Masalah pendapatan rendah di kawasan desa Sungai Siput

1
Image: Google map

Untuk memahami masalah pendapatan rendah di kawasan desa Sg Siput, suatu penyelidikan untuk mendapat tahu situasi sebenar telah dijalankan. Jeyakumar Devaraj mengemukakan penemuan kajian tersebut.

Latar belakang

Hampir 33 peratus daripada penduduk Sg Siput adalah masyarakat Melayu dan sebahagian besar daripada mereka menduduk di 36 buah kampong di kawasan Sg Siput U, Perak.

Ramai antara mereka menghadapi masalah kewangan. Dalam tujuh tahun yang lalu, saya telah menyaksi beberapa insiden yang membuktikan realiti ini. Umpamanya,

  • Ramai keluarga desa yang dipotong bekalan lektrik dan air oleh kerana tidak membayar bil;
  • Beberapa orang murid sekolah menengah yang tercicir kerana tidak sanggup membayar tambang bas;
  • Ibu-bapa yang datang berjumpa saya untuk bantuan hantar anak mereka ke kolej atau universiti kerana walaupun mereka dapat pinjaman PTPTN, mereka memerlukan beberapa ratus ringgit untuk meyediakan anak mereka untuk hadir kolej;
  • Keluarga-keluarga yang meminta bantuan untuk membeli beberapa keping zinc untuk membaiki bumbung yang dirosakkan oleh angin rebut;
  • Kes tiga orang pelajar Tingkatan 3 yang direman selama satu minggu atas tuduhan mencuri biji-biji kelapa sawit yang ketinggalan di atas tanah di projek Felcra. Ibu-bapa mereka tidak dapat membayar jamin sebanyak RM900 seorang. (Akhirnya saya meminjam dana untuk tujuan itu, dan selepas beberapa bulan dapat memujuk pengurus Felcra untuk tarik balik aduan beliau.)

Untuk memahami masalah pendapatan rendah di kawasan desa Sg Siput, PSM Sg Siput, sedang menjalani satu penyelidikan untuk mendapat tahu situasi sebenar dan untuk mengenalpasti sebab-sebab utamanya. Hanya bila kita memahami situasi secara yang lebih mendalam, kita boleh mengatorkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

Kajian Fasa I

Langkah pertama yang kami ambil dalam penyelidikan kami adalah untuk mendapat tahu peluang-peluang bekerja yang wujud untuk kaum lelaki di antara umur 30 dan 50 tahun di kawasan desa Sg Siput. Kami memilih kumpulan umur ini kerana majoriti antara mereka tidak ada anak-anak yang bekerja. Untuk keluarga yang diketuai oleh bapa berumur 30–50 tahun, pendapatan bapa adalah penentu terpenting bagi status ekonomi keluarga.

Kaedah yang dipakai dalam kajian ini adalah temuduga dengan seorang atau sekumpulan orang di tiap kampung yang dipilih untuk dapat tahu pekerjaan orang-orang lelaki berumur 30-50 di kampung itu. Kampung tidak dipilih secara rambang. Kami telah cuba menghubungi kontak-kontak kami di 12 buah kampong di merata kawasan Sg Siput tetapi hanya berjaya mengadakan temuduga dengan kontak di tujuh buah kampung kerana kesuntukan masa.

Rajah Satu memberi nama-nama kampung dan bilangan orang yang disurvey. Oleh kerana kesuntukan masa responden kami, kami tidak dapat butiran kesemua orang dalam tujuh buah kampung yang disurvey.

Rajah Satu: Butir-butir Berkaitan Kajian yang dijalani

Kampung

Responden

Lelaki

30–40

Lelaki

41–50

Lelaki

>50 tahun

Jumlah

Feldaa

Individub

10

5

15

Jalong

Individu

1

11

1

13

Periang

Individu

20

23

43

Perlop 2,3

Kumpulanc

12

2

14

PPMS

Kumpulan

16

16

T Tengah

Individu

11

10

21

Temin

Kumpulan

5

9

14

Jumlah

48

77

11

136

 

Nota:

a. Hanya dapat info berkaitan Felda 3B

b. Seorang individu daaripada Felda telah memberi info mengenai jiran-jirannya dari kawasannya

READ MORE:  As politicians indulge in power play, ordinary Malaysians struggle

c. Sekumpulan orang dari kampung berkenaan ditemuduga berkelompok.

Peta Sg Siput yang menunjukkan lokasi kampong-kampung yang terlibat dalam kajian ini adalah diberi di bawah. Ia menunjukkan bahawa kami telah dapat kampung daripada hampir seluruh kawasan Sg Siput.

Memang kajian ini bukan setaraf penyelidikan akademik yang tinggi. Tetapi kami rasa ianya adalah mencukupi untuk menerangkan pada kita situasi ekonomi yang sedang berwujud di kawasan desa Sg Siput dan membuka ruang untuk kajian dan diskusi yang lebih mendalam.

Penemuan kajian: Situasi pekerja

75 daripada lelaki yang disurvey bekerja untuk gaji. Ini merupakan 55.1 peratus daripada sampel yang disurvey. Rajah Dua mempamirkan butiran yang lebih lengkap terhadap golongan ini.

Rajah Dua: Butiran terhadap orang lelaki yang kerja untuk upah

Jenis Pekerjaan Bilangan orang
Ladang

1

Kerajaan

7

Kilang

10

Pegawai keselamatan

9

Cleaner sekolah

2

Untuk Syarikat SME

9

Pemandu

9

Kebun kelapa sawit              

6

Kontrak

3

Kerja kampung

19

“Kerja kampung” adalah kumpulan yang terbesar dalam golongan pekerja. Ia merangkumi pelbagai jenis kerja termasuk menebas dan menyembuh racun di kebun-kebun orang lain, membaiki atau membina rumah, mengecat rumah dan menebang pokok dengan chainsaw. Ini merupakan pekerjaan yang tidak terjamin dan pendapatannya rendah.

Biasanya mereka diupah untuk sesi pagi – 8 pagi hingga 1 tengah hari dengan bayaran RM30 se sesi. Mereka jarang dapat kerja untuk lebih daripada 20 hari sebulan. Ini bererti pendapatan bulanan mereka adalah di bawah paras RM600.

28 orang yang berkerja kampong, kontrak dan kebun kelapa sawit tidak bayar caruman KWSP ataupun Perkeso. Mereka tidak mendapat perlindungan kedua-dua skim ini. Ini merupakan lebih daripada satu pertiga daripada mereka yang berkerja untuk gaji di sampol kami dan mempunyai potensi tinggi menjejaskan kebajikan mereka pada masa depan.

Kebanyakan daripada pekerja ladang, kilang, cleaner sekolah, syarikat SME dan pemandu mendapat gaji minima ia-itu RM900 sebulan. Selepas potongan KWSP 11 peratus, gaji bersih mereka hanya RM801. Ada antara mereka yang meminta “advance” pada pertengahan bulan. Kumpulan ini hanya akan menerima RM600 pada hujung bulan.

Pegawai keselamatan mendapat gaji yang lebih tinggi kerana mereka kerja empat jam lebih masa tiap hari (harus dibayar dengan kadar gaji 1.5 kadar sejam. Kadar sejam adalah RM35 dibahagi 8)) dan juga semua hari Ahad dengan kadar gaji (dua kali kadar sejam). Mereka boleh dapat gaji sebanyak RM1900 (sebelum potongan KWSP dan Perkeso).

Tetapi kami sentiasa menerima aduan bahawa overtime tidak dibayar dengan kadar yang betul dan tidak dicarum KWSP walaupun dipotong daripada pegawai-pegawai keselamatan di Sg Siput.

Kakitangan kerajaan adalah kumpulan dengan jaminan kerja dan gaji yang terbaik dalam golongan “pekerja” di kajian kami. Adanya seorang pensyarah, tiga orang yang berkerja di Kilang Pencetakan Negara, seorang polis, seorang guru dan seorang juruteknik JKR.

Penemuan kajian: Kerja sendiri

60 orang ataupun 44 peratus daripada orang yang terlibat dalam kajian melakukan kerja-kerja sendiri (self employed) seperti ditunjukkan dalam Rajah Tiga

Rajah Tiga: Butiran berkaitan mereka yang buat kerja sendiri

Jenis kerja

Bilangan orang

Menoreh getah

25

Menjaga kebun kelapa sawit

5

Berniaga

18

Kerja juruteknik

9

Menternak

3

Jumlah

60

Penoreh getah merupakan kumpulan yang terbesar dalam golongan yang berkerja sendiri. Majoriti antara mereka (89 peratus) menoreh kebun getah tiga ekar dan ke bawah keluasannya, dan terpaksa berkongsi pendapatan dengan tuan pemilik kebun (64 peratus). Butiran berkaitan ini adalah dipamirkan dalam Rajah Empat.

READ MORE:  Penjana – a deeply flawed stimulus package

Rajah Empat: Butiran terhadap penoreh getah di sampol ini

Keluasan Kebun

Milikan Sendiri

Kongsi 10:6a

Bagi Duab

2 ekar

2

2

3 ekar

9

4

10

23

5 ekar

2

2

>5 ekar

1

1

10

6

12

28c

Nota:   

a. 60 peratus untuk penoreh dan 40 peratus untuk pemilik tanah

b. Dibahagi 50:50 antara penoreh dan pemilik

c. Jumlah berbeza daripada jumlah penoreh getah dalam Rajah Tiga kerana ada tiga orang penoreh dengan kerja utama yang lain iaitu kedai runcit seorang dan dua orang yang pakai chainsaw untuk cari kerja kampung.

Hasil getah beku adalah lebih kurang 40kg setiap hari menoreh untuk kebun keluasan tiga ekar yang ditoreh selang hari. Dengan harga jualan RM1.80 se kilo pada takat ini, ini bererti pendapatan sebanyak RM72 sehari. Mereka yang memotong kebun orang lain di bawah perjanjian bagi dua hanya dapat RM36 sehari dan hanya untuk 15 hari sebulan. Jumlahnya hanya RM540 sebulan.

18 orang didapati berniaga

Empat orang daripada kumpulan ini dijangka dapat pendapatan yang melebehi RM2,000 sebulan. Butiran mereka adalah seperti berikut:

  • Dua kedai kopi. Satu di Felda, dan satu lagi dekat Kg Bawong (di tepi jalan utama masuk ke kawasan Orang Asli, pembalakan dan perladangan).
  • Sebuah bengkel besi dengan empat orang pekerja.
  • Sebuah workshop kereta dengan dua orang pekerja.

Tetapi majoriti daripada perniagaan yang dijalankan dijangka memperolehi pendapatan bersih di bawah RM1,000 sebulan. Antara mereka adalah:

  • Gerai kopi di kampung
  • Perniagaan top-up di Karai
  • Menjual keropok
  • Menjual nasi lemak di perengkat kampung
  • Menjual kek di perengkat kampung
  • Kedai runcit di kampung – tiga peniaga

Ada beberapa antara mereka yang perolehi pendapatan bulanan di bawah RM500!

Perniagaan memerlukan pasaran untuk produk yang dijual. Dalam satu masyarakat di mana 75 peratus daripada keluarga dapat pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan, amat sukar untuk memperolehi pendapatan yang besar jika bergantung pada kemampuan membeli orang kampung sendiri.

Kumpulan juruteknik ini adalah mereka dengan kemahiran tertentu termasuk:

  • wiring
  • kemahiran buat bumbung rumah dan awning
  • kemahiran memasang alarm rumah
  • kemahiran mengecat rumah
  • kemahiran memasang tingkap dan pintu.

Mereka juga menghadapi masalah dengan permintaan lembab dan pendapatan purata mereka adalah dijangka di bawah RM1,500 sebulan.

Kebun-kebun kelapa sawit yang dimiliki oleh orang-orang dalam sampol ini adalah berluasan 10 ekar, 8 ekar, 4 ekar dan 3 ekar (dua orang). Pemilik kebun kelapa sawit di Perlop yang miliki 10 ekar mengatakan dia boleh dapat 7.5 tan buah kelapa sawit setiap tiga minggu. Dengan harga jualan RM270 setan pada takat ini, dia dapati RM2,000 tiap pusingan ataupun RM6,000 tiap dua bulan secara kasar. Tetapi kena membayar gaji pemotong buah (RM40 setan), kos membeli baja dan racun. Pendapatan bersihnya adalah lebih kurang RM2,300 sebulan (jika kita tidak mengambilkira dana simpanan untuk menanam semula).

READ MORE:  How the civil service can help the poor

Penternak di sampol kajian ini adalah seorang yang membela ikan keli, seorang yang menternak 80 ekor kambing untuk susu dan daging dan seorang lagi yang menternak 10 ekor lembu hanya untuk daging. Hanya penternak kambing dijangka dapat pendapatan melebehi RM2,000 sebulan.

Kesimpulan penemuan kajian

Kajian Fasa I ini boleh disimpulkan begini:

1. Kebanyakan daripada keluarga yang disurvey dalam kajian kasar ini memperolehi pendapatan isi rumah di bawah paras RM1,500 sebulan. Hanya 20 keluarga ataupun 15 peratus daripada keluarga yang disurvey memperolehi pendapatan yang melebihi RM2,000 sebulan. Mereka adalah:

  • lima keluarga kakitangan kerajaan
  • lima orang pegawai keselamatan yang ada isteri yang juga bekerja
  • seorang pemilik kelapa sawit keluasan 10 ekar
  • seorang penternak kambing
  • empat orang peniaga yang telah dikenalpasti di huraian diatas
  • seorang anak peneroka Felda yang usahakan kebun getah keluasan lapan ekar.seorang penoreh getah atas yang memiliki kebun dan yang juga buat kerja kampung dan mempunyai isteri yang berkerja kilang

2. Gaji yang rendah adalah antara sebab utama untuk pendapatan rendah keluarga-keluarga yang disurvey.

3. Saiz kebun yang kecil adalah sebab utama penoreh getah dan pemilik kebun kelapa sawit memperolehi pendapatan rendah. Satu pasangan suami-isteri boleh mengendalikan 12 ekar getah dengan menoreh enam ekar selang sehari. Mereka akan dapat 80kg getah beku sehari yang boleh membawa pendapatan RM144 sehari. Jika dapat kerja 20 hari pun pendapatan bulanan mereka adalah RM2880.

Tetapi di kajian ini, saiz terbesar yang dikerjakan oleh seorang penoreh adalah lapan ekar, dan 89 peratus penoreh getah mengerjakan kebun tiga ekar kebawah keluasannya. Tambahan pula, 64 peratus daripada penoreh berada dalam perjanjian mengkongsi hasil dengan tuan pemilik.

4. Pendapatan rendah masyarakat sekeliling adalah punca utama pendapatan rendah para peniaga yang di survey.

5. Tiada peluang kerja lapan jam sehari, enam hari seminggu untuk golongan penoreh getah (24 orang), golongan yang melakukan “kerja kampung” (19 orang), enam orang peniaga dan sembilan orang juruteknik.

58 orang daripada jumlah 136 ataupun 43 peratus sampol kajian ini hanya dapat kerja separa masa walaupun mereka memerlukan pendapatan yang lebih besar. Ini bererti pengangguran tersembunyi (hidden underemployment) adalah satu masalah yang besar di kawasan desa Sg Siput.

Ini adalah amat pelik memandangkan kehadiran beberapa ribu pekerja asing di ladang-ladang dan kilang-kilang di sekitaran Sg Siput. Perkara ini harus dikaji lebih dalam lagi untuk elak daripada analisa cetek seperti “orang kampong malas”.

6. 88 orang ataupun 65 peratus daripada sampol yang disurvey tidak mempunyai perlindungan sosial seperti KWSP ataupun Perkeso. Ini mempunyai implikasi negative untuk masa depan mereka.

Penyelidikan akan disambung.

Mengapakah gaji rendah?

Mengapakah saiz tanah pekebun begitu kecil?

Mengapa wujudnya pengangguran tersembunyi?

Isu-isu ini harus dikaji lebih dalam lagi jika kita ingin menggubal program berkesan untuk mengatasi masalah kemiskinan di kawasan desa. Kami harap dapat meneruskan penyelidikan ini dalam beberapa bulan yang akan datang.

Sesiapa pembaca laporan kajian ini yang ada komen ataupun ide, tolong berkongsi dengan kami melalui emel: rrani.kumard@gmail.com

17 September 2015

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
buluh
buluh
16 Jun 2016 8.27pm

Tiada orang yang datang survey di kawasan perlop3 pun..Harap maklum..