Kepenting Melayu Marhein atau kepentingan Melayu korporat?

0
80

Apabila ada percanggahan antara kepenting Melayu Marhein dan kepentingan Melayu korporat, apakah pendirian Ahli Parliament Umno? Itu merupakan soalan pokok yang dikemukakan oleh Jeyakumar Devaraj.

 

Perbahasan terhadap Titah Baginda Yg Di Pertuan Agung

Saya hanya dapat peluang berbahas pada hari ke-enam. Sudah sampai ke takat itu, masa yang diberi pada tiap ahli.

Parlimen telah mengecut ke 20 minit. Oleh itu saya terpaksa tanggalkan beberapa hujjah untuk meringkaskan ucapan saya.

Terima kasih Tuan Yg Di Pertua memberi peluang untuk berbahas Usul Menjunjung Kasih terhadap Titah Baginda Yang Di Pertuan Agung

Pada 16 Mac, dalam ucapan YB Kuala Krau, usaha liberalasasikan ekonomi dibangkit. YB Kuala Krau telah memohon pada kerajaan agar kepentingan orang Melayu tidak diketepikan dalam perlaksanaan polisi liberalasikan ekonomi.

Saya ingin sokong permohonan YB Kuala Krau. Kepentingan orang Melayu harus diberi keutamaan dalam mana-mana polisi kerajaan kerana kaum 62 peratus Melayu memperolehi pendapatan di bawah RM3,000 se bulan. 62 peratus daripada keluarga Melayu miskin dan adalah begitu penting kepentingan golongan ini diberi keutamaan. Mana-mana polisi yang membawa kesan negatif pada masyarakat Melayu yang berpendapatan rendah harus ditolak. Apa gunanya pembangunaan ekonomi negara jika ia membawa tekanan pada majority dalam negara itu. Lebih baik buang polisi macam itu terus ke tong sampah.

Tuan Yg Di Pertua, isu kepentingan Melayu telah mengambil centre stage dalam politik Malaysia sejak sebelum Merdeka. Dalam Perlembagaan kita Perkara 153 telah menyatakan adalah menjadi tanggungjawab Yg Di Pertuan Agung memelihara kedudukan istimewa orang Melayu.

Pada saya, hasrat di belakang Perkara 153 adalah munsabah, walaupun kita boleh berbedza pemikiran  terhadap pembentukan polisi-polisi untuk membangunankan masyarakat Melayu.

Munasabah kerana apabila kita lihat sejarah moden dunia dalam 500 tahun yang lalu Suatu ekonomi baru telah menimbul di benua Eropah dan merebak ke seluruh dunia dan menembusi semua benua, semua rantau. Perkembangan aktiviti ekonomi baru telah membawa penghijarahan berjuta-juta manusia daripada Negara-negara asal mereka ke negara baru.

orang putih telah pergi ke Amerika, Afrika, Asia dan Australia

orang Afrika dibawa sebagai hamba ke Amerika dan Eropah

orang India dan Cina datang ke Asia Tengara sebagai koolie.

Kadang-kala apabila penghijarahan berlaku penduduk asal dipinggirkan dan dijadikan rakyat kelas dua di negara mereka sendiri. Masyarakat Inca umpamanya. Apabila Cortez membawa pasukan militer ke Amerika Latin, masyarakat Inca merupakan satu empair besar dengan system pertanian yang teratur dan masyarakat yang kaya. Tetapi masyarakat Inca ditewas dan dijadikan hamba dan dibawa kerja dilombong-lombong perak. Beribu-ribu mati. Akhirnya apabila Latin Amerika dapat kemerdekaan bukan keturunan kaum Inca yang menguasai negara-negara merdeka itu. Orang putih keturunan penjajah yang menjadi pemimpin negara-negara ini, dan orang Inca masih rakyat kelas tiga di negara mereka sampai hari ini.

READ MORE:  Umno is responsible for the mess we are in – NOT Mahathir!

Perkara yang hampir sama berlaku dengan Maori di NZ dan kaum Aborigine di Australia. Dan di Afrika Selatan kaum orang putih telah dapat menguasai negara itu untuk beberapa dekad dan menjadikan orang asal rakyat kelas dua di bawah sistem apartheid.

Oleh kerana kesemua ini, saya boleh memaham mengapa masyarakat Melayu telah mendesak supaya kepentingan orang Melayu dimaktubkan dalam perlembagaan negara ini sebagai Perkara 153. Perasaan risau dan bimbang mereka pada masa itu bukan satu khayalan yang tidak berasas.

Tuan Yg Di Pertua, saya juga setuju dengan point yang dibawa oleh YB Pasir Salak dalam pencelahan beliau semasa Ucapan Ketua Pembangkang – Pasir Salak telah hujah bahawa kerajaan BN telah mencapai banyak dan bahawa kita tidak harus pandang rendah terhadap pencapaian Umno–BN.

Saya setuju kerana pada 1957 kerajaan Malaya dikuasai orang putih. Tetapi dalam 52 tahun yang lalu, hampir semua jabatan dalam jentera kerajaan diketuai oleh orang Melayu. Ketua pengarah, ketua setiausaha, pengarah-pengarah kanan – hampir semua Melayu.

Dari segi agenda Melayu ini satu pencapaian yang besar. Jentera kerajaan di tangan Melayu.

Dan ini bukan suatu kerjayan yang kecil atau lemah. Budget Kerajaan Persekutuan untuk tahun 2010: RM196 bilion. Ini merupakan satu pertiga Keluaran Kasar dalam Negeri. Kerajaan kita yang ada pengaruh besar dalam ekonomi negara. Dan kerajaan ini solid di tangan Melayu.

Pada 1957, adalah analisa bahawa Melayu miskin kerana syarikat-syarikat besar orang putih yang menguasai sector moden di Malaya – perladangan, pembankan, perlombongan, pembinaan. Dalam 50 tahun yang lalu, sebahagian besar daripada sector korporat telah pindah ke tangan kaum Melayu. Pemilikan ekuiti di sector korporat oleh individu Melayu dilapor sebagai 18 peratus pada masa ini.

Tetapi dalam sector korporat penguasaan/control adalah juga penting. Isu pengambilan pekerja, promotion untuk kakitangan, pemberian kontrak dan keputusan pelaburan. Kesemua ini ditangan eksekutif kanan.

Dulu syarikat-syarikat saperti Guthrie, Highland and Lowland, dan Golden Hope yang dimiliki orang putih  menguasai sector perladangan di Malaysia. Sekarang Sime Darby sedang memegang tanah perladangan seluas 600,000 ekar di Malaysia. Siapakah Pengerusi Besar Lembaga Sime Darby? siapakah CEO Sime Darby? siapakah pengarah-pengarah kanan di Sime Darby?  Bukan orang putih, bukan Cina, bukan orang India. Hampir semuanya orang Melayu.

Dan sama juga dengan syarikat-syarikat GLC yang lain –  KPJ, Pantai, Gamuda, Plus, Mas, CIMB, KTMB, Petronas. Walaupun pemilikan bukan di tangan individu Melayu, tetapi lembaganya dan posisi utama seperti CEO, Pengerusi Lembaga semua di tangan Melayu.

READ MORE:  Demonstrations are part of democracy

Kita harus ucap syabas pada Umno. Ini adalah kejayaan polisi Umno – telah mencapai sebahagian besar daripada agenda Melayu.

– Jenteraa kerajaan dalam tangan Melayu

– GLC yang kuasai beberapa sector juga di tangan Melayu

– Hampir 60 peratus dari KNK di kuasai oleh pihak Melayu

Permasalahannya adalah – masih ada kemiskinan di kalangan masyarakat Melayu.  Walaupun agenda Melayu sedang dicapai, masih Melayu biasa menghadapi banyak masalah.

Di Sg Siput, ada pelajar Melayu yang cicir kerana tidak dapat bayar tambang bas sekolah.  Di PPMS, suatu kampong dengan 85 keluarga, 14 murid sekolah menengah telah cicir kerana tidak dapat bayar tambang bas sebanyak RM50 sebulan.

Di kawasan perkampungan Sg Siput berpuluh-puluh keluarga Melayu desa yang tidak dapat bayar bil air sebanyak RM20 sebulan sehingga bekalan air ke rumah dipotong. Bil lektrik keluar atas kertas merah untuk berpuluh-puluh keluarga Melayu.

Mengapa wujudnya kemiskinan bagini banyak di kalangan masyarakat Melayu 52 tahun selepas Merdeka? Tidak boleh menyalahkan orang putih lagi. Tidak boleh menyalahkan pihak orang tengah Cina juga. Itu cerita lama.

Dari statistik kerajaan sendiri kita ketahui bahawa 62 peratus daripada keluarga Melayu mendapat pendapatan bulanan di bawah RM3,000. Mereka adalah petani, penoreh getah, nelayan, pekerja kilang, peniaga kecil, dan juga pekerja biasa di kerajaan. Mereka boleh dipanggil Melayu Marhein – satu istilah yang dicipta oleh Allayarham Soekarno.

34 peratus daripada keluarga Melayu perolehi pendapatan antara RM3,000 dan RM10,000. Mereka merupakan – pegawai kerajaan dan di GLC, dan juga kontraktor dan peniaga kecil.

Hanya 2.8% daripada keluarga Melayu berpendapatan antara RM10,000 dan 20,000 dan mereka adalah pegawai-pegawai tinggi di GLC, peniaga dan kontraktor besar dan juga para profesyional di sector swasta. Hanya suatu gelintir kecil keluarga Melayu, 0.5 peratus sahaja yang menerima pendapatan yang lebih daripada RM20,000, dan kebanyakan mereka merupakan kaum korporat dan pegawai tertinggi dalam GLC dan kerajaan.

Jadi ada empat golongan dalam masyarakat Melayu – Melayu Marhein, kakitangan kerajaan dan GLC, kontrakor dan businessmen, dan Melayu korporat.

Dalam konteks ini – apabila Ahli Parlimen sebut kepentingan Melayu apakah maknanya?

Apakah dia kepentingan orang Melayu? Adakah kepentingan semua lapisan masyarakat Melayu sama?

Adakah situasi di mana kepentingan lapisan bertentangan?

Di kawasan saya, Sg Siput ada sebuah kampong bernama Kg Temin. Suatu skim TSK (Tanaman Semula Kelompok) telah berlangsung di kampong ini. Risda telah beri pada seorang kontraktor Melayu. Sebahagian telah dilakukan. Pokok lama telah ditebang tetapi pokok baru belum ditanam. Dan sudah beberapa bulan sekarang. Apabila pekebun adu pada Risda, Risda cakap peruntukan telah dikeluarkan.

Suatu lagi kes adalah Perlop I di mana 43 peserta telah buat perjanjian dengan koperasi Risda untuk tanaman semula dengan kelapa sawit. Koperasi telah memakai tanah sebagai cagaran untuk buat pinjaman. Sekarang sudah 10 tahun. Langsung tiada kerja tanaman semula. Cukai tanah juga tidak dibayar. Duit pinjaman ke mana – berapakah jumlahnya?

READ MORE:  No reason to pat BN for declining to table Hadi's bill

Dalam kes-kes ini jelas bahawa kepentingan Melayu Marhein dijejas oleh aktiviti kontraktor Melayu yang cari untung besar tanpa melakukan kerja yang diwajib. Bila berlakunya percanggahan antara dua golongan Melayu, apakah pendirian Ahli Parlimen Umno? YB menyokong pihak mana – Melayu Marhein ataupun kontraktor Melayu?

Marilah kita meninjau perhubungan antara kepentingan Melayu korporat dan kepentingan Melayu Marhein.

Kerajaan kita sedang menggalakkan ‘pelancongan kesihatan’. Ini akan membawa untung besar pada GLC-GLC yang menguasai hospital swasta – Pantai, Sime Darby, KPJ, Petronas dll akan mengaut untung besar. Melayu korporat tentu rasa seronok apabila untung korporat mereka meningkat. Tetapi perkembangan business di hospital swasta ekoran ‘Health Tourism’ akan mencepatkan penghijarahan keluar doctor pakar dari hospital kerajaan. Kesihatan dan kebajikan Melayu Marhein yang bergantung pada hospital kerajaan untuk rawatan terjejas.

Jadi, dalam hal ini – pelancongan kesihatan – kepentingan siapa dimajukan dan kepentingan siapa dipinggirkan?

Cukai GST adalah satu contoh lagi.  Adalah hasrat kerajaan untuk mengurangkan cukai terhadap korporat. Dulu, dalam tahun 1988 cukai korporat adalah 40 peratus dari untung syarikat. Sekarang telah turun ke 26 peratus. Tetapi kerajaan mahu turunkannya lagi – Singapura hanya ada cukai korporat sebanyak 19 peratus. Tetapi cukai korporat akan membebankan Melayu Marhein. Kos hidup akan meningkat.

So, apabila ada percanggahan antara kepenting Melayu Marhein dan kepentingan Melayu korporat, apakah pendirian Ahli Parliament Umno?

Isu-isu pokok untuk Melayu Marhein adalah

– Ketiadaan tanah dan pengangguran di perengkat kampong.
– Gaji rendah di kilang
– Peruntukan bantuan seperti untuk tanaman semula yang di “hijack” oleh kontraktor
– Penswastaan kemudahaan asas yang meningkatkan kos
– Pendidikan tinggi yamg mahal tetapi tidak berkualiti
– Kualiti rawatan yang sedang merosot di hospital kerajaan.

Tetapi selepas YB Kuala Krau memohon pada kerajaan untuk jangan mengenepikan kepentingan orang Melayu, beliau terus pohon agar sasaran equity Melayu harus ditingkatkan ke 60 peratus dan bukan 30 peratus. Saya keliru. Bagaimanakah peningkatan ekuiti Melayu korporat akan membantu kawan-kawan saya di Kg Termin? Bagaimanakah Melayu Marhein akan dapat faedah daripada polisi seperti ini?

Saya rasa kita semua mesti lebih jelas dalam pemikiran dan analisa kita. Adakah situasi di mana kepentingan Melayu Marhein berbeza ataupun bercanggah dengan kepentingan kategori lain di masyarakat Melayu? Ini suatu persoalan pokok.

Jika ya, kategori mana yang harus disokong oleh Ahli-ahli Parlimen? Melayu Marhein ataupun Melayu korporat? Inilah persoalannya.

Dengan ini, saya pohon menyokong Usul yang dibawa oleh YB Kuala Krau.

Terima kasih Yg Di Pertua.

Jeyakumar Devaraj ialah Ahli Parlimen untuk Sungai Siput

 

Thanks for dropping by! The views expressed here are the writer's personal views and do not necessarily reflect Aliran's official position, which can be found in our media statements and the NGO statements we have endorsed or are a part of.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, Maybank account number: 507246118995.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

Be the First to Comment!

avatar
750
  Subscribe  
Notify of