Jaminan makanan: Krisis iklim dan kemelut pengeluar makanan

Dunia kita sedang berdepan dengan krisis makanan yang serius dengan sebanyak 828 juta orang tidur dalam keadaan lapar setiap malam.

Kenaikan harga makanan di merata tempat di dunia telah mencetuskan krisis global yang menjadikan berjuta-juta orang terperangkap dalam kemiskinan tegar, kelaparan dan kekurangan zat makanan, sementara pembangunan masyarakat yang tercapai hasil daripada pengorbanan rakyat bawahan turut terancam.

Krisis iklim yang menjadi-jadi, perang di Ukraine, gangguan pada rantaian bekalan dan kemelesetan ekonomi berikutan pandemik Covid sedang merosakkan pencapaian pembangunan dan menyebabkan harga makanan terus meningkat.

Jaminan makanan yang terancam memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di merata tempat, termasuklah negara kita Malaysia. Apa yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah jaminan makanan?

Forum ini mengupas lebih mendalam lagi punca kepada krisis makanan dan krisis iklim yang berkaitan dengannya, di samping mengajukan idea-idea untuk mengatasi masalah ini.

Ahli panel:

  • Meenakshi Raman, presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  • Dr Jeyakumar Devaraj, pengerusi nasional Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  • Nur Fitri Amir Muhammad, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia
  • Zakaria Ismail, nelayan di selatan Pulau Pinang, Penang Tolak Tambak

Anjuran bersama Gabungan Marhaen dan Jaringan Ekologi dan Iklim (Jedi)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments