Projek East Coast Rail Line paling mahal di dunia?

5
The East Coast railway line route: - Source: Spad

ECRL adalah 250 peratus dan 540 peratus lebih mahal daripada projek yang “paling mahal di China”, mengikut Sim Tze Tzin.

Mengikut laporan akhbar, kerajaan telah berjaya mendapat pinjaman soft loan sebanyak RM55bn daripada Exim Bank of China. Mengikut laporan lagi ia merupakan “the biggest single deal Malaysia will be signing with China”.

ECRL mengikut pengumuman Baget 2017 adalah sepanjang 600km dari Kuala Lumpur ke Tumpat. Maka persoalan yang ditimbulkan adalah, adakah kos itu munasabah?

Kos pembinaan projek rel adalah berbeza-beza dan bergantung kepada pelbagai faktor, umpamanya, faktor geografi, pembinaan jambatan, pembinaan terowong, pengambilan tanah dan sebagainya. Jika dikaji secara kasar, RM55bn dibahagikan kepada 600km, kos per kilometer adalah bersamaan dengan RM92 juta.

Saya ingin merujuk satu projek landasan keretapi Yichang-Wanzhou Railway yang disifatkan “the most difficult rail project ever constructed in China”. Ia juga disifatkan sebagai antara projek landasan rel yang paling mahal di dunia. Landasan keretapi yang sepanjang 377km itu, 288km adalah di atas jambatan atau di dalam terowong. Saya ingin quote Wikipedia:

The 377 km (234 mi) long[4] railway crosses the remarkably difficult terrain of southwestern Hubei and the eastern part of the Chongqing Municipality (Wanzhou District). The region has numerous mountains and is sometimes referred to as “the eastern edge” of the Yunnan-Guizhou Plateau.[

Owing to the difficult terrain, the project involves a large number of bridges (including two over the Yangtze River: the Wanzhou Railway Bridge and the Yichang Railway Bridge) and tunnels. Out of the line’s total 377 km (234 mi) length, 288 km (179 mi) runs on bridges or in tunnels. This made the line the most difficult and the most expensive (per kilometre) of all China’s railways to date. At a cost of U.S. $9.01 million per kilometre, the per-kilometre construction costs were twice as high as those for the Qinghai–Tibet Railway which cost U.S. $4.35 million per kilometre.

READ MORE:  Noam Chomsky on Covid-19, WHO, China, Gaza and global capitalism

Qinghai-Tibet Railway juga merupakan landasan keretapi yang sangat susah dibina kerana ia berada di kawasan gunung dan cuaca yang terlampau sejuk.

Jika kita bandingkan kos pembinaan YiChang-Wanzhou railway dengan RM36 juta per kilometer, dan Qinghai-Tibet railway yang berharga RM17 juta per kilometer, maka ECRL adalah 250 peratus dan 540 peratus lebih mahal daripada projek yang “paling mahal di China”.

Mengikut laporan, YiChang-Wanzhou railway adalah disifatkan antara projek yang paling mahal di dunia kerana cabaran kejuruteraan projek tersebut. Maka, adakah ECRL bakal menjadi projek termahal di dunia?

Projek ECRL yang begitu mahal, menimbulkan persoalan ia merupakan projek yang sengaja dilambung harga?

Lebih-lebih lagi pada 26 julai, 2016, Sarawak Report telah melaporkan [tuduhan] bahawa kos sebenar projek hanyalah RM27bn, tetapi wang yang selebihnya bertujuan untuk membayar hutang-hutang 1MDB. Laman Web Sarawak Report juga memaparkan “leaked documents” yang memaparkan anggaran kos projek dan lebih-lebih lagi memaparkan jadual bayaran hutang 1MDB.

Ini menimbulkan “crisis of confidence” tentang projek ECRL. Mengapakah rakyat Malaysia perlu menanggung projek yang begitu mahal? Mengapakah ia diberi kepada syarikat China tanpa tender terbuka? Mengapakah tanah akan diambil oleh kerajaan Malaysia kemudian diberi kepada pihak China? Mengapakah ada “leaked documents” yang memaparkan jadual pembayaran kepada syarikat 1MDB dan hutang-hutang 1MDB?

Lebih-lebih lagi, kehadiran Arul Kanda dan Riza Aziz bersama rombongan ke China menimbulkan pelbagai spekulasi. Adakah lawatan PM ke China ini merupakan lawatan “menyelamatkan 1MDB”?

Kita mohon jawapan yang terus terang daripada perdana menteri.

Sim Tze Tzin adalah ahli parlimen Bayan Baru.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
5 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Aliran
6 Nov 2016 5.46pm
Reply to  Hoe Chong Pin

Probably doesnt include land acquisition etc.

Hoe Chong Pin
5 Nov 2016 9.21pm

The 52.2km SSP Line may cost anywhere between RM35 billion and RM40 billion.

http://www.nst.com.my/news/2016/08/162577/ssp-line-project-may-cost-rm40b-says-mrt-corp?m=1

Ong Eu Soon
5 Nov 2016 1.45pm

Lim Guan Eng’s LRT 30km cost RM27 billion. Almost a billion per km.

admin
admin
5 Nov 2016 4.30pm
Reply to  Ong Eu Soon

No, the LRT itself is about RM7bn. Though that is still much more expensive than segragated/elevated trams.