Debat terhadap Rang Undang Geologi (suatu akta baru)

0
216

Kita memang memerlukan suatu rang undang-undang untuk mengawal bidang geologi, tetapi rang undang-undang yang dibentangkan memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli dan berkurangan dalam “check and balance”, kata Dr Jeyakumar Devaraj.

Saya terima hakikat bahawa kita memerlukan suatu rang undang-undang untuk mengawal bidang geologi, tetapi saya tidak selesa dengan bentuk rang undang yang dibentangkan di Dewan ini.

Rang undang-undang di hadapan kita memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli dan berkurangan dalam “check and balance”.

Seksyen 6 dalam rang undang Geologi ini menyatakan bahawa ahli Lembaga Geologi akan dilantik oleh Menteri sendiri. Walaupun Institut Geologi, suatu badan profesyional ahli geologi, boleh mengesyorkan calon untuk Lembaga Geologi, Menteri Sumber Asli tidak dikehendaki mematuhi syor daripada para ahli geologi. Ini harus dibandingkan dengan amalan Malaysian Medical Council ataupun Jemaah Doktor Malaysia di mana 40 peratus daripada keahlian Jemaah tersebut dipilih oleh doktor-doktor sendiri melalui pilihan pos. Mengapa suatu sistem yang sama tidak dapat diamalkan untuk penubuhan Lembaga Geologi.

Seksyen 10 dalam rang undang Geologi memberi kuasa untuk Menteri Sumber Asli untuk “pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota Lembaga tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu”. Pada pandangan saya Seksyen 6 dan seksyen 10 memberi terlalu banyak kuasa pada Menteri Sumber Asli.

Selain daripada ini, prosedur untuk menggantungkan atau membatalkan pendaftaran seorang ahli geologi, tidak munasabah. Seksyen 33 dalam rang undang geologi memberi kuasa pada Lembaga Geologi untuk membatalkan pendaftaran seorang ahli geologi. Ini mewujudkan suatu situasi di mana Lembaga Geologi menjadi Pendakwah dan juga Pengadil. Langsung tiada “separation of powers”.

Bukan setakat ini sahja, seorang ahli geologi yang dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Geologi hanya boleh merayu kepada Menteri seperti diperuntukkan di bawah seksyen 48 yang menyatakan “keputusan Menteri … adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah”.

Seksyen-seksyen yang saya telah sebut tadi membuktikan bahawa langsung tiada “separation of powers” ataupun proses “check and balance”. Terlalu (banyak) kuasa ditumpukan pada Menteri Sumber Asli. Dewan ini diminta meluluskan suatu rang undang yang baru. Saya pohon “let’s do it right the first time itself.” Oleh itu saya pohon rang undang ditarik balik dan diubahsuai supaya isu-isu yang saya telah membangkitkan tadi dapat dikendalikan.

Dato yang DiPertua, saya tidak dapat menyokong rang undang geologi dalam bentuk yang sedia ada.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments