Mengapa kementerian pendidikan tak bayar gaji Julai untuk pekerja kontrak?

0
218 views

Kalau hak asasi pekerja kontrak di pejabat kerajaan sendiri tidak terjaga, macam mana dengan pekerja kontrak di swasta, tanya Rani Rasiah.

Lebih kurang 50 pekerja dan keluarga mereka menderita satu bulan sebab Kementerian Pendidikan Malaysia masih belum keluarkan cek untuk gaji bulan Julai. Menurut undang-undang kerja seorang pekerja harus dibayar gaji sebelum 7 haribulan setiap bulan.

Pekerja-pekerja kontrak ini yang bekerja sebagai ‘cleaner’ di beberapa sekolah di Ipoh dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak adalah pekerja Double Click Enterprise, salah satu kontraktor perkhidmatan yang telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Parti Sosialis Malaysia rasa amat kecewa dengan sikap tidak prihatin KPM terhadap nasib golongan miskin ini serta melanggar undang-undang kerja. Pekerja berpendapatan rendah ini bergantung penuh pada gaji mereka (RM900 setiap bulan) untuk memperolehi keperluan asas untuk hidup, buat bayaran bas sekolah, menjelaskan bil-bil, dan hutang. Tanpa satu bulan gaji, sudah tentu keluarga pekerja banyak menderita.

Sejak bulan Februari 2015, Parti Sosialis Malaysia telah membangkitkan isu lewat bayar gaji untuk pekerja kontrak ini dengan Bahagian Perolehan tetapi KPM tidak mengambil berat. Surat juga telah dihantar baru-baru ini kepada setiausaha bahagian perolehan tetapi masih tidak ada maklumbalas.

Kalau hak asasi pekerja kontrak di pejabat kerajaan sendiri tidak terjaga, macam mana dengan pekerja kontrak di swasta?

Kami menuntut supaya KPM mengeluarkan cek untuk gaji bulan Julai dengan serta merta, dan memastikan gaji bulan Ogos tidak dilewatkan. Langkah-langkah harus diambil untuk mengurangkan ‘red tape’ supaya pekerja dibayar gaji mengikut undang-undang.

R Mohana Rani
Ahli Jawatankuasa Pusat
Parti Sosialis Malaysia
2 September 2015

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments