Mulakan tahun baharu dengan menanam sayur (Malay/English)

CAP

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan rakyat Malaysia agar memulakan tahun baharu 2025 dengan menanam sayur sendiri.

CAP percaya bahawa 2025 akan lebih mencabar kepada pengguna dengan peningkatan kos sara hidup termasuk harga makanan.

Untuk mengurangkan beban kenaikan harga sayur, CAP menggesa pengguna agar menanam apa sahaja jenis sayur dan herba bermula tahun baharu ini.

Guru boleh memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar mereka mengenai pendidikan alam sekitar. Alam sekitar adalah sebahagian daripada kehidupan kita memandangkan ia melibatkan persekitaran di mana kita tinggal.

Kini kita sedang berhadapan dengan perubahan iklim, hujan lebat, ribut, banjir, tanah runtuh dan bencana alam sekitar lain akibat fenomena alam semula jadi dan aktiviti manusia.

Tetapi kebanyakan generasi muda terutamanya para pelajar tidak memahami apa yang sedang berlaku. Sesetengah kanak-kanak, malah orang dewasa menganggapnya sebagai takdir Tuhan.

Walau bagaimanapun tindakan manusia seperti penebangan hutan, perbandaran dan infrastruktur yang tidak mencukupi memburukkan lagi kesan bencana alam.

Mendidik kanak-kanak bagaimana untuk menjaga planet ini amat penting.

Sesetengah orang mungkin merasakan ia terlalu berat bagi minda yang terlalu muda untuk memprosesnya dan boleh menyebabkan kebimbangan yang tidak sewajarnya dalam kehidupan harian mereka.

Manakala yang lain pula percaya bahawa kini adalah masanya yang terbaik bagi kanak-kanak untuk mempelajari bagaimana untuk menjaga planet ini disebabkan sifat ingin tahu mereka dan keseronokan dengan aktiviti luar.

Mempelajari mengenai isu alam sekitar, pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar seharusnya menjadi satu keseronokan bagi kanak-kanak. Mereka menikmati aktiviti seperti bermain di bawah daun-daun yang berguguran dan bermain di taman. Aktiviti ini menyediakan peluang terbaik untuk mempelajari mengenai proses yang berlaku di bumi ini.

Jika anda tinggal di kawasan bandar, anda boleh memulakan perbualan dengan perkara seperti pencemaran udara dan lapisan ozon. Menjelaskan bagaimana peningkatan dalam pembangunan bandar di seluruh dunia secara langsung menyumbang kepada masalah iklim agar kanak-kanak memahami bagaimana Bumi menghadapi masalah ini.

Bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, adalah mudah untuk mendidik kanak-kanak mengenai proses alam semula jadi seperti fotosintesis dan bagaimana haiwan menyumbang kepada kitaran hayat planet ini.

Jika kawasan anda mempunyai banyak kebun, anak-anak anda berpeluang untuk mempelajari mengenai kemampanan dan berkebun.

Ajar anak-anak untuk berkebun

Jika anda membawa anak-anak anda untuk berada di luar dan bermain dengan tanah, inilah peluang terbaik untuk mengajar mereka mengenai berkebun. Mereka boleh mempelajari manfaat menanam tanaman makanan mereka sendiri.

Kita boleh menunjukkan bagaimana semua tumbuhan tumbuh, jadi bukan hanya kanak-kanak tertarik oleh proses menanam tanaman makanan tetapi mereka juga mempelajari tanggungjawab bagi menjaga planet ini.

Jika berkebun adalah sesuatu yang sukar bagi anda disebabkan oleh kekangan masa dan kekurangan ruang, masih terdapat cara bagi kanak-kanak belajar mengenai proses menanam tanaman. Anda boleh mengajar kanak-kanak tugasan mudah yang membolehkan mereka mempelajari bagaimana untuk memulihara sumber semula jadi.

READ MORE:  Bantahan terhadap penurunan harga padi: Suara pesawah diabaikan

Lebih awal kanak-kanak mempelajari tabiat yang baik, ia lebih cenderung untuk dibawanya dalam kehidupan harian mereka apabila mereka dewasa nanti. Kanak-kanak adalah masa depan bagi planet ini, dan oleh sebab itu ia mempunyai kesan yang ketara terhadap nasib bumi ini.

Memupuk minat anak-anak anda dalam alam semula jadi adalah satu permulaan yang amat baik dalam memberikan mereka seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai bagaimana cara mereka boleh membantu menyelamatkan planet ini.

Tidak ada perkara yang boleh diubah dalam sekelip mata. Mendidik anak-anak anda dengan perkara kecil boleh memberikan kesan yang besar di kemudian hari.

Unjuran oleh Pertubuhan  Makanan dan Pertanian (FAO) menunjukkan untuk memberi makan penduduk dunia yang berjumlah 9.1 bilion orang pada 2050 secara keseluruhannya memerlukan peningkatan pengeluaran makanan kira-kira 70% antara 2005-07 dan 2050.

Kebanyakan unjuran peningkatan dalam permintaan makanan global dijangka datangnya daripada peningkatan pendapatan pengguna di rantau Asia, Eropah Timur dan Amerika Latin.

Harga sayur di Malaysia telah meningkat dalam beberapa hari lalu dan dijangka akan berterusan. Hujan dan banjir menyebabkan kesukaran kepada petani yang mengalami kerugian. Krisis iklim juga merupakan salah satu penyebab kepada meningkatnya masalah kebuluran di dunia ini.

Ramai petani menghubungi CAP mengadu mengenai masalah harian mereka termasuklah peningkatan harga input pertanian, tidak mampu untuk mendapatkan pekerja, dan hujan yang berterusan yang telah memusnahkan tanaman mereka.

Sehubungan itu, kami menggesa pengguna untuk menanam sayur mereka sendiri di rumah, yang boleh menjimatkan kos.

Menanam sayur untuk dimakan tidak memerlukan ruang yang banyak. Tanaman seperti bendi, terung, cili dan sayur berdaun – seperti sawi, kangkong, kailan dan bayam, serta tumbuhan saka seperti pudina, pegaga, kesum dan selom – amat mudah untuk ditanam, malah ia boleh di tanam di balkoni rumah.

Barangan isi rumah yang biasa digunakan seperti karton susu, botol jus dan minuman, dan bekas kecil lain boleh digunakan untuk tumbuhan yang mempunyai sistem akar yang kecil seperti sayur berdaun.

Bagi tanaman yang akarnya lebih dalam – seperti bendi, terung dan cili – barangan seperti tin biskut, tin minyak lima liter dan botol air lima hingga 20 liter boleh digunakan sebagai bekas tanaman.

Dengan cahaya matahari, air, tanah yang subur dan kompos yang sesuai, sesiapa sahaja boleh menanam dan menuai sayur walaupun dalam ruang yang sempit.

Dengan kenaikan kos sara hidup, menanam sayur, herba dan buah-buahan sendiri boleh menjimatkan wang bagi perbelanjaan barangan runcit dan anda juga boleh mendidik anak-anak anda mengenai dari mana datangnya makanan mereka.

Mulakan 2025 dengan menanam benih untuk masa depan. – CAP

Fathima Mohd Idris ialah naib-presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

English version

Start your new year growing vegetables

The Consumers’ Association of Penang (CAP) has advised the people to start 2025 with growing their own vegetables.

READ MORE:  Harga sayur meningkat: Kerajaan digesa ambil tindakan (Malay/English)

CAP believes 2025 will be more challenging to consumers duet to the rising cost of living including price of food.

To reduce the burden of vegetable price increase, CAP urges consumers to grow any type of vegetables and herbal plants, beginning from the new year.

Teachers can play an important role in educating their students about environmental education. The environment is part and parcel of our lives as it concerns the surroundings we live in.

We face climate change, heavy rain, storms, floods, landslides and other environmental disasters due to natural phenomena and human activities.

But most of our younger generation especially students do not understand what is happening. Some children, and even adults think these are merely acts of God.

However human actions such as deforestation, urbanisation and inadequate infrastructure worsen the effects of natural disasters.

Teaching young children how to care for the planet is important.

Some people may feel it is too much for young minds to process and can cause unnecessary worry in their daily lives.

Others may believe that now is the best time for children to learn how to care for the planet due to their curiosity and love for the outdoors.

Learning about environmental issues, conservation and protection of the environment should be fun for children. They enjoy activities such as playing in fallen leaves and going to the park. These activities provide an ideal opportunity to learn about the Earth’s processes.

If you live in an urban area, you can start the conversation with topics such as air pollution and the ozone layer. Explain that the rise in big cities around the world directly contributes to the climate problem so that children understand how the Earth got to this point.

For those who live in rural areas, it is easy to teach children about the processes of nature such as photosynthesis and how animals contribute to the life cycle of the planet. If the area is populated by farms, your kids will have a unique opportunity to learn about sustainability and farming.

Teach children gardening

If you take your children’s affinity for being outside and playing with the soil, this is an opportunity to teach them about gardening. Children can learn the benefits of growing their own food.

We can demonstrate how all vegetation grows. So not only will the children be fascinated by the process of growing food, they will also learn a level of responsibility for the planet.

If gardening isn’t something that you can easily undertake due to time or space constraints, there are still ways that children can learn about the process of growing plants. You can teach them simple tasks that will enable them to learn how to conserve natural resources.

READ MORE:  Harga sayur meningkat: Kerajaan digesa ambil tindakan (Malay/English)

The sooner children learn good habits, the more likely they will be to carry them into their everyday lives as they grow older. Children are the future of the planet and therefore have a significant impact on the fate of the Earth.

Embracing your children’s interest in nature is a great starting point for giving them as much information as possible about how they can help to save the planet. While nothing will change overnight, teaching them little things can have a huge impact later.

Food and Agriculture Organization (FAO) projections indicate that feeding a world population of 9.1 billion people in 2050 will require raising overall food production by some 70% between 2005-07 and 2050. Much of the projected increase in global food demand is expected to come from rising consumer incomes in regions such as Asia, Eastern Europe and Latin America.

The prices of greens in Malaysia have been increasing in recent days and this is expected to continue.

Rain and floods are causing hardship to farmers who suffer losses. The climate crisis is also one of the causes of the steep rise in global hunger. 

Many farmers contacted by CAP complain about their daily problems, including the increasing price of farm inputs, their inability to get workers and continuous rain that has damaged their drops.

As such, we urge consumers to grow their own vegetables at home, which can be cost effective.

Planting edible greens does not require much space. Fruiting plants like okra, brinjal and chillies, and leafy vegetables like sawi, kangkong, kailan and bayam (spinach), as well as perennial plants such as mint, pegaga, kesum and selom can be easily grown, even on a balcony.

Commonly used household items such as milk cartons, juice and drinking bottles, and other small containers may be used for plants with smaller root systems like leafy vegetables.

For plants with deeper roots like okra, brinjal and chilly, items such as biscuit tins, five-litre oil cans and five to 20-litre water bottles may be used as growing containers.

With proper sunlight, water, healthy soil and compost, anyone can grow and harvest vegetables even in small places.

With the rising cost of living, growing your own vegetables, herbs and fruit can save you money on groceries. You can also teach children about where their food comes from.

Begin 2025 by sowing a seed for the future. – CAP

Fathima Mohd Idris is vice-president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments