Why the added secrecy?

0

Why are secrecy provisions within the Labuan Off-shore Financial Services Authority (Lofsa) being tightened when what is needed is an improvement in its supervisory capabilities to enhance its credibility, asks Dr Jeyakumar Devaraj while debating the Lofsa Amendment Bill in Parliament.


Untuk membuat satu keputusan yang baik untuk negara, Dewan ini harus diberitahu beberapa perkara penting berkaitan Pusat Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisr Labuan.

Pekara pertama adalah bagaimanakah kredibiliti Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisr Labuan ataupun Lofsa (Labuan Off-shore Financial Services Authority) di kalangan institusi kewangan negara-negara lain? Adakah benar bahawa Lofsa telahpun disenaraikan oleh beberapa negara termasuk Korea Selatan kerana sangkaan transeksi haram seperti “money laundering” sedang berlaku di Labuan olehkerana penyeliaan yang kurang berkesan?

Dalam keadaan di mana ketelusan dan kredibiliti Lofsa diragui oleh pihak institusi kewangan antarabangsa, saya tidak faham rationale Seksyen Baru 17A untuk mengketatkan lagi kerahsiaan perlu di masukkan ke dalam akta Lofsa. Menteri Kewangan harus memberitahu Dewan ini apakah perlunya 17A pada takat ini.

Dalam Akta Ibu Lofsa wujudnya peruntukan untuk mengendalikan pembocoran rahsia. Seksyen 20 Akta Lofsa memberi cukup kuasa pada Lembaga Lofsa untuk mengendalikan apa juga kesalahan yang dilakukan oleh kakitangan termasuk pembocoran rahsia.

Jikalau Dewan ini izinkan Seksyen baru 17A di masukkan ke dalam Akta Lofsa ini, suatu situasi yang pelik akan diwujudkan. Dalam Seksyen 17 dalam Akta Ibu Lofsa Kegagalan Pemberitahuan kepentingan ataupun “Failure of Disclosure of Interest” dikenakan denda maxima RM250,000. Manakala denda maxima terhadap “pembocoran rahsia” adalah RM500,000. Whistle-blower itu akan didenda dengan kadar yang lebih tinggi daripada seorang yang gagal memberitahu kepentingan beliau dalam urusan Lofsa.

Tuan Yang DiPertua, matlamat utama Lofsa seperti dicatit dalam Seksyen 3 Akta Ibu adalah untuk memperkembangkan Lofsa sebagai suatu Pusat Kewangan Luar Pesisir. Tindakan yang perlu pada takat ini adalah langkah-langkah untuk memantapkan prestasi penyeliaan Lofsa. Untuk meningkatkan daya saing Lofsa adalah amat perlu untuk memupuk keyakinan institusi kewangan antarabangsa terhadap ketelusan dan tahap penyeliaan yang diamalkan di Lofsa. Apa yang perlu sekarang bukan mengetatkan kerahsiaan tetapi untuk mempertingkatkan penyeliaan.

Saya pohon Seksyen baru 17A digugurkan daripada Pemindaan ini.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments