Midterm review of 9MP should factor in slowdown

0

Kemungkinan kegawatan ekonomi amat tinggi pada takat ini. Tetapi saya tidak lihat sebarang rancangan kontingensi untuk menangani masalah-masalah rakyat sekiranya kemelesatan ekonomi berlaku. Dr Jeyakumar Devaraj rasa ini adalah suatu kelemahan yang besar dalam Kajian Separuh Penggal RMK9. Kerajaan harus menyediakan suatu pelan terperinci untuk membantu rakyat biasa bila berlakunya kegawatan.

Rancangan ekonomi yang dikandungi di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke 9 diasaskan pada jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia sebanyak 4.1 peratus setahun. Selain daripada ini, pelaburan swasta di Malaysia dijangka berkembang 10.6 peratus setiap tahun untuk dua tahun yang akan datang.

Tuan yg Dipertua, kedua-dua jangkaan ini – ia-itu jangkaan pertumbuhan ekonomi dunia dan kadar pelaburan swasta di Malaysia adalah terlalu optimistik dan harus dikaji semula. Kenaikan harga minyak di pasaran dunia telah mewujudkan suatu situasi ekonomi yang baru. Mungkin perubahan ini tidak diambilkira oleh perancang ekonomi yang sediakan kajian separuh penggal terhadap RMK9.

Kenaikan harga minyak yang mendadak telah membawa kepada suatu situasi di mana kemungkinan kemelesatan ekonomi dunia juga telah meningkat secara mendadak.

Overcapacity dan kegawatan economi

Tuan Yg Di Pertua, ekonomi zaman dahulu mengalami kemelesetan apabila berlakunya sekatan dalam pengeluaran barangan. Sekatan yang disebabkan oleh cuaca, penyakit atau perang. Tetapi dalam ekonomi kapitalis kemelesatan berlaku apabila timbulnya sekatan dalam permintaan untuk barangan. Apabila pengeluaran lebih daripada permintaan – ini dipanggil dengan izin “overcapacity“. Keadaan overcapacity ini sedang bertimbul di ekonomi sedunia pada masa ini.

Kenaikan harga minyak, yang membawa kepada kenaikan harga pelbagai barangan, telah mengurangkan daya membeli para pengguna di seluruh dunia. Kekurangan daya membeli barangan oleh orang ramai akan menyebabkan pengkilang mengalami kerugian kerana tuan kilang tidak dapat menjual kesemua hasil kilangnya. Orang ramai akan fokus pada keperluan asas seperti makanan, pendidikan anak, sewa rumah dan kesihatan.

Perbelanjaan ke atas pakaian, kasut, kenderaan, alat –alat elektronik dan banyak lagi barangan dan perkhidmatan akan dikurangkan atau ditangguhkan. Oleh kerana ini, pengkilang di pelbagai sektor terpaksa mengkurangkan produksi kilang beliau, dan tindakan ini akan mengurangkan lagi pendapatan dan daya membeli pekerja beliau. Apabila ini berlaku di banyak kilang di seluruh dunia, masalah over kapasiti akan jadi lebih serius dan akibatnya ialah kegawatan ekonomi.

Tuan Yg Dipertua, kemungkinan kegawatan ekonomi amat tinggi pada takat ini. Tetapi saya tidak lihat sebarang rancangan kontingensi untuk menangani masalah-masalah rakyat sekiranya kemelesatan ekonomi berlaku. Saya rasa ini adalah suatu kelemahan yang besar dalam Kajian Separuh Penggal RMK9. Kerajaan harus menyediakan suatu pelan terperinci untuk membantu rakyat biasa bila berlakunya kegawatan. Antara isu rakyat yang harus ditangani adalah:

  • Masalah pekerja yang dibuang kerja tanpa sebarang pampasan kerana majikan mereka muflis
  • Kesulitan pekerja yang dibuang kerja untuk mencari kerja baru
  • Kesulitan pembeli rumah membiayai pinjaman bank
  • Kesulitan penniaga kecil membiayai pinjaman bank

Inilah antara masalah-masalah yang dialami rakyat biasa pada masa kegawatan ekonomi. Pada pandangan saya adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan program yang berkesan untuk mengatasi masalah-masalah seperti ini.

Program-program harus dirancang sebelum berlakunya kegawatan dan harus dibentang di Dewan ini supaya dibahas dan ditambahbaikkan. Pandangan dan maklumbalas daripada Kesatuan Pekerja, Kesatuan Pengguna juga harus diambil kira untuk memastikan pelan menangani kegawatan adalah baik untuk rakyat biasa.

Malangnya Kajian Separuh Penggal RMK9 tidak memberi gambaran bahawa usaha seperti ini telah diambil. Nampaknya langsung tiada cadangan spesifik untuk mengendalikan kegawatan ekonomi. Saya harap pihak Unit Perancangan Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan memberi perhatian ada perkara ini sebelum berlakunya kegawatan ekonomi.

Pelancongan kesihatan atau akses your lebih baik

Tuan Yg Di Pertua, sekarang saya ingin mengalih pada isu Perkhidmatan Kesihatan untuk rakyat kita. Perdana Menteri kita telah berkata dalam ucapan YAB pada 26 Jun bahawa kerajaan akan memastikan akses yang lebih baik ke penjagaan kesihatan. Ini adalah suatu kehendak kerajaan yang murni dan saya menyokong dengan penuh keinginan kerajaan
ini.

Tetapi dalam ucapan yang sama, YAB Perdana Menteri telah mengatakan sektor awam dan swasta akan berkerjasama untuk memperkembangkan Pelancongan Kesihatan ataupun Health Tourism.

Kenyataan-kenyataan PM berkaitan Perkhidmatan Kesihatan amat bercanggah. Meningkatkan akses pada perkhidmatan kesihatan bermakna kerajaan mesti cari cara-cara untuk memberhentikan penghijarahan doktor-doktor pakar dari hopsital kerajaan ke hospital swasta. Manakala perkembangan Perkhidmatan Perubatan Pelancongan tentu akan mempercepatkan penghijarahan doktor pakar ke hospital swasta.

Adakah PM kita menyedari bahawa hasrat beliau untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perubatan untuk rakyat biasa akan disabotaj oleh Pelancongan Kesihatan yang juga ditonjol olehnya? Ataupun Menteri Kesihatan belum beritahu Perdana Menteri akan percanggahan antara dua kenyataan polisi ini? Saya harap dapat keterangan berkaitan ini apabila sampai masa jawapan oleh kerajaan.

Tuan Yg Di Pertua, seperti saya telah sebut dalam sessi parlimen yang pertama, hanya 30 peratus daripada doktor pakar di Malaysia masih berkhidmat dalam sektor awam manakala 75 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan dalam hospital datang ke hospital kerajaan. Jika kerajaan berhasrat meningkatkan kualiti rawatan perubatan untuk rakyat biasa, tindakan-tindakan yang berkesan harus dilaksanakan untuk mengurangkan penghijaraan doktor pakar ke sektor swasta.

Kontrak sosial?

Akhirnya saya ingin menyentuh isu Kontrak Sosial yang dibahas oleh Yang Berhormat Pasir Mas semalam.

Saya setuju dengan pendirian Pasir Mas bahawa wujudnya suatu Kontrak Sosial pada masa kemerdekaannegara ini.

Tn yg di Pertua, semua negara mempunyai Kontrak Sosial tersendiri. Antara perkara perkara yang dikandungi dalam Kontrak Sosial kebanyakan negara adalah komitment mempertahankan hak asasi semua lapisan rakyat. Suatu lagi perkara yang dikandungi ia-lah komitmen kesemua masyarakat untuk membantu golongan yang terpinggir dan miskin.

Di Malaysia, selain daripada kedua perkara ini, ada juga kesedaran bahawa Malaya adalah suatu polity Melayu. Kesedaran ini didasarkan pada sejarah rantau ini di mana kaum Melayu telah menduduki Malaya dan kepulauan Indonesia untuk 2 ribu tahun yang lalu, bersama dengan kaum Orang Asli yang berada di rantau ini untuk lebih lama lagi.

Dan dari kefahaman ini bahawa Malaya adalah suatu polity Melayu beberapa perkara berkaitan bahasa, agama dan kerakyatan ditentukan dan ini dicerminkan dalam Perlembagaan 1957.

Tn yg Di Pertua, Kontrak Sosial ini tidak direka oleh pemimpin Perikatan tersendiri. Fahaman seperti itu telah wujud sebelum Perikatan ditubuhkan.

Sepuluh tahun sebelum Merdeka, dan jauh sebelum Perlembagaan Persekutuan dicipta, gabungan AMCJA dan Putera telah menyediakan suatu Perlembagaan Rakyat. Ini telah berlaku pada tahun 1947.

Apa yang menarik adalah Perlembagaan yang disediakan oleh AMCJA dan Putera juga mencerminkan fahaman bahawa Malaya adalah suatu polity Melayu. Oleh itu Perlembagaan 1947 mengesyorkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Pengantar di Sekolah. Perlembagaan 1947 juga mengandungi mekanisme untuk menjamin ahli Melayu akan menjadi
majoriti di Parlimen.

Pada pandangan saya, persoalan di hadapan kita pada masa ini bukan isu keistimewaan Melayu dan Pribumi yang lain yang berdasarkan fakta fakta sejarah. Persoalan yang penting untuk kita menimbangkan ia-lah, adakah kaedah yang digunapakai untuk membasmikan kemiskinan di golongan yang terpinggir berkesan?

Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional selepasnya telah memakai kaedah memberi bantuan mengikut sasaran etnik untuk mengendalikan masalah kemiskinan di kalangan nasyarakat Melayu. Tetapi kita telah mendengar daripada Pasir Mas dan Pasir Salak bahawa, masih ada ramai rang Melayu yang terperangkap di keadaan miskin.

Jadi adalah penting kita di sini mengkaji samada wujudnya kelemahan dalam kaedah memakai sasaran etnik untuk membasmikan kemiskinan. Melakukan kajian ini tidak bererti kita melepaskan tanggungjawab kita untuk membantu golongan yang terpinggir.

Tn yg di Pertua, gabungan AMCJA-Putera yang keluarkan Perlembagaan 1947 juga berazam membantu golongan miskin. Tetapi kaedah yang disyorkan oleh mereka ia-lah program mengikut kelas soio-ekonomi dan bukan sasarn etnik.

Sejarah 50 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa pendekatan etnik akan membawa manafaat yang lebih untuk lapisan lapisan yang berada dalam kumpulan etnik yang disasarkan. Lapisan miskin dalam kumpulan etnik itu tidak menerima bantuan yang harus diterima dan terus terbelenggu dalam kemiskinan.

Saya rasa, sudah tiba masanya kita bersama-sama mengkaji balik dan berdebat kaedah-kaedah membasmikan kemiskinan yang telah disyorkan oleh tokoh-tokoh politik AMCJA dan Putera seperti Ahmad Boestamam, Ganabathy, Dr Burhanuddin, John Eber, dan ramai lagi.

Adalah harapan saya kita dapat membahas isu penting ini secara rasional dan berprinsip tanpa memainkan politik etnik.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments