Hidupkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

0
39
Voters casting their ballots enthusiastically at the Penang Forum 3 experimental local council poll

Kepekaan rakyat jelata yang semakin meningkat pada hari ini membuktikan keinginan mereka agar demokrasi dapat diperluaskan di peringkat kerajaan tempatan, ujar WH Cheng.

Akhirnya, rakyat Malaysia telah memilih perubahan dengan mengundi memastikan kekalahan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihanraya umum 2018 yang lalu yang turut dikenali dengan singkatannya 905.

BN telah memerintah negara ini lebih daripada 60 tahun lamanya dan kini terpaksa akur kepada kehendak rakyat yang inginkan mereka menduduki barisan pembangkang pada penggal ini.

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang baru di Putrajaya, tanpa membuang masa terus melaksanakan beberapa siri perubahan seperti yang telah dijanjikan di dalam kempen pilihan raya umum yang lalu.

Sehinggalah pada pilihan raya umum ini, rakyat Malaysia hanya keluar mengundi untuk memilih wakil-wakil merek bagi peringkat parlimen dan dewan-dewan undangan negeri. Di negara lain, bukan sahaja pilihan raya umum diadakan untuk parlimen dan dewan undangan negeri, bahkan ianya juga diadakan bagi memilih kerajaan-kerajaan tempatan.

Ahli dewan bandaraya, ahli majlis perbandaran dan ahli majlis daerah semuanya adalah dipilih secara langsung oleh rakyat. Bukan itu sahaja, datuk bandar, yang dipertua majlis turut dipilih melalui peti undi. Negara contoh yang paling hampir dengan negara kita adalah Indonesia yang kini sedang menghadapi proses pilihan raya bagi peringkat wilayah, kotaraya, bandar dan pekan di seluruh republik itu.

Sebuah lagi negara jiran, yakni Singapura yang mengotakan tanggungjawab kepada setiap ahli parlimen yang pilih untuk menguruskan majlis bandaran (town councils) di kawasan parlimen masing-masing. Majlis bandaran di Singapura adalah agak unik kerana ianya meliputi setiap kawasan perumahan dan pangsapuri di republik itu yang melihat penglibatan secara aktif di kalangan penduduk bagi memastikan kawasan kediaman mereka terpelihara dan diuruskan dengan baik.

READ MORE:  Bersih 2.0 melancarkan kempen Satukan Tenaga, Kalahkan Penipuan

Di dalam manifesto PH, ada menyebut usaha mereka untuk menjadikan institusi kerajaan tempatan lebih cekap dan telus di dalam pengurusan dan perlaksanaan dasarnya kepada rakyat jelata. Dengan cara apa? Itu sudah tentunya melalui pilihan raya kerajaan tempatan bagi memilih ahli majlis, ahli dewan bandaraya, datuk bandar dan yang dipertua majlis agar prestasi mereka ini dapat dipantau dari segi keberkesanan pengurusan kerajaan tempatan.

Malah, dua parti komponen PH, iaitu PKR dan DAP juga pernah mempelopori agenda tersebut agar demokrasi dapat diperkasakan. Sejak berlalunya pilihan raya umum 2018, ramai ahli Parlimen telah juga mengulangi seruan mereka secara terbuka agar pilihan raya kerajaan tempatan dapat dipulihkan sepenuhnya dengan segera agar keberkesanan pengurusan dan pentadbiran di peringkat tersebut dapat dipertingkatkan demi kebaikan rakyat jelata.

Kita perlukan kerajaan tempatan yang dipilih melalui pilihan raya agar datuk bandar, yang dipertua majlis dan ahli majlis tempatan dapat menunaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat dengan memastikan ketelusan di dalam perlaksanaan dasar di peringkat tersebut.

Sehingga pada hari ini, negara kita masih belum mengiktiraf melalui perundangan, mahupun perlembagaan demokrasi di peringkat kerajaan tempatan kerana proses tersebut telah lama dihalang melalui pindaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ekoran kebimbangan kerajaan BN pada masa itu kerajaan tempatan yang jatuh ke tangan parti-parti pembangkang tidak akan “bekerjasama” dengan kerajaan negeri dan pusat yang ditadbir oleh BN.

Akibat daripada itu, terdapat:

  • ketidakcekapan di dalam pengurusan kerajaan tempatan
  • masalah komunikasi di antara rakyat dan kerajaan tempatan
  • ahli majlis tempatan yang lebih menunjukkan ketaatan mereka kepada parti mereka daripada menjalankan tanggungjawab mereka untuk rakyat
  • masalah tempatan tidak dapat diselesaikan dengan berkesan kerana campurtangan tokoh politik yang tertentu
  • monopoli terhadap beberapa jenis perkhidmatan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat, dan
  • ketiadaan rundingan terus dengan rakyat mengenai perlaksanaan dasar yang tidak disenangi oleh rakyat jelata.
READ MORE:  Panggilan untuk 100,000 pembantah persempadanan semula di Selangor

Dengan adanya pilihanraya kerajaan tempatan, ianya akan dapat memastikan kepentingan rakyat diutamakan di peringkat tersebut seperti penyelesaian isu-isu semasa yang sering mempengaruhi hidupan harian orang ramai yakni, kutipan sampah, peniaga dan penjaja, taman rekreasi, taman perumahan, perkampungan, lampu jalanan, pembaikan atau penambahbaikan jalan dan jalanraya, isu-isu pengairan dan salliran, pasar-pasar awam dan lain-lain kemudahan awam.

Pilihanraya kerajaan tempatan juga boleh dijadikan sebagai suatu saluran buat rakyat jelata untuk memberikan maklumbalas mereka kepada kepimpinan kerajaan tempatan mengenai tahap keberkesanan khidmat mereka agar perubahan, penambahbaikan dan perlaksanaan dasar-dasar yang lebih berkesan bagi menyelesaikan isu-isu yang berkait rapat dengan urusan harian di peringkat tersebut.

Dalam pada itu, Pas dan Umno juga tidak seharusnya asyik membangkitkan soal kaum dan agama yang dilihat ingin menggugat perlaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan kerana isu-isu kaum dan agama yang sering diungkit oleh mereka tidak melihat ada kebenarannya terhadap dakwaan-dakwaan mereka, sebaliknya lebih kepada ingin memecahbelahkan perpaduan rakyat jelata.

Pilihan raya umum 2018 sememangnya telah mencatat suatu sejarah di mana seramai 12.3 juta rakyat Malaysia telah keluar mengundi dan peratusannya adalah 82.3%, suatu pencapaian yang tidak diduga memandangkan hari pengundian diadakan pada pertengahan minggu, jika dibandingkan dengan pilihan raya umum 2013 di mana hanya 11.3 juta rakyat yang keluar mengundi pada hari yang ditetapkan pada hujung minggu.

Ini jelas menunjukkan bahawa kini lebih ramai rakyat negara ini semakin peka dan menunjukkan minat untuk lebih cenderung di dalam hal-ehwal negara, pentadbiran, parti memerintah dan keberkesanan perlaksanaan dasar dengan memastikan agar undi mereka dapat disedari oleh para pemimpin politik, dan kebebasan suara terjamin.

READ MORE:  Pemantauan pilihan raya: Jangan takut kalau tiada penipuan

Kepekaan rakyat jelata yang semakin meningkat pada hari ini turut membuktikan keinginan mereka agar demokrasi dapat diperluaskan di peringkat kerajaan tempatan. Kata menteri perumahan dan kerajaan tempatan bahawa pilihanraya kerajaan tempatan akan hanya dapat diadakan dalam masa dua, tiga tahun yang akan datang adalah tidak dapat diterima kerana proses perubahan tersebut mengambil masa yang telalu lama. Sebaliknya, ianya perlu dilaksanakan di dalam masa yang terdekat.

Source: Inter-Research And Studies (IRAS)

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of