Apa gunanya sidang parlimen lima hari tanpa kawal imbang?

133 views
The general election losers are now ruling the country

Setelah ditekan bertubi-tubi, dikritik dan dikecam dengan begitu hebat sekali oleh rakyat jelata di atas kegagalannya, tidak mengendahkan titah perintah Agong, akhirnya kerajaan Perikatan Nasional terpaksa juga akur dengan tekanan tersebut dan bersetuju untuk memanggil sidang parlimen dengan menjadualkannya esok.

Akan tetapi, adalah amat berdukacita sekali apabila aturan urusan persidangan yang telah diumumkan baru-baru ini kepada ahli-ahli Parlimen mendapati persidangan parlimen tersebut sekadar ‘taklimat ringkas’ yang bakal disampaikan oleh beberapa orang menteri yang menguruskan krisis kesihatan dan pandemik yang sedang melanda negara.

Nampaknya, perbahasan, persoalan dan apajua pengawalan terhadap dasar kerajaan adalah tidak dibenarkan sepanjang persidangan lima hari tersebut.

Kalau benar, ianya suatu bentuk pembohongan yang paling besar pernah berlaku dalam sejarah Parlimen dan negara, yakni suatu pembohongan yang berselindung di sebalik nama ‘sidang parlimen’.

Yang lebih memburukkan lagi keadaan, difahamkan Jabatan Perdana Menteri turut merancang untuk menghadkan bilangan ahli-ahli Parlimen dengan menetapkan keahadiran secara bergilir dengan alasan ianya bagi tujuan untuk mematuhi prosedur operasi standard dan penjarakan fizikal semata-mata.

Nampaknya ini adalah jelas rancangan kerajaan PN untuk menjarakkan diri mereka lebih jauh daripada ahli-ahli Parlimen agar dapat mengelak daripada berhadapan dengan puluhan soalan yang bakal dikemukakan kelak.

Selain daripada itu, Jabatan Perdana Menteri juga difahamkan telah mengarahkan Speaker Dewan agar menggunakan kuasanya untuk menghadkan atau tidak meluluskan permintaan agar dasar-dasar yang dibentangkan nanti dibahaskan ataupun dipersoal jika timbul sebarang keraguan yang memerlukan penjelasan yang lebih terperinci. Sama ada ini benar atau sebaliknya, terpaksalah kita menunggu sidang parlimen minggu ini.

Melakukan suatu perbuatan yang keji, tetapi berselindung pula di sebalik agama, undang-undang ataupun institusi feudal dan simbolik – sebab itulah rakyat jelata mulai muak dengan karenah tersebut lalu tidak mengendahkan. Bahkan ramai pula yang mula tidak menghormati dan mengecam prosedur operasi standard, sekatan dan perintah-perintah tersebut yang telah sekian lama menghadkan pergerakan mereka.

READ MORE:  Peranan Parlimen mengawal dan menegur kerajaan bukan mainan politik

Yang lebih tragik perintah-perintah ini menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan, menjadi bankrap, perniagaan gulung tikar, kekurangan bekalan makanan, inflasi dan pengangguran meningkat mendadak. Ramai juga yang telah mengambil keputusan untuk membunuh diri kerana sudah tidak dapat lagi menahan kesengsaraan hidup.

Ketiadaan Parlimen bersidang dengan peranannya untuk mengawal imbang apajua dasar, perbelanjaan dan perlaksanaan kerajaan terbukti para hari ini: keadaan negara telah menjadi lebih buruk ekoran berlakunya ketidakcekapan pentadbiran dan salahguna kuasa, ini yang didapati hanya mengutamakan kuasa dan kedudukan masing-masing.

PN dan para pemimpinnya di sana, di sini, telah cuba sedaya upaya untuk mencari alasan demi alasan untuk menyekat institusi Parlimen dan mengketepikan perlembagaan untuk memerintah untuk jangka yang panjang.

Tetapi kami akan melawan arus keji ini dengan sebaik-baiknya. – whcheng18.wordpress.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments