Badget tambahan RM20 bilion

0
no views

While a political storm was swirling outside following the arrest of Anwar Ibrahim this afternoon, Dr Jeyakumar Devaraj was inside Parliament putting forward his views on a  proposed supplementary budget of RM20 billion.

Dengan penambahan peruntukan sebanyak RM20 bil yang di hadapan kita hari ini, badget kerajaan untuk tahun ini telah meningkat ke RM150 bil. Ini merupakan 30 peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negara atau GDP negara kita.

Penglibatan kerajaan Malaysia dalam ekonomi begara adalah besar. Di negara Thailand, Badget Kerajaan hanya 20 peratus dari GDP negara Thai. Di Singapura pula, badget kerajaan hanya 16.7 peratus dari GDP Singapura. Manakala di Malaysia, badget kerajaan telah menyampai 30 peratus dari GDP Malaysia.

Oleh kerana badget kita begini besar, adalah amat perlu jumlah ini dibelanja dengan cermat dan secara yang berkesan.

Malangnya di negara kita, perlaksanaan projek tidak begitu berkesan, dan berjuta-juta ringgit duit rakyat dibazir. Izinkan saya menyentuh beberapa contoh:

  • Hospital Specialist Pandan, di Johor tidak dapat dipakai selama setahun ke atas kerana masalah dalam sistem aircon di Hospital itu.
  • Hospital baru di Alor Setar memerlukan kerja-kerja tambahan untuk membaiki infrastruktur hospital ini;
  • Makmal computer di sekolah runtuh tersendiri;
  • Bangunan Pentadbiran Hutan Simpanan dekat Grik, tiba-tiba runtuh tersendiri;
  • Retakan di Ring Road II di KL, dan banyak lagi projek.

Kesemua projek ini merupakan pembaziran wang rakyat berjumlah berjuta-juta ringgit.

Saya harap pihak-pihak berkenaan akan melaksanakan mekanisme yangn berkesan yang dapat mengawal dan mengurangkan pembaziran wang rakyat. Antara mekanisme yang harus dilaksanakan adalah:

  1. Perunding yang mengawalselia projek-projek pembinaan swasta harus dilantikdan dibayar oleh kerajaan dan bukan oleh pemaju yang melaksanakan projek itu. Harus mengadakan dengan izin “separation of powers”.
  2. Menyenaraihitamkan syarikat, pemaju dan jurutera yang terlibat dalam pembinaan yang tidak mencapai kualiti yang ditetapkan di dalam kontrak.
READ MORE:  Political crisis not over, confidence-and-supply agreement still needed

Saya menerima hasrat kerajaan ingin memperkembangkan kapasiti kontraktor Bumiputra melalui pemberian kontrak pada mereka. Ini harus dilakukan untuk mempupuk kebolehan kontraktor Bumiputra.

Tetapi saya ingin mengesyorkan pendekatan “tough love”. Ertinya tough love adalah walaupun kerajaan sayang kontraktor Bumiputra dan mahu memupuk kebolehan mereka, adalah penting kerajaan memastikan prestasi kontraktor ini adalah memuaskan. Jika tidak, bukan sahja kapasiti kontraktor tersebut tidak dikembangkan tetapi orang awam akan dibekalkan dengan kemudahan-kemudahan yang berkurangan dari isegi kualitinya.

Hanya dengan disiplin seperti ini, kapasiti golongan kontraktor dapat dibina. Akhirnya, saya ingin menyentuh Kementerian Dalam Negeri yang diperuntukkan RM114 juta sebagai peruntukan tambahan.

Adalah amat penting untuk pihak polis memelihara kredibiliti mereka di pandangan orang ramai. Pihak polis mesti menangani kes DS Anwar Ibrahim dengan saksama. Hak DS untuk dilepaskan dengan jaminan harus dihormati. Sebarang langkah oleh polis yang boleh ditafsirkan oleh orang ramai sebagai kezaliman atau membalas dendam harus dielak sekiranya polis mahu memelihara imej dan kredibiliti mereka di kalangan orang ramai.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments