Negara kaya, tetapi mengapa rakyat terasa khuatir terhadap masa depan?

2
151
A cubicle crammed with beds in a 'third class' ward at the Penang General Hospital. Where is the moral outrage?

Bajet ini tidak cuba mengubahsuai polisi macro yang mewujudkan financial sekuriti tetapi hanya memberi beberapa handout, ujar Jeyakumar Devaraj.

Perdana menteri telah mengatakan bahawa inilah Bajet yang terbaik dalam sejarah Malaysia kerana ianya komprehensif serta mengambil kira kepentingan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Saya telah meneliti Bajet 2018 dan setuju ada hadiah-hadiah, handouts untuk pelbagai sector:

  • 170,000 pesawah padi akan menerima RM200 sebulan selama tiga bulan:
    Unit Amanah Saham PNB bernilai RM200 akan dianugerakan pada tiap anak yang dilahir di Malaysia (500,000 kelahiran setahun).
  • voucher RM250 membeli buku akan diberi pada 1.2 juta murid IPT dan Tingkatan 6
  • bantuan pendidikan sebanyak RM100 utk 3.2 juta murid sekolah
  • Brim akan diberi pada 7 juta orang dengan anggaran kosnya hampir RM7bn
  • bonus sebanyak RM1,500 akan diberi pada beberapa kumpulan:
    • 9,800 ketua kampung dan tok batin
    • 65,000 imam, bilal, guru Kafa, guru takmir
    • 1.2 juta kakitangan kerajaan

Tetapi soalannya adalah, adakah pemberian handouts seperti ini menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yangin clusive?

Pada pandangan saya walaupun negara bertambah kaya dari segi GDPnya, walaupun pendapatan per kapita telah meningkat ke RM40,713 tahun ini, tahap financial security untuk 80% daripada rakyat kita terus berkurang. Tahap insekuriti telah bertambah. People are financially insecure. Negara kaya, tetapi rakyat terasa khuatir terhadap masa depan.

Kenapa?

Saya rasa ada dua sebabnya

  • tiada simpanan yang mencukupi untuk masa depan
  • kos keperluan asas yang terus melambung tinggi

Sebab pertama:  Tiada simpanan yang mencukupi untuk masa depan

Simpanan KWSP merupakan simpanan utama untuk pekerja di sector swasta dan mempunyai 6.5 juta pencarum. Mengikut statistic KWSP sendiri, 80% pada pencarum KWSP yang berumur 54 tahun mempunyai simpanan KWSP yang kurang pada RM150,000.

Mengikut anggaran KWSP sendiri 80% menghadapi masa depan yang tidak terjamin. Simpanan mereka akan habis sebelum mereka mencapai umur 70 tahun. Selepas itu mereka terpaksa bergantung pada anak – dan untuk ramai antara mereka anak pun miskin dan memikul beban finans yang tinggi. Inilah punca ketidakkeyakinan terhadap masa depan.

Bukan saja pekerja bergaji yang menghadapi masalah tiada simpanan yang mencukupi.

1.5 juta pekebun kecil, pesawah, nelayan menghadapi masalah ketiadaan simpanan yang lebih teruk lagi. Mereka tiada simpanan KWSP pun. Majoriti daripada kumpulan ini yang berpendapatan rendah tiada simpanan untuk masa depan.

1.5 juta perniaga kecil – gerai, pasar malam dan sebagainya – dalam situasi yang sama. Tiada KWSP, tiada simpanan, tiada keyakinan. Timbulnya kerisauan terhadap masa depan.

READ MORE:  Schools should project unity in diversity - not unity by separation

Inilah fakta pertama yang sebabkan ketidak keyakinan ataupun financial insecurity terhadap masa depan – tiada simpanan yang mencukupi.

Sebab kedua: Kos keperluan asas melambung tinggi

Fakta kedua yang wujudkan insekuriti di kalangan rakyat kita adalah kos keperluan asas – kesihatan, perumahan dan pendidikan – yang terus melambung tinggi

Ambil kes kos perubatan.

Ramai rakyat Malaysia sedang hilang keyakinan mereka terhadap hospital kerajaan kerana:

  • kelambatan dapat rawatan
  • ramai doktor muda tanpa pengalaman dan kekurangan doctor pakar untuk membimbing
  •  sekatan badget
  • kitaran semula alat-alat.

Oleh itu ramai yang pergi ke hospital swasta. Pada takat ini hampir satu pertiga daripada kemasukan ke hospital adalah ke hospital swasta. Tetapi kosnya tinggi.

  • Pembedahan bypass – RM60,000
  • Bagi rawatan kanser RM500,000 pun mungkin ta mencukupi.

Jadi berapakah amaun yang mencukupi untuk memastikan sebuah keluarga boleh memperolehi rawatan yang berkualiti tinggi untuk semua ahli keluarga sepanjang umur? Supaya mereka tidak bersusahpaya pada masa depan. Adakah simpanan sebanyak RM1 juta mencukupi untk keperluan rawatan? RM5 juta?

Kerisauan berkaitan dengan kos perubatan adalah penyumbang besar pada perasaan financial insecurity yang dialami oleh majoriti rakyat kita termasuk keluarga dalam T30.

Punca masalah kos perubatan yang tinggi adalah dasar neoliberal iaitu kepercayaan perkhidmatan asas harus dibekalkan oleh sector swasta atas prinsip perniagaan. Pendekatan ini telah menggalakkan perkembangan sector perubatan swasta dan ini yang memacukan penghijrahan doctor pakar dari sector kerajaan ke sector swasta.

Sebuah kerajaan yang prihatin pada rakyat akan ambil langkah untuk memperkukuhkan system perubatan awam. Kami telah saran perkembangan hospital swasta dibekukan. Kami tidak minta hospital swasta yang ada ditutup. Tetapi jangan bagi dia berkembang kerana itu akan menarik keluar lebih ramai pakar daripada sector awam.

Pembekuan ini akan buka ruang untuk hospital kerajaan menambahkan bilangan pakar yang berpengalaman dan membaiki nisbah doctor pakar di staff mereka. Ini akan menambahkan keyakinan rakyat terhadap hospital kerajaan dan rakyat tidak perlu menyimpan wang untuk rawatan pada masa depan.

Ini akan mengurangkan tahap insekuriti di kalangan rakyat.

Tetapi dalam bajet ini apa yang kita memerhati adalah yang opposite. Peruntukan telah disediakan untuk menggalakkan pelancongan kesihatan. Nampaknya kerajaan tak nampak perkembangan sector perubatan swasta menyebabkan financial insecurity di kalangan rakyat.

Bila rakyat terasa insecure, mana boleh mereka menghulurkan tangan untuk membantu orang lain? Mana ada masa untuk membina masyarakat penyayang? Financial insecurity menjadikan kita selfish. Kita terpaksa menjaga kepentingan diri sendiri dulu. Kita terpaksa mengumpul lebih duit, kerana tidak yakin terhadap masa depan.

Jadi tidak berguna untuk hanya mengatakan Malaysia adalah sebuah masyarakat yang inclusive, masyarakat penyayang dan sebagainya. Kita kena wujudkan mekasime yang boleh memupuk solidarity di antara rakyat.

READ MORE:  Education sector a victim of politicking?

Memperniagakan pendidikan tertiari

Saya ingin sentuh isu pendidikan. Apakah matlamat kita dalam mendidikkan generasi muda ke peringkat university?

Pada saya, tujuan utama adalah supaya mereka dapat perolehi kemahiran untuk berkhidmat pada rakyat kita. Bila saya belajar perubatan di Universiti Malaya, saya diberi subsidi yang besar. Walaupun saya tidak diberi biasiswa, saya sedar bahawa yuran saya hanya menampung 10% daripada kos pendidikan saya. Oleh itu saya sedia pergi berkhidmat di Sarawak selepas dapat ijazah kerana saya ingin membalas pada masyarakat yang telah memberi pendidikan pada saya.

Tetapi sekarang, kita mengkehendaki pelajar kedoktoran bayar RM300,000 hingga ke RM1 juta untuk menjadi seorang doctor. Lepas itu kita memaki mereka bila mereka enggan kerja di kawasan luar bandar. Kita gelar mereka sebagai orang yang selfish.

Tetapi adakah ini adil? Memperniagakan pendidikan tertiary, memaksa mereka ambil pinjaman yang tinggi dan selepas itu mengkritik mereka yang mahu kerja di bandar besar supaya dapat kerja lebih masa dan kumpulkan duit untuk membayar balik hutang mereka.

Impak spekulasi terhadap perumahan

Saya ingin alih ke masalah harga rumah yang melambung tinggi. Punca masalah ini adalah pendekatan neoliberal yang mengatakan:

  • adalah lebih efisyen untuk pembekalan rumah diambil alih oleh sector perniagaan;
  • adalah baik untuk ekonomi negara untuk membenarkan pemodal dari luar negara untuk membeli rumah dan tanah di Malaysia.

Pendekatan ini telah membuka ruang untuk spekulasi dalam tanah dan rumah. Inilah sebabnya harga rumah telah melambung tinggi.

Masalah ini tidak dikendalikan dalam Bajet 2018. Perdana menteri telah kata RM2.2bn telah diperuntukkan untuk bina rumah mampu milik.

RM1.5bn daripada RM2.2bn ini adalah untuk Prima. Prima akan bina rumah yang berharga RM250,000. Adakah ini rumah yang mampu dimilik?

Bukan di Sungai Siput, Yg Dipertua. Lebih daripada 60% daripada keluarga Sungai Siput memperolehi pendapatan di bawah RM2,000 sebulan sekeluarga. Mereka memerlukan rumah berharga RM50,000 ke bawah.

Caranya mengawal masalah kos rumah yang melambung tinggi adalah untuk:

  • menubuhkan lembaga yang bukan untuk untung (non-profit) untuk membina dan menjual rumah pada rakyat kita
  • mewujudkan polisi di mana tiap keluarga dapat membeli rumah pertama mereka daripada lembaga ini dengan harga pembinaan sahja
  • polisi yang memastikan tanah kerajaan dipakai untuk tujuan ini tanpa cuba mengautkan untung bagi syarikat GLC yang dihadiahkan tanah tersebut supaya menjual pada pemaju.
  • polisi di mana database yang senaraikan semua pembeli rumah daripada lembaga perumahan ini supaya semua keluarga hanya membeli satu rumah daripada lembaga dengan harga terkawal.
  • polisi di mana jika keluarga itu mahu beli rumah daripada lembaga di kawasan lain, boleh. Tetapi kena menjual balik rumah pertama itu dengan harga yang dibeli sahja. Mungkin boleh campur kadar inflasi.
READ MORE:  Malaysia needs education system rooted in equality and solidarity

Melalui polisi ini kita boleh mengeluarkan impak spekulasi daripada pasaran rumah di Malaysia dan harga rumah pertama untuk rakyat dapat dikawal.

Cabar pendekatan neoliberal

Tetapi kita kena mencabar pendekatan neoliberal yang menyatakan semua perkhidmatan harus dibekalkan oleh sector swasta atas prinsip perniagaan. Kita kena cabar kepercayaan neoliberal yang mengatakan system pasaran swasta adalah jauh lebih efisyen dalam pembekalan rumah untuk rakyat.

Jika kita benar-benar ingin membina sebuah masyarakat yang inclusive, kita perlu mencabar pendekatan neoliberal yang memperniagakan segala-galanya. Tetapi saya tak nampak kesedaran ini dalam Bajet 2018.

Pagi tadi Yang Berhormat Tambun telah mempertahankan cukai GST dengan berhujah bahawa cukai ini sedang diamalkan di 170 buah negara. Hujahnya adalah, 170 negara tidak boleh dikatakan salah.

Tuan Speaker, ideologi neoliberal telah menular ke seluruh dunia. Dan ia telah membawa penswastaan perkhidmatan awam, pengecutan jaringan kebajikan, mengurangkan gaji dan menjejaskan sekuriti pekerjaan.

Inilah sebabnya rakyat biasa di beberapa negara telah dan sedang memberontak. Yang terakhir adalah Brexit. Sebelum itu adalah pilihian Trump sebagai Presiden Amerik Syarikat. Ramai orang dinegara-negara itu menolak status quo yang mengutamakan kepentingan lapisan yang terkaya sambil meminggirkan rakyat biasa. Sentimen yang sama juga wujud di pemberontakan “Arab Spring” di Timur Tengah.

Rakyat biasa di seluruh dunia menunjukkan perasaan tidak puas dengan polisi-polisi yang menekan mereka tetapi memberi keistimewaan pada lapisan 1% terkaya.

Cabaran yang kita hadapi pada zaman ini adalah bagaimana kita dapat menyekat kerakusan 1% yang terkaya. Bagaimana kita dapat mengawal tipu helah mereka untuk mengelak daripada membayar cukai. Apakah caranya megimbangkan pengagihan kekayaan dunia supaya sebahagian daripada kekayaan ini boleh diguna untuk membina satu masyarakat yang penyayang yang adil untuk semua?

Inilah cabaran yang dihadapai oleh kita sekarang. Kerana tidak begitu senang untuk menaikkan cukai terhadap 1% terkaya. Kerana ada kemungkinan 1% ini akan memulaukan sebuah negara yang buat begitu – mereka boleh mensabotaj ekonomi kita. Jadi kita kena menubuhkan satu sepakatan di perengkat Asean dan di kalangan G77 supaya kita bersama dapat mengawal 1% yang terkaya dan mencapai pengagihan kekayaan dunia yang lebih adil.

Tetapi nampaknya, langsung tiada kesedaran di kalangan kerajaan terhadap isu-isu ini. Bajet ini tidak cuba mengubahsuai polisi macro yang mewujudkan financial sekuriti tetapi hanya memberi beberapa handout. Dan digelar bajet terbaik di sejarah Malaysia!

Bajet ini menunjukkan kebankrapan fikiran BN dalam kendalikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat.

Ucapan ini dibuat semasa perbahasan Bajet 2018 di Parlimen.

(Visited 141 times, 3 visits today)
Thanks for dropping by! You are one of an increasing number of readers looking up Aliran for independent analyses and views. We work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to continue the struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. So would you consider making a donation to keep us going - or why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.
Jeyakumar Devaraj

Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, is the Member of Parliament for Sungai Siput. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and central committee member of Parti Sosialis Malaysia.

2 COMMENTS

  1. Bad news on Voucher RM250 membeli buku dan Bantuan pendidikan RM100 when the school know about this they (might) force RM250 every student to paksa pay “Derma adalah diwajibkan” to the PIBG to spend on something. The budget funding given by government to schoold (could) go somewhere secret.
    If do not pay, the test report (might) be very bad and the student (could) get bad rating by teacher.

  2. On the 2nd. Nov 2017 at 1:18PM, a reputable online news provider, The Malaysian Insight had published my opinion article (op-ed) under the Insight section. I had assiduously dissected from the constitutional & administrative well-enshrined legal principles, the functions of Representative Democracy & Elected Representatives Duties and the oft-repeated sentence of Abraham Lincoln’s Gettysburg Address petaining to representative governance, accountability, moral responsibilities & public duties inter alia other topics and subjects.
    It is undoubtedly with the same resonance that the honourable Chief Minister of Penang had sedulously laid down the Penang Peoples Budget 2018 as reported on 2.11.2017 in the implementation of their vision and mission of representative democracy & responsible public accountability in providing good governance in their discharge of public duties.

    These are common noble values taught in Montfort Primary & High School Batu Pahat.

    https://www.roketkini.com/2017/11/02/belanjawan-marhaen-utamakan-ibu-tunggal-pelajar-petani-dan-nelayan/

    https://www.themalaysianinsight.com/s/21095/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here