Bersatu sepatutnya bertanding dalam pilihan raya umum atas usaha sendiri

Graphic: Hasrolhashim/Wikipedia

Nampaknya, parti ini sekadar bertukar daripada pakaian lama kepada yang baru, kerana segala bentuk isi dalam pemikirannya tetap sama, ujar WH Cheng.

Baru-baru ini, ketua pemuda Bersatu di dalam ucapan beliau di hadapan para pewakilan armada Bersatu dalam persidangan agung tahunan pemuda parti tersebut menyatakan bahawa partinya amat komited dalam usaha menyatupadukan “masyarakat yang diwakilinya”, sambil mendakwa parti tersebut juga yakin akan mendapat lebih daripada majoriti dua-pertiga dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Kami ingin bertanya, apakah Bersatu kini selaku sebahagian daripada kerajaan peringkat pusat sambil menguasai apajua jentera kerajaan yang ada sekarang masih tidak begitu yakin untuk bertanding di dalam pilihan raya umum yang akan datang?

Ini adalah kerana tindak tanduk Bersatu kini dilihat sedang mencerminkan apa yang pernah Umno dan Pas lakukan sebelum ini. Bersatu sebelum ini pernah mendakwa bahawa ia adalah sebuah parti era baru yang telah lama meninggalkan budaya dan tradisi lama yang diamalkan oleh kedua-dua parti tersebut. Bersatu sudah mula bergantung kepada agenda-agenda yang berkait dengan kerabat simbolik dan feudal serta isu-isu agama.

Tambahan pula ketua pemuda Bersatu juga pernah berkata selaku timbalan menteri, beliau akan terus mengeluarkan apajua surat sokongan bagi mana-mana ahli-ahli Bersatu yang “memerlukan bantuan” beliau di dalam mendapat kerja-kerja yang ditawarkan.

Dalam pada itu, ketua pemuda Bersatu itu juga pernah menyarankan agar kerajaan yang dianggotai beliau sekarang boleh mencetak wang kertas untuk diedarkan kepada umum bagi meringankan bebanan orang ramai ekoran perintah kawalan pergerakan yang telah banyak menjejaskan pendapatan sebilangan besar rakyat.

Tawaran surat sokongan, mencetak lebih banyak wang dan kini seruan politik yang berselindung di sebalik kerabat simbolik dan feudal – adakah kesemua cadangan-cadangan tersebut akan membantu memulih dan menstabilkan ekonomi negara?

READ MORE:  Answering Mohamad Hasan’s call to save democracy

Adakah ketua pemuda Bersatu itu pernah berfikir beberapa kali terlebih dahulu sebelum mengeluarkan beberapa kenyataan yang akan memperlihatkan beliau itu seolah-olah seperti seorang yang kurang sempurna?

Pokok utama di sini, sekiranya Bersatu mendakwa diri mereka sebuah parti era baru yang punyai banyak kelainan dan berbeza daripada kedua-dua Umno dan Pas, kenapa Bersatu tidak mahu mencuba bertanding dalam pilihanraya umum dengan menggunakan segala usahanya sendiri, sebaliknya masih ingin bergantung atau berselinding di sebalik kerabat simbolik dan feudal?

Apakah Bersatu ini masih tidak mempunyai sebarang modal politik mahupun dasarnya sendiri untuk dipersembahkan kepada rakyat jelata untuk menentukannya? Apakah Bersatu masih tidak yakin dengan kekuatan partinya dan ahli-ahlinya untuk menggerakkan jentera pilihanraya mereka dengan lebih berkesan? Oleh sebab itulah, Bersatu masih perlu hidup bergantung rapat dengan kerabat simbolik dan feudal serta isu-isu kaum dan agama.

Jika begitu, Bersatu terbukti bukannya sebuah parti era baru seperti yang pernah didakwanya sebelum ini. Sebaliknya parti tersebut tidak ada bezanya dari segi politiknya dengan Umno dan Pas. Adalah lebih baik Bersatu dibubarkan dengan kadar segera dan para pemimpin serta ahli-ahlinya kembalilah ke pangkuan Umno dan Pas.

Usahlah diwujudkan satu lagi “parti Melayu” atau “parti pribumi” mahupun “parti Islam”, yang dilihat telah memecahbelahkan masyarakat Melayu dan membeza-bezakan Islam mengikut rentak politik kaum dan agama semata-mata. Sudah cukuplah dengan kedua-dua Umno dan Pas, masyarakat Melayu dan Islam telah dipecahbelahkan oleh para pemimpin yang hanya mementingkan kedudukan dan kekayaan mereka sahaja.

Sekiranya Bersatu benar-benar merupakan sebuah parti era baru yang akan membawa suatu wadah dan pemikiran politik baru buat masyarakat Melayu dan Islam, kami terima dan menyambut kedatangannya dalam arena politik negara dengan harapan Bersatu dapat merombak dan berubah daripada amalan lama yang negatif dan memulakannya dengan yang baru.

READ MORE:  Coalitions in chaos: Will Perikatan Nasional fall?

Tetapi ini tidak, sebaliknya Bersatu ini sekadar bertukar daripada pakaian lama kepada yang baru, kerana segala bentuk isi dalam badan dan pemikiran tetap sama, konservatif, pemikiran purba kala dan kurang beretika untuk mencapai sesuatu tujuan.

Yang jelas dapat dilihat di sini adalah Bersatu, yang mula-mula berpecah daripada Umno, ingin bergerak sebagai sebuah parti yang akan membawa suatu inspirasi baru. Akan tetapi, pada hari ini terbukti Bersatu sekadar satu cetak rompak Umno.

Jadi, apa gunanya para pengundi menyokong dan mengundi Bersatu dalam pilihan raya umum yang akan datang sedangkan dalam arena politik konservatif tersebut pun sudah wujudnya Umno dan Pas. Lebih baik para pengundi meneruskan sokongan mereka kepada Umno dan Pas daripada terus merasa keliru sama ada perlu mengundi menyokong Bersatu, Umno ataupun Pas.

Sumber: whcheng18.wordpress.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
loyal malaysian
loyal malaysian
26 Dec 2020 8.05am

Bersatu tidak yakin bertanding pilihan raya GE15 atas usaha sendiri!!

Itu lah sebab Muhyiddin tidak benarkan usul tidak yakin terhadap diri sendiri dibahaskan dalam Parlimen. Dia belum dapat persetujuan dengan UMNO dan PAS berkaitan pengkongsian kuasa lepas GE15.

Ya, saya seorang pesimis – saya rasa TUMPAS[ team UMNO PAS] akan menang GE15. PH minus akan kekal sebagai pembangkang.
Jika begitu, mengapa TUMPAS nak kekalkan Muhyiddin sebagai PM?