Apakah pengajaran yang wajar parti-parti pembangkang teladani?

1
56 views
Photograph: themalaysianinsider.com

Strategi menerima dan bersedia berkongsi dengan yang kecil adalah sesuatu perkembangan politik yang positif dijangka masa yang panjang jika dibandingkan dengan sikap mendominasi, ujar W H Cheng.

Pilihanraya negeri Sarawak telahpun berlalu dan rakyat negeri tersebut sudah membuat keputusan mereka dengan memberikan undian masing-masing secara tidak sengaja ‘mengekalkan’ Barisan Nasional (BN) negeri sebagai kerajaan negeri.

Namun demikian, pilihanraya negeri tersebut juga jelas menampakkan jumlah kehadiran para pengundi menurun dengan mendadak jika dibandingkan dengan peratusan kehadiran pengundi di dalam pilihanraya negeri yang lalu.

Faktor yang mengakibatkan para pengundi negeri tersebut hilang minat untuk keluar mengundi pada minggu yang lalu adalah kurangnya perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang di dalam memastikan pertandingan satu lawan satu dapat dilaksanakan agar majoriti BN negeri dapat dikurangkan dengan sewajarnya.

Perselisihan di antara PKR dan DAP mengenai kerusi-kerusi yang ditandingi kedua-dua parti tersebut juga telah mengakibatkan para penyokong parti-parti pembangkang mulai bosan dengan keadaan sedemikian lalu tidak keluar mengundi pada hari itu kerana ingin memberikan pengajaran kepada kedua-dua PKR dan DAP dan pada masa yang sama tidak mahu memberikan undian mereka kepada BN.

Seterusnya selain daripada perselisihan di antara PKR dan DAP, kedua-dua parti komponen Pakatan Harapan (Pakatan) juga menunjukkan sikap mereka yang ingin mendominasi terus keseluruhan arena politik parti pembangkang dengan tidak ingin memberikan sebarang peluang berkongsi kuasa atau kerusi tandingan dengan parti-parti pembangkang peringkat negeri seperti, Parti Reformasi Negeri (Star), Parti Bansa Dayak Sarawak-Baru (PBDS Baru), Parti Bumi Kenyalang Sarawak, Parti Ekonomi Rakyat Sarawak Bersatu, Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan sebagainya.

Persoalannya, kenapa PKR dan DAP sehingga pada hari ini masih enggan bekerjasama dan berkongsi kuasa untuk membentuk satu gabungan parti-parti pembangkang peringkat negeri yang merangkumi parti-parti pembangkang peringkat negeri? Bukankah langkah ini adalah sesuatu yang positif, walaupun perlunya sesuatu pengorbanan?

READ MORE:  Misleading the palace?

Jika sekiranya kedua-dua parti komponen Pakatan itu dapat merealisasikan suatu gabungan pembangkang peringkat negeri dengan berkongsi kuasa, bekerjasama dengan parti-parti pembangkang peringkat negeri ini, maka pertembungan tiga hingga lima penjuru dapat dielakkan dan peratusan pengundian di pihak pembangkang juga dapat dipertingkatkan lagi bagi menandingi lawannya di sebelah BN. Dengan itu, peluang parti-parti pembangkang ini untuk menang juga akan meningkat.

Adakah PKR dan DAP sudah belajar daripada kesilapan mereka? Adakah mereka masih berkeras menyalahkan BN negeri yang banyak menabur wang ringgit dan mengenakan ‘perintah berkurung’ di kebanyakan kawasan-kawasan yang tidak dapat dimasuki mereka ataupun kerana “Faktor Adenan” yang gagal ditangani mereka?

Ya, walaupun perbuatan BN tersebut sememangnya wujud, PKR dan DAP juga wajar dipersalahkan kerana kelemahan strategi mereka yang menyeluruh. Ketiadaan perpaduan di kalangan parti-parti pembangkang juga memberikan kelebihan dan kesempatan kepada BN untuk bertindak di luar batasan undang-undang pilihanraya.

Selain daripada itu, parti-parti pembangkang semenanjung lain yang tiada pengaruh di negeri Sarawak, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak sepatutnya menjejak langkah mereka ke negeri tersebut jika sekiranya mereka sudah lama menyedari peratusan sokongan mereka di negeri tersebut masih belum memadai.

Pas sudahpun beberapa kali bertanding di negeri tersebut tetapi tidak sekali pun berjaya, malah selalu kehilangan deposit pilihanraya mereka. Amanah pula perlu sedar mereka masih baru dan perlu memberikan perhatian mereka terhadap pengembangan parti tersebut di semenanjung.

Kami bukannya menafikan hak mereka untuk bertanding, tetapi mereka juga perlu memikirkan daripada beberapa sudut dan menentukan halatuju dan strategi politik mereka agar sumber-sumber mereka tidak dibazirkan dengan begitu sahaja.

Sengketa di kalangan parti-parti pembangkang sudahpun berlarutan sejak daripada 2013 lagi dan rakyat telah nampak perpecahan yang dijangka tidak akan memberikan sebarang kesan kepada pengurangan kerusi-kerusi BN. Oleh kerana itulah, ramai yang tidak keluar mengundi kerana dianggap hanya ‘membuang masa’ dan tidak akan memberikan sebarang kesan yang menyeluruh.

READ MORE:  Pengidup Aku (My Life) film depicts difficult living conditions in rural Sarawak

Jika Pas ingin terus diperalatkan oleh BN untuk bertindak sebagai seekor serangga perosak, kita biarkanlah sahaja. Tetapi, Pakatan Harapan perlu menunjukkan kematangan mereka jika mereka masih ingin terus bergerak sebagai satu gabungan pembangkang yang berkesan.

Pakatan Harapan haruslah terbuka, memberikan peluang kepada parti-parti pembangkang yang lain untuk menyertai mereka. Pakatan Harapan bukan setakat PKR-DAP-Amanah sahaja bahkan ianya perlu juga diperluaskan dengan penerimaan parti-parti seperti Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Generasi Baru (NewGen), Parti Alternatif Rakyat, PBDS Baru, Star dan sebagainya.

Strategi menerima dan bersedia berkongsi dengan yang kecil adalah sesuatu perkembangan politik yang positif dijangka masa yang panjang jika dibandingkan dengan sikap mendominasi kerana ketamakan dan inginkan sesuatu yang lebih akan memburukkan lagi keadaan sekiranya pihak lain datang berebut kuasa.

Kami mencabar Pakatan Harapan, adakah anda sedia menunjukkan kematangan politik pembangkang demi kepentingan rakyat? Sekiranya kepentingan parti masih menjadi keutamaan di dalam Pakatan Harapan, maka tidak ada lagi harapan untuk rakyat melihat satu kerajaan baru dibentuk di negara ini.

Source: socialaffairs.blogspot.my

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Ordinary voter
Ordinary voter
10 Feb 2017 9.26pm

Sila tandatangani petisi yang mengesa kerjasama antara pembangkang Sabah:
https://gopetition.com/petitions/gabungkan-pembangkang-sabah-satu-lawan-satu.html