Peluang emas untuk kaji semula dasar perdagangan antarabangsa

0
134
Image: themalaysianinsider.com

Pemilihan Trump sebagai Presiden Amerika membuka peluang untuk kita kaji balik TPPA dan berbincang samada template yang dipakainya adalah sesuai untuk dunia pada masa ini, ujar Jeyakumar Devaraj.

Saya hanya ingin fokus pada Butiran 030100 ia-itu Dasar dan Rundingan Pelbagai Hala.

Kita baru dengar bahawa President Obama tidak akan mengemukakan TPPA ke Kongress Amerika untuk diluluskan dalam tempoh ‘lame duck” sekarang. Saya tahu ramai di Miti rasa kecewa kerana mereka telah kerja kuat selama tiga tahun untuk mewujudkan satu perjanjian yang komprehensif berkaitan perdagangan dan ekonomi.

Tetapi pemilihan Trump sebagai Presiden Amerika membuka peluang untuk kita kaji balik TPPA dan berbincang samada template yang dipakainya adalah sesuai untuk dunia pada masa ini.

Tn Pengerusi, dari awal perbincangan TPPA di Parlimen, saya tidak menyembunyikan bantahan saya terhadap TPPA. Ini tidak bererti saya bantah perdagangan antarabangsa. Mana boleh? Jumlah ekspot Malaysia adalah lebeh daripada 70 peratus GDP negara kita. Kita memerlukan perdagangan dengan negara lain. Tetapi apa yang saya membantah adalah kerangka ekonomi yang diwujudkan oleh TPPA dan juga FTA-FTA yang lain.

Template ekonomi yang diwujdkan oleh TPPA adalah terlalu mesra 0.001 peratus yang terkaya di dunia kita. Kepentingan mereka di peragungkan dalam perjanjian TPPA:

  • Mereka diberi hak luas sebagai pelabur.
  • Undang-undang hak cipta ataupun Intellectual Property Rights diperkasakan.
  • Kelonggaran untuk memindah modal ke luar negara tanpa sekatan.
  • Syarikat-syarikat asing besar diberi ruang untuk mendakwa kerajaan di tribunal antarabangsa.

Masalah template ini adalah ia menyumbang pada pemusatan kekayaan dunia di tangan 0.001 peratus yang terkaya.

Over-concentration of wealth in the hands of the super-rich. Seperti dinyatakan oleh Oxfam, “Runaway inequality has created a world where 62 people own as much as the poorest half of the world population.” Ini dalam laporan media bertarikh 19 January 2016: 62 individu terkaya mempunyai kekayaan yang sama banyak dengan 3.5bn orang rakyat jelata!

READ MORE:  Hong Kong security laws: MCA man’s criticism of Santiago unwarranted

Dan bukan itu sahja, laporan OXFAM itu juga menyatakan 62 individu terkaya ini harus dibanding dengan hakikat bahawa lima tahun sebelum ini 388 orang terkaya mempunyai kekayaan yang sama banyak dengan 50 peratus rakyat termiskin dunia – 388 dulu, sekarang 62 individu sahja. Ertinya pemusatan kekayaan dunia berterusan dengan kadar yang pesat!

Pemusatan kekayaan dunia adalah punca utama beberapa masalah ekonomi yang dihadapi oleh kita:

  • Ia adalah sebabnya aggregate demand ataupun permintaan kasar dunia adalah sangat lembab. Jika sebahagian besar daripada pendapatan dunia ke tangan 0.001 peratus, rakyat biasa tidak ada wang yang cukupi untuk beli semua barang yang dipasarkan. Oleh itu permintaan kasar lembab.
  • Ini membawa pada pertumbhan ekonomi yang perlahan dengan tendensi ke arah kegawatan.
  • Ini juga membawa kepada kadar pengangguran yang tinggi.

Tuan Pengerusi, struktur ekonomi dunia pada takat  ini bukan sahja merugikan golongan B40. Golongan M40 pun tertekan dengan system ekonomi global yang sedia ada. Inilah punca kemenangan Trump dan untuk fenomena Brexit. Sebahagian besar rakyat dunia menolak system ekonomi yang mengenepikan mereka!

Kita harus mengkaji semula. Adakah perlu kita cipta satu template baru untuk perdagangan antara negara? Satu framework yang redistribute, mengagihkan pendapatan dunia secara yang lebih adil. Syer yang lebih besar untuk golongan B40?

Saya ingin memberi satu contoh. Sekarang Malaysia adalah anggota dalam FTA Asean di mana tiada tarif terhadap impot barangan daripada negara-negara Asean. Bolehkah kita ubahsuai perjanjian FTA ini untuk mewajibkan semua negara Asean untuk meningkatkan gaji minima sebanyak 10 peratus setahun untuk lima tahun akan datang.

Polisi ini akan menambahkan gaji B40 di 10 buah negara Asean dan ini akan menjana pasaran dalaman di rantau Asean dan menguntungkan pengkilang dan perdagang di semua negara-negara di Asean.

READ MORE:  Hong Kong security laws: MCA man’s criticism of Santiago unwarranted

Tetapi jika sebuah negara Asean “A” tidak buat begitu – tidak mahu meningkatkan gaji minima, ertinya negara itu bersifat selfish di mana dia mahu menikmati pasaran yang lebih mendalam tetapi tidak mahu melaksanakan gaji minima yang lebih tinggi untuk menjana pasaran yang lebih besar ini.

Dalam pengubahsuaian perjanjian FTA Asean yang saya cadangkan, impot daripada negara “A” itu harus dikenakan tariff. Dengan cara ini, polisi-polisi yang pro rakyat B40 dan M40 dapat dipromote, digalakkan di wilayah Asean.

Pencelaan oleh YB Charles Santiago, MP Klang.

Terima kasih YB Klang. Saya minta Menteri menjawab soalan itu. Saya ingin mengakhiri perbahasan saya dengan mengatakan kita sebagai sebuah negara demokrasi mesti ambil berat respons negatif rakyat di beberapa negara terhadap polisi-polisi neoliberal. Rakyat telah dan sedang meluahkan perasaan tidak selesa dengan arah ekonomi dunia. Kita harus dengar suara rakyat.

Ucapan ini dibuat semasa perbahasan budget Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

 

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments