Adakah kerajaan campuran yang baru ini akan juga tumbang tak lama lagi?

Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik 'kerjasama rapat' ini, rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidup

112 views
Ismail Sabri puts Umno back in power

Baru selesai naib-presiden Umno Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru-baru ini, kini timbul pula satu pertelingkahan terbuka mengenai nama kerajaan yang bakal dibentuk ini.

Bekas perdana menteri yang juga presiden Bersatu merangkap pengerusi Perikatan Nasional, Mahiaddin Yasin, telah mengucapkan tahniah kepada perdana menteri yang baru mengangkat sumpah jawatan mengatakan bahawa Ismail Sabri akan meneruskan pemerintahan “kerajaan PN” dengan memberikannya suatu nafas kepimpinan baru.

Setelah kenyataan ucap tahniah Mahiaddin tersebut, setiausaha agung Umno Ahmad Maslan dan ahli majlis tertinggi Umno Rahman Dahlan menolak mentah-mentah kenyataan Mahiaddin yang mendakwa kerajaan baru yang bakal dipimpin Ismail Sabri itu adalah kerajaan PN kerana ianya terdiri daripada campuran tiga gabungan Barisan Nasional, PN dan Gabungan Parti Sarawak serta Parti Bersatu Sabah (PBS).

Lantas daripada itu, majlis pimpinan tertinggi PN mengadakan mesyuarat tergempar di ibupejabatnya bagi membincangkan pertelingkahan terbuka tersebut. Berikutan mesyuarat PN tersebut, ahli-ahli majlis pimpinan tertinggi PN telah memutuskan bahawa kerajaan baru yang bakal dibentuk Ismail Sabri adalah sebenar-benarnya kerajaan PN. Ini kerana PNlah yang mempunyai jumlah kerusi yang terbanyak, yakni 50 jika dibandingkan dengan BN yang hanya mempunyai sejumlah 41 kerusi, sementara GPS dan PBS masing-masing memegang 18 dan satu kerusi.

Sementara itu, maklumbalas daripada presiden Umno Zahid Hamidi dan timbalan presidennya Mohamad Hasan masih belum diperolehi berikutan pertelingkahan terbuka yang baru tercetus.

Persoalannya, adakah kerajaan campuran baru yang dibentuk Ismail Sabri yang merangkumi gabungan-gabungan politik terdahulu, PN, BN dan GPS akan juga tumbang di masa yang terdekat ini berikutan persengketaan Bersatu dan Umno ini yang dilihat masih belum reda. Ini berikutan perletakan jawatan Mahiaddin sebagai Perdana Menteri sebelum ini kerana telah berkali-kali gagal menangani masalah penularan wabak Covid yang kini telah hilang kawalan walaupun penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan telah berlanjutan selama setahun lebih – namun masih tidak menampakkan sebarang kemajuan mahupun pengurangan penularan wabak tersebut.

READ MORE:  Umno kembali berkuasa: Apa yang akan berlaku?

Ini adalah kerana PN dan BN masing-masing mempunyai jumlah kerusi sebanyak 54 dan 41, manakala GPS pula memiliki sejumlah 18 kerusi parlimen. Walaupun ‘kekuatan’ PN dapat dilihat mempunyai kelebihan kerusi berbanding BN, namun masing-masing juga boleh mengugut di antara satu sama lain memandangkan perbezaan jumlah kerusi kedua-dua gabungan tersebut adalah tidak jauh, manakala GPS dari negeri Sarawak pula akan menjadi pengimbang di antara kedua-dua gabungan tersebut.

Dalam erti kata yang sebenarnya, GPS juga boleh mengugut kedua-dua gabungan PN dan BN sekiranya permintaannya tidak dapat dipenuhi oleh kedua-dua belah pihak.

Jadi, walaupun PN dan BN masing-masing mendakwa mereka masih boleh bekerjasama dalam kerajaan baru tersebut, namun kita masih dapat melihatnya dengan jelas akan ‘dendam’ yang masih tersimpan di dalam hati Bersatu. Ini kerana Umnolah mengambilalih kerajaan negeri Perak dan pusat pimpinan PN di peringkat perseketuan tumbang berikutan penarikan sokongan oleh Umno sebelum ini.

Oleh yang demikian, keadaan yang serupa masih juga boleh berlaku sekiranya PN ingin bertindakbalas terhadap BN yang telah dua kali ‘menindas’ kedudukannya sebelum ini. PN juga kini mempunyai kelebihan apabila mereka berjaya mendapat ‘sokongan’ daripada dua parti komponen BN, iaitu MCA dan MIC, apabila kedua-dua parti komponen BN tersebut telah menyokong secara terbuka kepimpinan Mahiaddin apabila kedudukan beliau digugat oleh Umno sewaktu itu.

Baru genap tiga hari, sengketa terbuka Bersatu (PN) dan Umno (BN) telahpun meletus dengan begitu sengit dalam isu sama ada ia seharusnya dinamakan kerajaan PN ataupun kerajaan BN. Adakah kerajaan baru pimpinan Ismail Sabri ini akan bertahan lebih daripada setahun?

Adakah perdana menteri yang kesembilan ini akan dapat menangani krisis kesihatan dan ekonomi, yang telah ditinggalkan oleh PN dan kini menjadi semakin runcing? Sekiranya BN juga gagal menangani krisis tersebut, adakah PN akan juga bertindak untuk menarikbalik sokongannya terhadap Ismail Sabri?

READ MORE:  Stop plotting, get down to helping the people

Antara dua gajah yang masih hendak berperang di sebalik ‘kerjasama rapat’ ini, rakyat jelatalah yang akan terus menderita keperitan hidup yang masih tidak menampakkan sebarang penyelesaian yang menyeluruh – whchengsocdem.blogspot.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments