Apakah niat sebenar mengkafir harbikan suatu parti politik?

0
Image: freemalaysiatoday.com

Apakah niat dan agenda yang tersembunyi di sebalik mufti Pahang Abdul Rahman di dalam bulan Ramadhan, ujar WH Cheng.

Baru-baru ini Mufti Pahang Abdul Rahman Osman telah mengeluarkan fatwa beliau untuk mengkafir harbikan DAP kerana parti politik tersebut telah mentah-mentah menolak dan menentang dasar keagamaan berpolitik yang diketengahkan oleh seterunya Pas.

Setahu kami, tugas dan tanggungjawab utama Abdul Rahman selaku mufti adalah untuk menjaga kepentingan agama dan kebajikan para umatnya di negeri Pahang. Kenapa pula beliau kini memilih untuk menjadi seorang tukang kafir di dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik dan politik kepartian?

Apakah niat dan agenda yang tersembunyi di sebalik Abdul Rahman di dalam bulan Ramadhan yang mulia? Kenapa pula beliau memilih untuk merosakkan akidah dirinya di dalam saat-saat yang mulia?

Tidak sedarkah beliau bahawa Pas hanya sebuah parti politik biasa yang senantiasa memperalatkan agama demi memperkasakan kuasa dan pengaruh politiknya di negara ini.

Apakah tindakan selanjutnya selepas fatwa kafir harbi beliau terhadap parti politik tersebut? Adakah beliau menggalakkan para pengikut dan penyokongnya untuk melakukan keganasan, pembunuhan ataupun penyulaan terhadap mana-mana penyokong, ahli-ahli dan para pemimpin parti tersebut?

Tindakan Abdul Rahman ini jelas membuktikan bahawa beliau mempunyai kepentingan politik tertentu di dalam pengeluaran fatwa tersebut. Fatwa tersebut tidak menampakkan sebarang ajaran yang tertera di mana-mana surah dalam Al-Qur’an dan Hadis.

Sebaliknya, ianya lebih berkisar kepada sesuatu seruan ataupun hasutan agar sesuatu tindakan ganas dilaksanakan terhadap pihak-pihak yang tertentu. Dan jika beliau menafikan sebarang cubaan beliau untuk menyeru kepada keganasan, pembunuhan ataupun penyulaan, adakah ianya menyeru kepada kebencian, pengasingan, pergolakkan ataupun perpecahan?

READ MORE:  Transgender problem in Malaysia exposes our bigotry, hypocrisy

Ianya bergantung kepada tindakan mana-mana pihak yang menyahut fatwa itu sama ada ianya dalam bentuk pasif ataupun agresif. Tetapi jika sekiranya ada pihak yang menyahutnya secara membabi buta tanpa usul periksa, pertumpahan darah mungkin akan berlaku.

Jadi adakah Abdul Rahman akan bertanggungjawab sepenuhnya jika pertumpahan darah benar-benar berlaku ataupun beliau akan hanya “cuci tangan” dengan alasan tindakan sedemikian adalah di luar kawalan beliau?

Diharap beliau segera menginsafi segala perbuatan beliau yang melanggari akidah dan keluar daripada jalan yang sesat.

Source: socialaffairs.blogspot.my

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments