Suatu inisiatif untuk menangani fenomena kehadiran 3 juta Pati

0
File photo: sulekha.com

Jeyakumar Devaraj mencadangkan suatu rang undang-undang ahli persendirian untuk menangani fenomena kehadiran lebih kurang tiga juta pekerja asing tanpa izin di Malaysia yang membawa beberapa impak negatif.

14 September 2015

Kepada
Yang Berbahagia Datuk Roosme binte Hamzah
Setiausaha Dewan Rakyat
Parlimen Malaysia

Saya ingin mengusulkan kepada Dewan Rakyat seperti berikut:

“Bahawa Dewan ini memberi kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49(1) kepada YB Ahli Parlimen bagi kawasan Sg Siput U untuk mencadangkan suatu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian bernama Akta Imigresen (Pindaan) 2015.

Tujuan Akta Imigresen (Pindaan) 2015 adalah untuk menangani fenomena kehadiran lebih kurang tiga juta pekerja asing tanpa izin (Pati) di Malaysia pada takat ini. Fenomena ini berterusan kerana adanya ramai orang pengurus perniagaan di negara kita yang sedia mengambil Pati ini sebagai pekerja kerana kos buruh dapat dikurangkan. Tetapi kehadiran begini ramai Pati membawa beberapa impak negatif antaranya:

1. Kehilangan peluang kerja untuk ramai pemuda-pemudi rakyat Malaysia dari golongan B40 ataupun golongan 40 peratus keluarga termiskin di Malaysia. Ini disebabkan kerana ramai orang pengurus kilang dan perniagaan lebih minat mengupah pekerja Pati yang boleh dibayar gaji di bawah paras gaji minima, yang tidak boleh mengadu jika tidak dibayar overtime dan yang senang dibuli berbanding pekerja tempatan;

2. Mengurangkan tahap gaji purata untuk pekerja biasa;

3. Menyekatkan pusingan pasaran tempatan kerana nisbah gaji yang dibelanjakan di Malaysia oleh seorang pekerja asing adalah kecil berbanding nisbah gaji yang dibelanjakan oleh pekerja Malaysia. Bila pekerja tempatan digantikan dengan pekerja asing, permintaan kasar di kawasan itu akan menyusut dan peniaga kecil di gerai-gerai jalan dan pasar malam menghadapi masalah pasaran;

READ MORE:  No sincere offer of amnesty was ever given to migrants

4. Mengurangkan pendapatan kerajaan kerana Pati tidak bayar duit levy tahunan;

5. Meningkatkan risiko penyakit berjangkit umpamanya tuberculosis merebak ke rakyat Malaysia kerana Pati tidak menjalani pemeriksaan perubatan tahunan seperti pekerja asing yang sah. Pati juga mengelak pergi ke hospital untuk diperiksa dan dirawat kerana takut ditangkap dan dikenakan hukuman berat.

Oleh yang demikian, saya selaku Ahli Parlimen Sg Siput U menyerahkan bersama-sama surat ini naskah Draf Undang-Undang Akta Imigresen (Pindaan) 2015 dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris selaras dengan Peraturan Mesyuarat 49(1) dan (2) untuk dikemukakan di dalam sidang Dewan Rakyat yang akan bermula pada 19hb Oktober 2015. Saya sudah mengenalpasti beberapa orang Ahli Dewan Rakyat yang rela menyokong Usul ini seperti diwajibkan di bawah peraturan 31(1).

Saya harap RUU Pindaan ini akan disenaraikan dalam agenda Dewan Rakyat sesi ketiga untuk tahun 2015.

Terima kasih.

Yang benar,

Jeyakumar Devaraj


D.R. /2015
RANG UNDANG-UNDANG
bernama

Suatu Akta untuk meminda Akta Imigresen 1959/63

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti berikut:

Tajuk ringkas dan pemulaan kuatkuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Imigresen (Pindaan) 2015.
(2) Akta ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan Seksyen Enam Akta Imigresen

2. Akta ibu dipinda dalam Sub-seksyen 6(3) dengan menggugurkan perkataan “dan hendaklah juga bertanggungan kepada sebatan tidak lebih daripada enam sebatan”.

3. Subseksyen baru 6(5) disertakan yang berbunyi

“Mengambil seorang Pati sebagai pekerja secara langsung ataupun melalui sub-kontraktor buruh adalah suatu kesalahan dan pengurus kilang atau perniagaan yang melakukan kesalahan ini bertanggungan kepada denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah dipenjarakan bagi tempoh antara tiga bulan hingga enam bulan.”

READ MORE:  Stop the hate

4. Subseksyen baru 6(6) disertakan seperti berikut

“Membekalkan Pati sebagai pekerja kepada sesiapa majikan, kilang ataupun perniagaan adalah suatu kesalahan dan kontraktor buruh yang melakukan kesalahan ini bertanggungan kepada denda tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit dan hendaklah dipenjarakan bagi tempoh antara enam bulan hingga setahun.”

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) untuk menyekat kecenderungan di pihak majikan untuk mengambil pekerja Pati.
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai permulaan kuatkuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 menggugurkan hukuman sebatan terhadap PATI.
4. Fasal 3 dan 4 mewujudkan subseksyen baru yang menyatakan hukuman pada majikan dan kontraktor buruh yang terlibat dalam penawaran kerja untuk PATI.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan. Malah kutipan levy daripada pekerja asing akan meningkat.


D. R. /2015
A BILL
entitled

An Act to amend the Immigration Act 1959/63

ENACTED by the Parliament of Malaysia as follows:

Short Title and commencement
1. (1) This Act may be cited as the Immigration (Amendment) Act 2015.

(2) This Act comes into operation on a date to be appointed by the Minister by notification in the Gazette.

Amendment to Section Six of the Immigration Act
2. The principal Act is amended in Subsection 6 (3) with the omission of the words “and shall also be liable to whipping of not more than 6 strokes”.

3. Inclusion of new subsection 6 (5) as follows
“Offering employment to an undocumented foreign worker either directly or through a labour contractor is an offence and the manager of the factory or business committing this offence can be punished with a fine of not more than RM50,000 and a mandatory jail sentence of between three to six months.”

READ MORE:  Has the coronavirus found Malaysia’s Archilles heel?

4. Inclusion of new subsection 6 (6) as follows
“Facilitating employment of an undocumented foreign worker with any factory or business is an offence and the labour contractor committing it can be punished with a fine of not more than RM50,000 and a mandatory jail sentence of between six months to a year.”

EXPLANATORY STATEMENT

This Bill seeks to amend the Immigration Act 1959/63 to discourage businesses from employing undocumented foreign workers.

2. Clause 1 contains the short title and provision on the commencement of the proposed Act.

3. Clause 2 removes the provision for mandatory whipping of undocumented foreign workers.

4. Clauses 3 and 4 create new subsections that specify punishments for businesses and labour contractors who offer or arrange employment of undocumented foreign workers.

FINANCIAL IMPLICATIONS

This Bill will not involve the government in any extra financial expenditure. It would augment government income through increased levy collections.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments