Syafiq Fadli dan Sachin Nair
Pencemaran jerebu merentas sempadan (transboundary haze) kini dianggap sebagai kejadian tahunan yang biasa di Malaysia.
Walaupun pada hakikatnya ia merupakan akibat kegiatan manusia yang boleh dielakkan, iaitu pembakaran hutan bagi tujuan pertanian, ia sebaliknya dilayan sebagai bencana alam yang tidak dapat dielakkan.
Meskipun pencemaran jerebu menjadi semakin teruk pada tahun ini, kerajaan Malaysia tidak menunjukkan usaha untuk bertindak segera menangani isu ini secara tuntas.
Tuntutan-tuntutan
Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak kerajaan Malaysia supaya menerima pakai syor-syor yang dikemukakan dalam laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada tahun 2024 yang bertajuk Silent Enemy: Report on Haze Pollution and the Right to Clean Air, termasuk:
- Menyandang kepimpinan dalam Asean dan menyelaras dengan negara-negara anggota lain bagi mewujudkan protokol yang mengikat di sisi undang-undang di bawah Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan (AATHP). AATHP mewajibkan negara-negara anggota menggubal undang-undang domestik berkaitan jerebu merentas sempadan supaya syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur mereka sendiri memikul tanggungjawab atas impak operasi bisnes mereka yang menyumbang kepada pencemaran jerebu.
- Menggubal suatu Akta Udara Bersih. Perundangan udara bersih ini harus mengandungi, antara lain:
- Kualiti udara ambien standard mandatori yang selaras dengan piawaian antarabangsa
- Mekanisme perundangan yang memudahkan penyertaan orang awam dalam tadbir urus kualiti udara, serta hak-hak untuk udara bersih yang boleh dikuatkuasakan di mahkamah
- Peruntukan khusus yang menangani pencemaran udara merentas sempadan, yang memberi kuasa serta mewajibkan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap warganegara dan syarikat-syarikat Malaysia yang menyumbang kepada pencemaran udara merentas sempadan melalui sistem keadilan Malaysia.
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Setelah bertahun-tahun mengharungi masalah jerebu, kita sedia maklum bahawa ia berpunca daripada pencemaran udara merentas sempadan – khususnya akibat kebakaran hutan dan kegiatan pembersihan tanah di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Asapnya bergerak ke negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura.
Pada tahun ini sahaja, hampir 300,000 hektar tanah telah musnah akibat kegiatan pembersihan tanah yang menggunakan kaedah slash-and-burn di Indonesia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Kemerosotan kawasan tanah gambut akibat penebangan hutan dan aktiviti perindustrian juga menjadikan kawasan tersebut lebih mudah terbakar.
Namun, syarikat agribisnis di Indonesia bukanlah satu-satunya punca kebakaran dan masalah jerebu; syarikat Malaysia dan Singapura turut terlibat.
Akhirnya, kerajaan Malaysia harus dipersalahkan kerana tidak bertindak tegas terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang bertanggungjawab atas kebakaran hutan ini.
Kerajaan juga gagal mencapai sebarang hasil yang signifikan di peringkat Asean bagi memastikan negara-negara anggota menggubal dan menguatkuasakan undang-undang yang mengawal operasi syarikat yang menyumbang kepada jerebu merentas sempadan, termasuk syarikat-syarikat Malaysia yang mempunyai syarikat induk dan anak syarikat di Indonesia.
Wakil-wakil rakyat mesti mengutamakan kepentingan rakyat negara yang mereka tadbir, dan bukannya membiarkan syarikat-syarikat serta konglomerat-konglomerat pertanian terus bertindak bebas tanpa hukuman.
Ertinya, kerajaan negara harus mengambil tindakan secara langsung serta menggubal undang-undang dan protokol di peringkat domestik dan Asean untuk memastikan entiti-entiti ini dipertanggungjawabkan.
Syafiq Fadli dan Sachin Nair ialah ahli biro alam sekitar, krisis iklim dan Orang Asli, Parti Sosialis Malaysia.
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


