Krisis jerebu: Indonesia perlu dedahkan hasil siasatan / Haze crisis: Indonesia urged to expose probe findings

The sun seen turning a dark orange with haze thickening in Kuching. This photo was taken at St Joseph's International School at Pandungan, five minutes away from Kuching city - Photo: Vanessa Naen

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Greenpeace Malaysia dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) telah mengadakan protes aman serta menyerahkan memo di hadapan Kedutaan Republik Indonesia pada 4 September.

Ini sebagai tanda solidariti kepada masyarakat yang terjejas akibat jerebu dan kehilangan hidupan liar.

Mereka turut menggesa Kerajaan Indonesia mendedahkan maklumat penting mengenai lokasi kebakaran, hasil siasatan serta pemilikan konsesi.

Pada 31 Ogos, pihak berkuasa Indonesia mengumumkan bahawa mereka sedang menyiasat 19 syarikat yang memegang konsesi di kawasan yang terjejas akibat kebakaran meliputi 11,047 hektar di tujuh wilayah.

Pihak berkuasa turut menyatakan bahawa 42 syarikat telah dikenal pasti sebagai pemegang konsesi yang mempunyai risiko kebakaran hutan yang tinggi, namun syarikat-syarikat yang sedang disiasat masih belum didedahkan secara terbuka.

Kedua-dua kumpulan ini menggesa ketelusan dan tindakan segera melalui kebertanggungjawaban korporat serta kerajaan dalam menangani krisis jerebu rentas sempadan yang semakin teruk.

Bukti daripada hasil siasatan pihak berkuasa Indonesia mesti didedahkan supaya negara-negara yang terjejas seperti Malaysia dapat menyiasat kemungkinan kaitan dengan syarikat-syarikat dalam bidang kuasa dan rantaian bekalan mereka sendiri.

Sekiranya syarikat Malaysia terlibat, Malaysia mesti bertanggungjawab untuk menyiasat, mengawal selia dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak korporat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan kebakaran di Indonesia.

Organisasi-organisasi tersebut menegaskan bahawa tindakan ini bertujuan mengalihkan tumpuan kepada pendekatan yang lebih berorientasikan penyelesaian, dan bukannya menyalahkan sesebuah negara terhadap negara yang lain.

Sehubungan itu, memo yang diserahkan kepada Kedutaan Indonesia menggariskan beberapa tuntutan dan cadangan utama bagi meningkatkan ketelusan, kebertanggungjawaban korporat rentas sempadan serta tanggungjawab bersama kerajaan, termasuk gesaan supaya:

  • Kerajaan Indonesia mendedahkan secara rasmi peta konsesi, data titik panas dan data siasatan kebakaran, serta apa-apa bukti lain dalam simpanannya yang mengenal pasti syarikat berkaitan Malaysia yang dikaitkan dengan kebakaran dan jerebu di Indonesia
  • Kerajaan Indonesia menamakan secara khusus dan terbuka syarikat-syarikat Malaysia yang telah dikenal pasti terlibat, supaya masyarakat sivil, badan pengawal selia dan Parlimen Malaysia dapat mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam bidang kuasa kita
  • Kerajaan Indonesia komited untuk berkongsi bukti tersebut dengan kerajaan Malaysia secara berterusan, melalui mekanisme sedia ada di bawah Perjanjian Asean mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan atau saluran dua hala secara langsung, dan bukan sekadar melalui tuduhan awam dan kenyataan media
  • Kedua-dua kerajaan komited terhadap prinsip pendedahan dan penguatkuasaan secara timbal balik: setiap negara menyiasat dan mengambil tindakan terhadap syarikat yang berdomisil dalam bidang kuasanya sendiri berdasarkan bukti yang dikongsi secara terbuka antara kedua-dua negara

Greenpeace Malaysia dan Haram turut menggesa kerajaan Malaysia bertindak berdasarkan bukti yang sahih yang dikongsikan oleh Indonesia, bagi memastikan syarikat Malaysia tidak dapat mengelak daripada dipertanggungjawabkan atas kemudaratan alam sekitar hanya kerana ia berlaku di luar sempadan Malaysia.

Sekiranya terdapat bukti sahih yang mengaitkan pihak korporat Malaysia dengan aktiviti yang menyumbang kepada kebakaran hutan, kemerosotan tanah gambut atau jerebu rentas sempadan, pihak berkuasa Malaysia mesti mempunyai kuasa dan mekanisme undang-undang untuk menyiasat, mengawal selia dan, jika wajar, mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.

Hal ini turut mengukuhkan keperluan untuk mewujudkan rangka kerja atau mekanisme perundangan Malaysia yang menyeluruh bagi menangani pencemaran jerebu serta kebertanggungjawaban korporat rentas sempadan.

Greenpeace Malaysia Wakil Negara Heng Kiah Chun berkata: “Protes ini bukan bertujuan menyalahkan Indonesia atas jerebu yang berlaku. Kami memahami dan mengakui bahawa masyarakat Indonesia juga sedang menderita akibat kebakaran ini.

“Kami berada di sini kerana kerajaan Indonesia mempunyai maklumat yang boleh membantu kita memahami pihak yang bertanggungjawab, dan kami meminta mereka mendedahkan bukti tersebut secara awam.

READ MORE:  Surat terbuka kepada Arthur Joseph Kurup: Menangani 'haze-zilla' sebelum El Niño 'godzilla'

“Sekiranya syarikat Malaysia terlibat, kami akan membawa bukti tersebut kembali ke Malaysia dan menuntut kerajaan kami mengambil tindakan serta memastikan mereka dipertanggungjawabkan. Jerebu tidak berhenti di sempadan Indonesia, dan begitu juga kebertanggungjawaban.

“Di sebalik krisis jerebu ini terdapat satu persoalan mudah: apabila syarikat meraih keuntungan daripada tanah dan komoditi, siapa yang membayar harganya apabila hutan dan tanah gambut terbakar?

“Syarikat mungkin mendapat manfaat daripada tanah yang telah diteroka atau dimerosotkan, tetapi masyarakat menanggung akibatnya.

“Kanak-kanak terpaksa menghirup udara tercemar, pekerja berdepan keadaan yang tidak selamat, sekolah dan mata pencarian terganggu, manakala kerajaan dan keluarga akhirnya menanggung kos kesihatan dan ekonomi.”

Jurucakap Haram Brendon Gan berkata: “Terdapat kelompongan dalam sistem yang membolehkan ladang-ladang berskala besar membakar kawasan tanah tanpa sebarang akibat undang-undang. Ini bukan masalah iklim, malahan masalah penguatkuasaan dan politik.

“Ketika para eksekutif korporat menduduk secara selesa di pejabat berhawa dingin sambil meraih keuntungan berjuta-juta ringgit, rakyat biasa, pekerja, pelajar malah kanak-kanak di Malaysia dan Indonesia yang menghirup udara tercemar dan menjadi korban akibat jerebu.

“Sekolah terpaksa ditutup, dan hak asasi kita untuk bernafas dengan udara bersih telah dirampas. Udara bersih tidak mengenal pasport, begitu juga kemusnahan alam sekitar.

“Kami berdiri teguh dalam solidariti bersama masyarakat di Indonesia yang terjejas akibat kebakaran ini.”

Pencemaran jerebu rentas sempadan juga merupakan ujian terhadap komitmen Asean terhadap hak alam sekitar.

Pada tahun 2025, negara-negara anggota Asean menerima pakai Deklarasi Asean mengenai Hak kepada Persekitaran yang Selamat, Bersih, Sihat dan Mampan, yang secara jelas mengiktiraf keperluan yang semakin meningkat untuk menangani isu alam sekitar rentas sempadan.

Hak kepada persekitaran yang selamat, bersih, sihat dan mampan juga memerlukan akses kepada maklumat serta kebertanggungjawaban yang bermakna apabila kemudaratan alam sekitar berlaku.

Masyarakat yang terjejas tidak dapat menikmati hak tersebut sekiranya maklumat penting mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kemusnahan alam sekitar terus disembunyikan merentasi sempadan.

Maklumat latar belakang

Ini bukan kali pertama pihak-pihak korporat yang berkaitan dengan Malaysia dan Singapura dikenal pasti atau diteliti berhubung melakukan kebakaran serta amalan penggunaan tanah yang tidak wajar di Indonesia.

Penyelidikan bersama Greenpeace sebelum ini telah mendokumentasikan titik panas kebakaran dalam kawasan perladangan yang turut dikaitkan dengan syarikat-syarikat Malaysia dan Singapura.

Pada tahun 2019, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia turut menyegel tanah milik syarikat-syarikat berhubung kebakaran hutan, termasuk syarikat asing yang mempunyai kaitan dengan Malaysia dan Singapura.

Para saintis telah memberi amaran bahawa keadaan cuaca El Niño yang teruk pada tahun ini berpotensi meningkatkan risiko kemarau dan kebakaran di seluruh Asia Tenggara, sekali gus menjadikan perlindungan dan pemulihan ekosistem semula jadi semakin mendesak.

Namun, keadaan iklim tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak bertindak.

Walaupun cuaca kering mewujudkan keadaan yang meningkatkan risiko kebakaran, keputusan bersama mengenai cara tanah diuruskan menjadi faktor penentu yang mempengaruhi tahap kerentanan landskap ini serta bagaimana kawasan tersebut boleh dijadikan pertaruhan dalam kebakaran demi keuntungan jangka pendek.

Dengan asap berbahaya daripada kebakaran hutan dan tanah gambut di Indonesia yang terus menjejaskan Malaysia dan negara-negara jiran, masyarakat di seluruh Asia Tenggara sekali lagi terpaksa menanggung kos kesihatan, sosial dan ekonomi akibat krisis yang telah berlarutan selama beberapa dekad.

Keadaan ini menjadi amat serius di beberapa kawasan di Borneo Malaysia, khususnya Sarawak, di mana kualiti udara telah mencapai tahap berbahaya sehingga menyebabkan sekolah dan acara awam terganggu, manakala kerajaan negeri Sarawak sedang mempertimbangkan kemungkinan mengisytiharkan darurat jerebu bagi kawasan yang mencatat bacaan melebihi 500 API. – Greenpeace Malaysia/Haram

READ MORE:  Haze outlook 2026: A rare red warning, is Southeast Asia ready?

English version

NGOs demand transparency, cross-border corporate accountability as transboundary haze crisis worsens

Greenpeace Malaysia and Himpunan Advocacy Rakyat Malaysia (Haram) conducted a peaceful protest and memo handover on 4 September outside the Indonesian Embassy, in solidarity with haze-affected communities and the loss of wildlife.

They called on the Indonesian government to expose critical information on fire locations, investigation findings and concession ownership.

On 31 August, Indonesian authorities announced they were investigating 19 companies holding concessions where fires had affected 11,047 hectares across seven provinces.

Authorities said that 42 companies had been identified as holding concessions with high wildfire potential, but the companies under investigation have not been publicly named.

The groups are advocating for transparency, and urgent action through corporate accountability, and shared government responsibility in addressing the worsening transboundary haze crisis.

Evidence from the Indonesian authorities findings must be made available so that affected countries, such as Malaysia, can investigate potential links to companies within their own jurisdictions and supply chains.

If Malaysian companies are implicated, Malaysia must take responsibility for investigating, regulating, and taking appropriate action against Malaysian corporate actors tied to the fires in Indonesia.

The organisations stress that the action is to shift the focus to solutions instead of country-versus-country blame.

The memo submitted to the Indonesian Embassy outlines several key demands and recommendations for greater transparency, cross-border corporate accountability, and shared government responsibility, including calls for:

  • The Indonesian government to formally disclose the concession maps, hotspots and fire investigation data, and any other evidence in its possession identifying Malaysian-linked companies associated with fires and haze in Indonesia
  • The Indonesian government to name, specifically and publicly, the Malaysian companies it has identified as being involved, so that Malaysian civil society, regulators and Parliament can pursue accountability within our jurisdiction
  • The Indonesian government to commit to sharing such evidence with the Malaysian government on an ongoing basis, through the existing Asean Agreement on Transboundary Haze Pollution (AATHP) mechanisms or direct bilateral channels, rather than through public allegations and press statements alone.
  • Both governments to commit to the principle of reciprocal disclosure and enforcement: each state investigates and holds accountable companies domiciled in its own jurisdiction, based on evidence shared openly between them

Greenpeace Malaysia and Haram also urge the Malaysian government to act on credible evidence shared by Indonesia, to ensure that Malaysian companies cannot evade accountability for environmental harm simply because it occurs beyond Malaysia’s borders.

Where credible evidence links Malaysian corporate actors to activities contributing to forest fires, peatland degradation or transboundary haze, Malaysian authorities must have the legal powers and mechanisms to investigate, regulate and, where appropriate, legally hold them responsible.

This also underscores and strengthens the case for a comprehensive Malaysian legal framework or mechanisms capable of addressing transboundary haze pollution and corporate responsibility across borders.

Greenpeace Malaysia’s campaign lead Heng Kiah Chun said: “This protest is not about blaming Indonesia for the haze. We understand and acknowledge that Indonesian communities are suffering from these fires too.

“We are here because the Indonesian government holds information that could help us understand who is responsible, and we are asking them to publicly disclose that evidence.

READ MORE:  Indonesians brave choking smoke to pray for rain as country battles wildfires

“If Malaysian companies are implicated, then we will take that evidence home and demand that our own government hold them accountable. The haze does not stop at Indonesia’s borders, and neither should accountability.

“At the heart of the haze crisis is a simple question: when companies profit from land and commodities, who pays when forests and peatlands burn?

“Companies may benefit from land that has been cleared or degraded, but communities bear the consequences. Children breathe polluted air, workers face unsafe conditions, schools and livelihoods are disrupted while governments and families ultimately absorb the health and economic costs.”

Haram spokesperson Brendon Gan said: “There are loopholes in the system which enable large-scale plantations to burn down lands with no legal repercussions whatsoever. This isn’t a climate problem, it’s an enforcement and political problem.

“While corporate executives sit comfortably in their air-conditioned offices earning millions of dollars in profit, it is the common citizens, workers, students and even the children of Malaysia and Indonesia who are breathing in and dying from the haze.

“Schools are closing down, and our basic human right to breathe is being taken away from us.

“Clean air doesn’t have a passport, nor does environmental devastation.

“We stand firmly in solidarity with the communities in Indonesia who are affected by these fires.”

The transboundary haze pollution is also a test of Asean’s commitment to environmental rights. In 2025, Asean member states adopted the Asean Declaration on the Right to a Safe, Clean, Healthy and Sustainable Environment, explicitly recognising the growing need to address transboundary environmental concerns.

The right to a safe, clean, healthy and sustainable environment also requires access to information and meaningful accountability when environmental harm occurs. Affected communities cannot exercise that right if critical information about who is responsible for environmental destruction remains hidden across borders.

Background information

It is worth noting that this is not the first time Malaysian and Singapore-linked corporate actors have been identified or scrutinised in relation to fires and poor land-use practices in Indonesia.

A joint Greenpeace research has previously documented fire hotspots within plantations also linked to Malaysian and Singaporean companies.

In 2019, Indonesia’s Environment and Forestry Ministry also sealed land belonging to companies over forest fires, including foreign companies linked to Malaysia and Singapore.

Scientists have warned that severe El Niño conditions this year can intensify drought and fire risks across Southeast Asia, making the protection and restoration of natural ecosystems increasingly urgent.

But climate conditions should not become an excuse for inaction. While dry weather creates the conditions for fires, shared decisions about how land is managed becomes the determining factor in how vulnerable landscapes are used as collateral in those fires for quick profits.

With toxic smoke from forest and peatland fires in Indonesia continuing to affect Malaysia and neighbouring countries, communities across Southeast Asia are once again being forced to bear the health, social and economic costs of a crisis that has persisted for decades.

The situation has become particularly severe in parts of Malaysian Borneo, especially Sarawak, where air quality has reached hazardous levels, with schools and public events being disrupted and with the Sarawak state government mulling a possible haze emergency for areas above 500 on the Air Pollution Index. – Greenpeace Malaysia/Haram

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted