Bila bekalan tenaga kerja disumberluarkan, kepentingan pekerja dijejas

0
File photo: sulekha.com

Kaedah kontrak harus diharamkan bagi kerja-kerja yang berterusan sepanjang tahun, ujar Jeyakumar Devaraj.

Saya hanya ingin membangkitkan satu isu sahja petang ini – di bawah Butiran 050100 Dasar Sumber Manusia.

Saya harap Kementerian Sumber Manusia akan memakai sebahagian daripada peruntukan ini untuk mengkaji kaedah pekerja kontrak yang diamalkan secara luas di negara kita. Bila bekalan tenaga kerja disumberluarkan, kepentingan pekerja dijejas.

  • Satu, pekerja hilang sekuriti pekerjaan. Tiap tiga tahun, majikan mereka kena bersaing dengan syarikat lain untuk membahrui kontrak. Tiap tiga tahun, ada kemungkinan majikan mereka akan hilang kontrak itu.
  • Yang kedua, satu lagi kesan system kontrak adalah gaji pekerja tetap di perengkat terbawah – kerana majikan terpaksa bersaing dengan kontraktor yang lain setiap tiga tahun. Jika majikan memberi gaji yang lebih tinggi, sudah tentu tawarannya tidak dapat bersaing. Oleh itu gaji disimpan di paras terrendah yang diizinkan oleh kerajaan.
  • Sistem kontrak juga bermakna, tempoh servis pekerja tetap di bawah tiga tahun. Kerana setiap kali kontrak diperbahrui, pekerja masuk kontrak kerja baru dengan majikan walaupun majikan yang sama, tempat kerja yang sama. Ini bererti jikalau berlaku pemberhentian kerja, retrenchment, pekerja hanya layak memohon pampasan untuk tempoh tiga tahun ke bawah.

Saya tahu pihak Bank Dunia dan IMF mempromosi amalan penyumberluaran bekalan sumber manusia dan memberikannya nama yang canggih – “labour flexibility”. Tetapi system ini merupakan pemangsaan pekerja dan nama sebenarnya adalah exploitasi pekerja oleh para kapitalis.

Saya ingin pohon sebahagian daripada peruntukan di bawah butiran 050100 (Dasar Sumber Manusia) dan 050200 (Dasar Perburuhan) dipakai untuk kajibalik pendekatan kita terhadap system kontrak. Saya yakin pihak kesatuan pekerja sedia ambil bahagian dalam sebarang perbincangan berkaitan isu ini. Parti saya PSM juga berminat menyertai perbincangan atas isu ini.

Adalah harapan kami bahawa selepas kajian mendalam, kerajaan akan mengambil keputusan untuk menyekat kaedah kontrak kepada hanya bagi kerja yang bersifat bermusim. Hanya kerja-kerja yang berlangsung untuk beberapa bulan setahun boleh disumberluarkan. Kaedah kontrak harus diharamkan bagi kerja-kerja yang berterusan sepanjang tahun.

Dalam perkara ini kerajaan kita mesti tunjuk contoh yang baik dengan menghentikan system kontrak yang dipakai untuk kerja pembersihan sekolah dan hospital dan juga untuk perkhidmatan sekuriti di institusi-institusi kerajaan kerana ada banyak kes penipuan di mana gaji tidak dibayar dengan betul dan caruman KWSP tidak dilakukan. Pekerja–pekerja ini harus diambil sebagai kakitangan kerajaan dan diberi semua perlindungan yang dinikmati oleh kakitangan awam.

Ucapan ini diberi semasa perbahasan bajet Kementerian Sumber Manusia di Parlimen.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments