Kumar questions additional RM18.7 billion budget in Parliament

0
58

Dr Jeyakumar Devaraj has questioned the rationale behind the Supplementary Budget Estimate of RM18.7 billion and called on the Health Ministry to stop promoting health tourism during an intervention in Parliament yesterday. He has also called for the establishment of a fund to assist retrenched workers in servicing their housing loans if they are retrenched.

Saya ingin membangkitkan isu berkaitan Anggaran Perbelanjaan Tambahan yang memohon RM18.7 bilion sebagai tambahan untuk badget.

Pertama adalah Kementerian Kesihatan yang akan menerima RM 200 juta daripada peruntukan tambahan ini. Saya ingin mengesyorkan pada Kem Kesihatan supaya jangan membazirkan duit rakyat dalam usaha mempromosi Pelancongan Kesihatan ataupun dengan izin, Health Tourism, kerana ini rupakan suatu polisi yang akan menyusahkan rakyat biasa.

Tuan yang Di Pertua, pada takat ini hanya 30 peratus daripada doctor pakar di negara kita masih berkhidmat di sector awam. 70 peratus daripada doctor pakar sedang bertugas di sektor swasta. Manakala pada masa yang sama, 75 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan di dalam hospital, masuk ke hospital-hospital kerajaan.

Inilah suatu punca utama mengapa rawatan di hospital kerajaan tidak terjamin. Kerana wujudnya situasi di mana doctor siswazah dan doctor lain yang kurang dalam pengalaman mereka terpaksa merawat pesakit-pesakit yang tenat tanpa bantuan ataupun bimbingan doctor pakar.

Kekurangan doctor pakar telah melemahkan kualiti rawatan yang diterima oleh rakyat Malaysia.

Tuan yang di Pertua, Pelancongan Kesihatan akan memperkembangkan sector swasta, dan perkembangan hospital swasta akan mempercepatkan lagi penghijarahan doctor pakar daripada hospital kerajaan ke sector swasta. Jadi, untuk kebaikan dan kebajikan rakyat, kita saya memohon Kem Kesihatan supaya jangan lagi mempromosi Pelancongan Kesihatan.

READ MORE:  In New Malaysia, Pakatan government must prioritise people's wellbeing

Tujuan utama Kem Kesihatan adalah untuk mempertingkatkan kualiti rawatan di hospital-hospital kerajaan dan bukan untuk mencari mata wang asing untuk ekonomi negara.

Isu kedua yang saya ingin membangkitkan adalah Skim Menjamin Pinjaman Perumahan rakyat biasa semasa kegawatan. Daripada dokumen yang kami telah dibekal, sejumlah RM16.8 bilion adalah diperuntukkan untuk Kem Kewangan. Saya ingin mengesyorkan bahawa sebahagian kecil daripada jumlah ini digunapakai untuk mewujudkan suatu dana khas untuk membantu lapisan miskin dan sederhana semasa kegawatan. Bila berlakunya kegawatan ekonomi, ramai pekerja biasa dibuang kerja dan ramai antara mereka akan menghadapi masalah dengan bayaran pinjaman perumahan mereka. Adalah antara mereka ini yang akan terus hilang rumah mereka kerana ditarik oleh bank dan dilelong kerana pemilik gagal mematuhi bayaran bulanan.

Kerajaan harus menubuhkan suatu dana khas yang boleh menghulurkan pinjaman tambahan bagi pekerja yang dibuang kerja supaya bayaran pinjaman perumahan boleh diteruskan walaupun pekerja itu tiada kerja untuk beberapa bulan. Pinjaman daripada dana ini boleh dibayar balik selepas pekerja terlibat dapat kerja balik.

Isu akhir yang saya ingin bangkit adalah

– mengapa keperluan ini peruntukan tambahan ini?
– Adakah kos-kos projek yang telahpun dicadang dulu telah naik sekarang? Ataupun adakah projek baru dicadangkan?

Tuan yang Di Pertua, sejumlah RM18.7 bilion sedang dipohon. Daripada jumlah ini RM16.7 bilion adalah untuk suatu kementerian – Kementerian Kewangan. Bolehkah Dewan yg Mulia ini diberitahu mengapa badget tambahan sebanyak RM 16.7 bilion perlu untuk Kementerian Kewangan?

Tuan yang Di Pertua, RM 18.7 bilion merupakan tambahan sebanyak 15 peratus daripada jumlah badget yang diluluskan tahun lalu untuk tahun kewangan 2007 – 2008. Ini adalah suatu pesentage yang besar dan adalah wajar dewan ini diberitahu secara terperinci mengapa jumlah tambahan ini diperlukan sebelum kami menyokong permohonan ini.

READ MORE:  Oversupply of homes: Who is to be blamed?

Terima kasih.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of