Tumpukan perhatian terhadap penyelewengan dana kerajaan

0

Sudah mengetahui kesalahannya tetapi enggan memperbetulkan keadaan – inilah tabiat dan keburukan kerajaan BN sekarang, kata W H Cheng.

Cetusan yang berterusan isu-isu yang berkaitan dengan agama dan perkauman pada hari ini adalah salah satu taktik kotor yang sering dipermain-mainkan oleh parti memerintah untuk memecahbelah serta mengelirukan rakyat jelata, seterusnya mengalihkan perhatian mereka dari masalah yang sebenarnya dihadapi oleh rakyat jelata dan negara.

Masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh rakyat jelata dan negara pada hari ini adalah penyelewengan dana kerajaan oleh para pemimpin parti memerintah dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Audit demi audit, penyiasatan demi penyiasatan, suruhanjaya diraja demi suruhanjaya diraja, dakwaan demi dakwaan dan seterusnya “pengadilan” demi “pengadilan”, namun kesemua bentuk langkah dan tindakan tersebut bagaikan suatu tayangan filem yang tidak ada penamatnya yang mengharapkan rakyat yang menyaksikan babak-babak tersebut akan melupakannya di kemudian hari.

Negara kita kini menghadapi serangan bukan sahaja daripada pihak yang berpolitik, malah kini serangan tersebut telah menyusup ke arah merosakkan sektor ekonomi negara kita di mana mata wang ringgit kita telah diserang bertubi-tubi sehinggakan terjatuhnya nilainya ke paras yang sangat rendah.

Apakah alasannya? Menurut parti memerintah di Putrajaya, musuh utama negara, Zionis atau Israel yang telah bertekad untuk menghuru-harakan ekonomi negara kita. Ini hanyalah alasan yang mereka sering diperkatakan di kawasan-kwasan luar bandar, kampung dan penempatan yang terpencil.

Kini kita semua sedang berdepan dengan skandal 1MDB yang hutang sejumlah RM42bn dan diikuti dengan satu lagi skandal Mara melalui anak syarikatnya di Australia, Mara Incorporated, yang telah menyebabkan satu kehilangan sebanyak RM375 juta.

Selain daripada itu, kita juga masih tidak lupa skandal-skandal yang lalu yang telah menyebab negara kerugian berbilion-bilion ringgit, sehinggakan kerajaan terpaksa menanggung defisit bertahun-tahun lamanya, terpaksa meminjam daripada negara-negara maju dan bank-bank antarabangsa.

READ MORE:  Don’t shoot the messenger: Recordings revealed by MACC are of public interest

Skandal-skandal lalu yang masih belum ada penyelesaiannya sehingga pada hari ini adalah seperti:

  • skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang kerugian RM12bn, di mana seorang dua bekas menteri, yang telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan rasuah, akhirnya dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk meneruskan dakwaan dan sabitan kesalahan tidak dapat dilaksanakan;
  • skandal pemberian komisen sejumlah RM500 juta kepada sebuah syarikat ke atas pembelian dua buah kapal selam;
  • kerugian Sime Darby Bhd sebanyak RM94 juta;
  • kerugian Pos Malaysia Bhd sebanyak RM230 juta dalam projek Transmile;
  • pembaziran RM1bn dalam projek Eurocopter;
  • pembayaran RM10 juta untuk suatu pengiklanan facebook mengenai pelancongan Malaysia;
  • kompleks sukan Malaysia di London yang tiada gunanya sejumlah RM70 juta;
  • pembelian jet peribadi baru untuk kegunaan perdana menteri sejumlah RM200 juta;
  • kerugian ke atas penjualan Augusta sebanyak RM510 juta;
  • pembelian dua buah kapal selam sebanyak RM4.1bn yang sehingga kini tidak nampak sebarang keberkesanannya di dalam pertahanan negara;
  • skandal Perwaja Steel yang kerugian RM2.56bn dan
  • skandal Bank Bumiputra Berhad yang berlaku pada tahun 1980an dan 2008 yang telah menyebabkan bank tersebut kerugian RM3.2bn.

Selain daripada itu, skandal-skandal dan pembaziran dalam kerajaan juga masih berterusan dengan pembelian dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihanraya sebanyak RM2.4 juta tetapi tidak pula menampakkan keberkekalannya apabila dakwat tersebut digunakan berikutan terlapornya beberapa insiden pengundian kali kedua dan sebagainya.

Kerajaan juga kerugian RM1.3bn apabila bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baru yang siap dibina itu sudah tidak dapat dipakai lagi ekoran daripada pembatalan projek jambatan bengkok Malaysia-Singapura di mana kerajaan juga terpaksa membayar pampasan sebanyak RM257 juta kepada beberapa buah syarikat.

READ MORE:  Apa yang boleh dikerjakan untuk hentikan rasuah yang menjadi-jadi dalam kerajaan?

Dalam pada itu, kerajaan juga telah membelanjakan sejumlah RM3.2bn di dalam perlaksanaan pendidikan matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris yang tidak menampakkan sebarang kemajuan dan keberkesanannya, sebaliknya menerima pelbagai rungutan dan bantahan daripada beberapa pihak. Selain daripada kerugian RM3.2bn itu, kerajaan juga didapati telah terlebih membelanja sebanyak RM2.21bn di dalam pembelian pelbagai alatan ICT dan komputer untuk kegunaan projek matapelajaran yang gagal itu.

Kerajaan juga didapati telah membelanjakan sebanyak:

  • RM7.9bn untuk menanggung kerugian MAS yang lalu;
  • RM4.5bn terhahap kerugian projek sistem pengangkutan Putra;
  • RM3.3bn terhadap kerugian projek Star-LRT;
  • RM193 juta terhadap kerugian projek sistem pembentungan negara;
  • RM135 juta terhadap kerugian projek pembinaan penjara di Kuching;
  • RM1.5 juta terhadap tiga buah lukisan yang dibeli dan digantung di dalam pejabat MAS;
  • RM6.8bn terhadap kerugian projek PSC Naval Dockyard;
  • RM10bn terhadap pelaburan kerajaan di dalam projek Valuecap Sdn Bhd dan
  • banyak lagi penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang telah disenaraikan di dalam laporan-laporan Ketua Audit Negara.

Walau apa jua “langkah” demi “langkah” dan “tindakan” demi “tindakan” yang diambil oleh kerajaan BN ini, sehingga kini kita tidak menampakkan sebarang keberkesanan ataupun pembasmian, sebaliknya penyelewengan tersebut masih berterusan, amalan rasuah menjadi semakin meluas dan para pemimpin serta pegawai kanan kerajaan masih bebas menyalahgunakan kuasa mereka untuk manfaat diri mereka.

Dan jika sekiranya kita mengira satu demi satu kos dan nilai kerugian serta kehilangan wang kerajaan tersebut, boleh kita katakan ianya akan mencecah ratusan bilion ringgit (hundred of billions of ringgit) yang sepatutnya digunapakai untuk kebajikan dan pembangunan yang dapat membantu menaiktaraf kehidupan dan kesejahteraan rakyat.

READ MORE:  Jho Low: Hunt for a Fugitive

Setelah pelbagai bentuk kesalahan itu didedahkan kepada umum, kerajaan BN itu akan berusaha untuk menutupnya dengan mengharamkan beberapa saluran media yang kritikal terhadap kerajaan, melakukan beberapa siri penangkapan ataupun memberikan amaran terhadap beberapa pihak yang telah mendedahkan kebenaran tersebut kepada orang ramai, serta menuduh mereka-mereka yang prihatin ini sebagai pencetus huru hara di dalam negara.

Inilah tabiat dan keburukan kerajaan BN sekarang, sudah mengetahui kesalahannya tetapi enggan memperbetulkan keadaan, sebaliknya menuduh mereka-mereka dan pihak yang melaporkannya itu sebagai pencetus masalah, pengancam keselamatan awam dan diikuti dengan berbagai-bagai tuduhan yang tidak berasas.

Sumber: inter-researchstudies.blogspot.com

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments