OKZ12: Wira-wira yang tidak didendangkan

0
311

Parti Sosialis Malaysia (PSM) kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara dan denda RM5000 ke atas 12 orang rakyat biasa yang terlibat dalam demo membantah perlantikan Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir ketika krisis perlembagaan Perak pada tahun 2009.

12 orang yang juga dikenali sebagai OKZ12 (Orang Kena Zalim) sebenarnya menjalankan hak untuk berhimpun yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. OKZ12 bukanlah penjenayah tetapi tahanan politik yang berani menegakkan keadilan dan memperjuangkan kepentingan seluruh rakyat Malaysia.

Walaupun mereka bukanlah orang-­orang kenamaan yang dikenali ramai, mereka adalah wira­-wira yang tidak didendangkan, berjiwa tinggi dan berkorban untuk perjuangan yang mulia ini.

Hukuman yang dijatuhkan kepada mereka adalah satu kezaliman yang cuba mematahkan perjuangan rakyat tetapi PSM yakin bahawa kezaliman ini tidak akan menghentikan rakyat Malaysia dari perjuangan serta penentangan terhadap rejim yang zalim mesti diteruskan.

PSM menyeru kepada rakyat untuk terus bersolidariti dengan keluarga tahanan dengan memberi sokongan moral dan dana. PSM tetap bersama mereka untuk memperjuangkan pembebasan mereka. PSM masih merasakan tidaklah lambat untuk Mahkamah Persekutuan membuat semakan kehakiman kes ini dan pihak kami juga akan menulis surat kepada Ketua Hakim Negara mengutarakan pandangan kami.

Soh Sook Hwa ialah Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments