Dasar memperluaskan insurans kesihatan harus dibincang dengan semua pihak

0
34
Patients waiting even during the lunch hour at the BM General Hospital

Jeyakumar Devaraj, A Sivarajan danSoh Sook Hwa telah menulis kepada menteri kewangan untuk memberi pendapat mereka mengenai pembiayaan kesihatan melalui skim insurans.

Cadangan kami terhadap RM2bn yang telah diderma oleh syarikat Great Eastern untuk pembiayaan kesihatan

Surat ini merupakan surat ketiga kepada Yang Berhormat berkaitan isu ini. Malangnya sehingga sekarang kami tidak menerima sebarang respons daripada pihak YB walaupun kami telah meminta dalam surat-surat kami bertarikh 25 November 2018 dan 17 Disember 2018 untuk appoinmen berjumpa dan berbincang perkara yang penting ini.

Tujuan kami dalam menghantar surat ini adalah untuk menghuraikan beberapa poin yang meringkaskan pendirian kami terhadap isu insurans kesihatan dan meminta sekali lagi untuk mengadakan satu appoinmen dengan YB untuk berbincang perkara ini secara lebih mendalam.

1. Kerajaan Malaysia harus mengelak daripada menggalakkan perkembangan sistem insurans kesihatan yang sedia wujud dalam negara kita. Kerana sistem insurans yang sedia wujud:

  • adalah ditawar oleh syarikat-syarikat swasta atas motif mengaitkan untung untuk pemegang sahamnya
  • adalah didasarkan pada risiko kesihatan setiap individu yang diliputi (risk rated)
  • menawarkan pelan-pelan yang jauh berbedza dalam liputannya (coverage)
  • mempunyai kos pentadbiran yang agak tinggi dan
  • akan meminggirkan lagi 70% daripada rakyat kita yang bukan berpendapatan tinggi.

Jadi adalah amat penting untuk memastikan perbelanjaan RM2bn yang didermakan oleh satu syarikat insurans tidak dipakai dalam cara yang mendorong rakyat Malaysia menjadi pelanggan syarikat-syarikat insurans swasta.

Jika negara kita mengambil keputusan untuk memakai kaedah insurans untuk membiayai kos rawatan perubatan untuk rakyat kita, sistem insurans kesihatan harus dirombak semula untuk merupakan “sistem insuran kesihatan sosial” (social health insurance) di mana

  • ia dilaksanakan oleh satu lembaga yang bukan untuk untung (non-profit), seperti KWSP atau Perkeso
  • caruman tidak didasarkan pada profil kesihatan setiap individu tetapi adalah “community rated” yang bererti caruman adalah suatu nisbah tetap terhadap pendapatan setiap keluarga
  • liputan yang beri adalah menyeluruh dan meliputi semua kaedah rawatan yang kini dapat diperolehi di hospital-hospital kerajaan

Pada takat ini satu sistem insurans kesihatan sosial pun tidak akan membawa faedah untuk negara kita kerana:

  • pendapatan B40 kita adalah rendah dan satu lagi potongan (mungkin sebesar 8% gaji mereka) akan merupakan satu beban tambahan terhadap mereka
  • adanya lebih kurang 1.5 juta keluarga dengan pendapatan rendah yang berkerja di sektor luar bandar – pesawah, penoreh, nelayan, peneroka Felda, dll. Selain itu ada 1 juta peniaga mikro di negara kita. Samping itu, lebih daripada 3 juta daripada pencarum KWSP pada takat ini mendapat gaji yang kurang daripada RM2,000 sebulan. Kerajaan harus menampong kos insurans untuk kumpulan-kumpulan ini, dan jumlahnya mungkin akan melebehi peruntukan kesihatan pada takat ini.

Sistem pembiayaan di sistem kesihatan awam pada takat ini adalah kaedah “capitation” di mana satu peruntukan (RM28bn untuk 2019) dipakai untuk menampung segala kos rawatan yang diberi di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan.

Sistem insurans akan beralih kepada sistem bayaran di mana tiap rawatan, prosedur dan pembedahan akan dikira dan dicaj kepada dana kesihatan (kaedah “fee-for-service’’) dan kos rawatan akan melambung naik!

Pada takat ini negara kita sedang membelanja RM55bn setahun untuk segala kos kesihatan dalam negara kita (awam dan swasta). Sistem insurans sosial dengan kaedah fee-for-service akan meningkatkan jumlah kos rawatan ke RM100bn ataupun lebih.

Sistem insurans kesihatan tidak akan menjimatkan kos untuk kerajaan persekutuan.

Ada kemungkinan besar sistem insurans sosial akan memacu perkembangan hospital swasta dan memperlemahkan lagi hospital-hospital awam kerana penghijrahan doctor pakar ke sektor swasta akan diperceptakan.

Ini akan membawa kesan negative kepada rakyat kita di Pantai Timur, di Sabah dan Sarawak dan juga di kawasan luar bandar di Pantai Barat juga. Pada takat ini, sistem kerajaan yang memberi perkhidmatan perubatan di kawasan luar bandar.

Oleh kerana kesemua fakta ini, keputusan terhadap memperluaskan insurans kesihatan harus dibincang secara dalam antara semua stakeholders sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.

Dana RM2bn yang disumbang oleh pihak syarikat insurans boleh dipakai untuk meringankan beban pesakit sektor awam yang dikehendaki melakukan “co-payment” dalam bentuk membeli skrew dan plate untuk pembedahan otopedik, kaca mata untuk pembedahan cataract, stent untuk prosedur angioplasty dan banyak lagi alat yang sekarang perlu dibeli oleh pesakit yang dirawat di hospital kerajaan.

Ada beberapa lagi perkara berkaitan yang kami ingin berbincang, dan kami harap kami boleh dapat satu apoinmen untuk berjumpa dan berbincang dengan pihak YB

Dr Jeyakumar Devaraj ialah ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia manakala A Sivarajan ialah setiausaha agung dan Soh Sook Hwa bendahari parti tersebut.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of