Jawatankuasa pilihan parlimen memainkan peranan yang penting

0
63
Photograph: Wikimedia Commons

Peranan jawatankuasa pilihan adalah penting dalam amalan semak dan imbang dan bertindak sebagai penjana perubahan dan pembaharuan, ujar WH Cheng.

Jawatankuasa pilihan parlimen (atau dalam bahasa Inggeris, parliamentary select committee dan terkenal dengan singkatan umumnya, jawatankuasa pilihan) adalah suatu bentuk jawatankuasa yang merangkumi ahli-ahli parlimen yang dilantik bagi mengurus atau menyiasat suatu isu ataupun perkara-perkara yang berkepentingan umum.

Pembentukan dan fungsi jawatankuasa pilihan adalah berasal daripada rangkaian sistem berparlimen era British yang menggunapakai model Westminster. Negara-negara seperti Australia, New Zealand, Malaysia dan India turut menggunakan sistem tersebut.

Di Britain, contohnya, telah melaksana dan menggunapaka jawatankuasa pilihan i jawatankuasa pilihan di dalam parlimen negara tersebut sejak daripada tahun 1980 lagi di mana beberapa jawatankuasa pilihan dibentuk bagi memantau, menyemak-imbang kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan di negara tersebut bagi memastikan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti di dalam pentadbiran negara tersebut.

Para jawatankuasa pilihan menentukan tajuk, halatuju siasatan, persoalan, peranan mereka sendiri dan mempunyai kuasa untuk menuntut atau memanggil sesiapa sahaja yang difikirkan perlu atau mustahak untuk disoal siasat, membantu di dalam sebarang persoalan atau persoalan yang timbul serta keraguan yang perlu dijelaskan bagi memastikan penyalahgunaan kuasa, urus tadbir yang kurang memuaskan dan rasuah dapat dibendung demi kepentingan rakyat dan negara.

Segala hasil penyiasatan, persoalan dan kegiatan semak imbang yang dilaksanakan oleh jawatankuasa pilihan akan diterbitkan dan dibentangkan di dalam sesi Parlimen untuk diperdebatkan oleh ahli-ahli parlimen.

Keanggotaan jawatankuasa pilihan

Keanggotaan jawatankuasa pilihan boleh dilantik dari kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat ataupun merangkumi campuran ahli-ahli Dewan Rakyat (ahli Parlimen) dan ahli-ahli Dewan Negara (Senat) bergantung kepada keperluan sama ada penglibatan ahli-ahli daripada kedua-dua dewan adalah wajar atau sebaliknya.

Para jawatankuasa pilihan yang dilantik untuk sebarang perlaksanaan akan melaporkan segala kegiatan dan hasil penelitiannya di dalam parlimen dan bukannya kepada perdana menteri. Keanggotaan jawatankuasa pilihan adalah merangkumi ahli-ahli Parlimen baik daripada parti memerintah mahupun parti-parti pembangkang.

Ahli-ahli jawatankuasa pilihan adalah dilantik berdasarkan kepakaran mereka di dalam bidang-bidang masing-masing dan bukannya atas dasar asal mana-mana parti yang dianggotai ahli-ahli tersebut.

Fungsi jawatankuasa pilihan

Pembentukan jawatankuasa pilihan dalam Dewan Rakyat adalah bertujuan untuk memantau prestasi kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi kerajaan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran agar penyalahgunaan kuasa, rasuah dan ketidakcekapan urus tadbir dapat dibendung, sementara penubuhan jawatankuasa pilihan di peringkat Dewan Negara pula adalah bertumpu kepada isu-isu seperti perlembagaan dan hal-ehwal ekonomi.

Peranan jawatankuasa pilihan adalah penting dalam amalan semak dan imbang terhadap kerajaan dapat dilaksanakan dan bertindak sebagai penjana perubahan dan pembaharuan bagi menangkis segala kelemahan di dalam jentera pentadbiran, sejurus itu, memastikan dasar kerajaan dapat dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

Kebebasan jawatankuasa pilihan

Jawatankuasa pilihan perlu bebas daripada sebarang pengaruh parti-parti politik baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Di dalam menangani isu-isu semasa yang melibatkan sebarang siasatan ataupun persoalan yang timbul, jawatankuasa pilihan seharusnya bertindak secara profesional dan praktikal di dalam melaksanakan segala tanggungjawabnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik.

Ahli-ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa pilihan juga seharusnya peka dengan kedudukan mereka di dalam jawatankuasa pilihan tersebut dan menjalankan kewajiban mereka di atas pengaruh politik masing-masing. Kepentingan rakyat dan negara haruslah mengatasi segala-galanya apabila ahli-ahli jawatankuasa pilihan bersidang dan mengadakan sebarang kegiatan semak imbang ataupun penyiasatan.

Contoh peranan jawatankuasa pilihan yang berjaya

  • Jawatankuasa pilihan dibenarkan memantau dan menyemak segala aktiviti, perlaksanaan dan belanjawan kerajaan, berkuasa memanggil mana-mana menteri, pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk menghadiri seesi soal jawab bagi memahami dan menambahbaik keadaan semasa di dalam jentera kerajaan.
  • Jawatankuasa pilihan seharusnya memilih pengerusinya melalui undi di kalangan ahli-ahli dan ahli-ahli pembangkang juga diberi peranan mempengerusikan beberapa jawatankuasa pilihan.
  • Ahli-ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa pilihan juga seharusnya bertindak demi kepentingan rakyat dan negara dan apajua tindakan mereka tidak seharusnya dipengaruhi parti-parti politik yang mereka anggotai.

Cadangan penambahbaikan untuk jawatankuasa pilihan di Malaysia

  • Jawatankuasa pilihan seharusnya dijadikan sebagai suatu institusi yang terpenting di dalam sistem berparlimen negara ini.
  • Kebebasan menyeluruh seharusnya diberikan kepada jawatankuasa pilihan di dalam perlaksanaan tugas-tugas mereka, menyemak imbang, menyiasat dan memanggil mana-mana menteri, pegawai kerajaan ataupun ahli-ahli lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di dalam hal-hal yang berkait dengan perlaksanaan dasar, belanjawan, isu-isu berbangkit, permasalahan yang timbul yang membabitkan kepentingan umum dan sebagainya.
  • Ahli-ahli jawatankuasa pilihan seharusnnya diwakili oleh semua parti politik yang terpilih ke Parlimen. jawatankuasa pilihan juga seharusnya melantik ahli-ahli ex-officio yang bukan ahli Parlimen, yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan khusus yang dapat membantu jawatankuasa pilihan di dalam menjalankan kewajibannya.

Sumber: inter-researchstudies.blogspot.com

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of