar di kawasan tersebut perlu menandatangan petisyen atas talian untuk simulasi ini dilaksanakan di kawasan mereka.

Setelah Bersih 2.0 mengesahkan 3% pengundi atas talian tersebut adalah pemilih berdaftar, simulasi pilihan raya pecat akan dibuka secara atas talian. Sekurang-kurangnya 10% pengundi berdaftar daripada kawasan tersebut perlu menyertai dan undi ya perlu melebihi undi tidak sebelum wakil rakyat yang disasarkan itu dianggap sebagai dipecat.

Sistem e-undi (e-voting) yang digunakan dalam kempen ini adalah aplikasi yang selamat, telus dan mesra pengguna yang dibina oleh rakan teknologi Bersih 2.0, ReGov Technologies. Pengundi boleh memberi kepercayaan kepada keselamatan sistem ini sebagaimana mereka percaya kepada sistem perbankan elektronik kerana ianya disertakan ciri keselamatan bagi memastikan kesahihan pengundi disamping melindungi kerahsiaan pengundi. Satu demonstarasi sistem oleh wakil ReGov akan ditunjukkan semasa pelancaran tersebut.

Walaupun simulasi pilihan raya pecat ini tidak menentukan wakil yang berpaling tadah ini kekal atau dipecat, ianya adalah satu langkah ke arah untuk pilihan raya pecat ini digubal sebagai undang-undang di Malaysia. Dalam masa itu, simulasi pilihan raya pecat ini menyediakan saluran kepada pengundi agar suara dan pilihan mereka didengari kepada wakil rakyat yang berpaling tadah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Pecat atau Kekal?, sila layar laman web kami di www.recall.bersih.org. Sekiranya anda berminat untuk memulakan pilihan raya pecat di kawasan anda, sila email ke recall@bersih.org

Kami juga sedang melancarkan kutipan sumbangan bagi menampung kos-kos untuk memastikan sistem e-undi berjalan dengan lancar serta kos-kos lain untuk advokasi dan kempen pilihan raya pecat ini. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

Name: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
Number: 512295102931
Reference: RECALL

English version

Launch of simulated recall election campaign

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) launched Sack Or Keep?: A Simulated Recall Election Campaign on 21 June 2021.

This is a non-partisan campaign aimed at empowering voters between general elections when their elected representatives defect to another party.

READ MORE:  Absentee voting necessary for election amid pandemic

The Sheraton Move in February 2020 saw the collapse of the federal government through defections by a group of MPs and the Bersatu party to form a new government with the then-Opposition. The nine months that followed saw the collapse of six state governments, constant talk of counter-coups, snap elections and back-and-forth switching of alliances by elected representatives and parties.

Bersih’s focus after the Sheraton Move was to identify all these political weaknesses. We commissioned over 10 research papers that look at some of the good practices around the world and make recommendations to enact new laws or amend existing ones so that we can strengthen our parliamentary democracy.

A recall elections law is one such law that we are advocating to be enacted to address the issue of party or coalition hopping. It is different from an anti-party hopping law (AHL): it is not a prohibitive law and a seat is not automatically declared vacated when an elected representative changes party allegiance or is sacked by the party. The freedom of the MP or state assembly member to associate with a party of his or her choice or to go independent is not violated in a recall election mechanism.

The recall election mechanism allows the voters of the constituency that elected the representative the option to remove him or her in between general elections if they disapprove of the person’s action. This would truly empower voters to hold their elected representatives accountable throughout their term instead of waiting every five years to vote.

Bersih has issued many statements, commissioned a paper, engaged with politicians and other stakeholders on recall elections. Now we are launching this Sack or Keep? campaign to engage with the Malaysian public and to educate them about a mechanism that can restore power to them and, in the process, hopefully, restore hope to our political system.

The impetus for Bersih to initiate this campaign was the second wave of defections on the first anniversary of the Sheraton Move when the MPs for Tebrau and Julau, and then the Kuala Langat MP defected. Bersih realised that there is a need for an avenue for voters to express their dissatisfaction and for them to send a message to their MPs.

READ MORE:  Democracy: More accountable elected representatives?

With this Sack or Keep? campaign, Bersih acts as the electoral committee and offers to conduct a simulated (mock) recall election in constituencies with representatives who have defected. A minimum of 3% of registered voters is needed to sign the online petition for a simulated recall election to be carried out in their constituency.

Once Bersih verifies that the 3% of votes online are by registered voters, the simulated recall election will be opened online. At least 10% of registered voters from that constituency will need to participate and there should be more yes votes than no votes before the targeted elected representative could be considered recalled or sacked.

The e-voting system used in this campaign is a secure, robust and user-friendly application by Bersih’s tech partner, ReGov Technologies. Voters will be able to trust the security of this system as much as they trust their e-banking system as there are security measures in place to ensure the validity of the votes while securing voters’ privacy. A demonstration of this system by ReGov’s representative was shown during the launch.

While the outcome of these simulated recall elections do not determine if renegade elected representatives are sacked or remain in their positions, it is a step in the direction of one day having recall elections enacted as a law in Malaysia. In the meantime, this simulated recall election provides voters a channel to have their voices and choices heard and makes clear to renegade elected representatives what their constituents want.

To find out more about the Sack or Keep? campaign, please visit our dedicated site at www.recall.bersih.org If you are interested to initiate a simulated recall election in your constituency, please email recall@bersih.org.

We are collecting funds to meet the cost of the e-voting system platform and cover other advocacy costs in this simulated recall elections campaign. If you would like to support this campaign, you can donate at:

Name: Bersih & Adil Network Sdn Bhd
Bank: Maybank (PJ Old Town Branch)
Number: 512295102931
Reference: RECALL

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments