Adakah para pemimpin Umno ikhlas inginkan perubahan dalaman?

0
73
Photograph: theSun Daily

Sikap para pemimpin Umno yang ada kini masih sama seperti dahulu, yang suka berlagak seperti “warlord” dalam parti, ujar WH Cheng.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, Umno dan gabungannya, Barisan Nasional (BN), kalah teruk sehinggakan terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahannya kepada Pakatan Harapan (PH) sekaligus menamatkan era kekuasaannya di Putrajaya selama lebih 60 tahun.

Ramai yang bergembira seketika apabila dikhabarkan Umno dan BN telah hilang majoriti dan tidak dapat membentuk kerajaan di peringkat pusat dan beberapa buah negeri yang dikuasainya selama ini.

Namun demikian, walaupun Umno telah kalah, kami selaku pendukung demokrasi sejagat juga tidak ingin melihat Umno berkubur dengan begitu sahaja setelah mengalami kekalahan tersebut. Sebaliknya, kami ingin melihat Umno menjadi sebuah parti pembangkang yang berwibawa dengan membawa bersamanya peranan semak dan imbang (checks and balances) terhadap kerajaan baru yang kini diterajui oleh PH.

Untuk itu, bagi membolehkannya bangkit semula untuk memulakan peranan yang baru sebagai sebuah parti pembangkang, Umno dan para pemimpinnya perlu berani berhadapan dengan kenyataan yang mereka kini berada di dalam barisan pembangkang. Para pemimpin Umno yang menduduki jawatan di dalam kerajaan BN yang lalu seharusnya faham dan mengundurkan diri mereka dan memberikan peluang kepada barisan pemuda di dalam parti tersebut untuk mara ke hadapan bagi mengisi semua jawatan di dalam majlis tertinggi Umno.

READ MORE:  Najib, where does Umno get all this money?

Persoalannya di sini adalah, kenapa perlu Ahmad Zahid Hamidi, bekas timbalan perdana menteri di dalam kerajaan BN yang lalu masih enggan mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada barisan pelapis muda yang baru untuk menerajui parti yang kini di ambang kemusnahan akibat perbuatan mereka sendiri? Begitu juga dengan bekas-bekas menteri kerajaan BN yang lalu.

Adakah mereka ini masih tidak sedar bahawa Umno telah ditolak rakyat di dalam pilihanraya umum yang lalu oleh kerana perbuatan mereka sendiri dan langsung tidak berasa salah; sekaligus menggambarkan ketidakinginan mereka untuk memberikan peluang kepada barisan pelapis muda dalam parti untuk mengambil-alih? Sikap para pemimpin Umno yang ada kini masih sama seperti dahulu, yang suka berlagak seperti “warlord” dalam parti.

Jika dibandingkan dengan kebanyakan negara, di mana, apabila parti-parti memerintah yang kalah di dalam pilihanraya, para pemimpin parti tersebut akan dengan sukarelanya meletakkan jawatan mereka dan berundur terus daripada politik, memberikan peluang kepada pelapis baru untuk menerajui parti tersebut.

Kami ingin menasihati para pemimpin dari golongan konservatif Umno, parti tersebut kalah teruk adalah kerana akibat perbuatan mereka. Bertanggungjawablah ke atas segala kekurangan dan kesilapan sendiri dan jangan membawa parti tersebut ke ambang tyang tidak dapat diselamatkan lagi.

Era perkauman dan agama sudah ketinggalan zaman dan tidak praktikal lagi; era merendah-rendahkan kaum hawa di dalam Parlimen juga tidak praktikal lagi; begitu juga dengan era samseng yang selama ini dipelopori golongan konservatif Umno kini sudah tidak ada ruang lagi di dalam politik Malaysia baru.

Source: Inter-Research And Studies (IRAS)

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of