Kesejahteraan rakyat jauh lebih penting dari kadar peningkatan GDP di bawah TPPA

0
Image: themalaysianinsider.com

Dan mana cost-benefit analysis TPPA untuk tatapan umum, tanya Jeyakumar Devaraj.

Saya ingin membangkitkan beberapa isu berkaitan Perjanjian TPPA.

Harga ubat

Pertamanya adalah berkaitan harga ubat. Miti telah membuat kenyataan bahawa harga ubat tidak akan naik, tetapi Presiden Amerika Barrack Obama sendiri berkata bahawa memang harga ubat akan naik!

Adakah Miti sedar terhadap impak Artikel 18.52 dalam perjanjian TPPA ini? Artikel ini akan melanjutkan monopoli terhadap ubat-ubat biologic baru ke 28 tahun, iaitu 20 tahun pertama kerana patent dan tambahan lapan tahun lagi akibat tuntutan data eklusiviti. Adakah Miti sedar impak ini?

Dan kita juga ada artikel 18.37 subseksyen (2) yang menyatakan “Each party confirms that patents are available for new uses of an known product”. Maksudnya ialah sebuah ubat baru yang telahpun menikmati lindungan patent selama 20 tahun yang pertama, boleh mendapat patent kedua untuk 20 tahun lagi jika ubat itu dapat boleh mengubati penyakit yang lain.

Syarat ini dalam TPPA memberikan peluang kepada syarikat farmasi yang menghasilkan ubat ini untuk tidak akan mengisythiharkan semua penyakit yang boleh dirawati dengan ubat baru mereka. Kegunaan ubat untuk satu atau dua penyakit lain akan simpan sebagai “spare” agar mereka boleh memohon patent kedua apabila hampir-hampir tamat tempoh untuk patent yang pertama, iaitu apabila sampai ke tahun ke sembilan belas patent pertama.

Ertinya Artikel 18.52 dan 18.37 menjamin hak syarikat korporat farmasi untuk memonopoli pasaran dengan harga tinggi yang ditetapkannya selama 48 tahun!

Dato Pengerusi, bila saya dan rakan-rakan dari organisasi bukan kerajaan membangkitkan isu kos ubat-ubat akan naik selepas TPPA ditandatangani, ia tidak bermaksud harga ubat akan naik dengan serta merta.

Kesan TPPA atas kos rawatan hanya akan dapat dirasai lima atau 10 tahun selepas TPPA diratifikasikan. TPPA akan melambatkan kemasukan ubat-ubat generik atau biosimilars (produk yang sama dengan produk asal) yang berharga hanya 10 peratus daripada kos ubat original semasa tempoh patent. Oleh kerana TPPA ini,  masyarakat kita terpaksa membeli ubat dengan harga yang 10 kali lebih tinggi untuk satu tempoh masa yang lebih panjang.

Saya harap Miti boleh memberi respons untuk isu ini.

Perolehan kerajaan

Isu kedua yang saya ingin membawa juga di bawah Butiran 020100. Ia adalah isu perolehan kerajaan ataupun government procurement.

Kami difahamkan bahawa mengikut TPPA, projek-projek kejuruteraan sivil yang melebehi kos RM25 juta harus dibuka untuk pelabur asing daripada negara-negara TPPA.

Tetapi Malaysia telah menerima satu pengecualian ataupun “carve out” di mana hanya projek-projek berkos melebehi RM300 juta harus dibuka untuk tender kepada syarikat asing. Tetapi ini bukan ‘in perpetuity’ ataupun selama-lamanya. Iaitu pengecualian ini tidak dapat dinikmati oleh Malaysia untuk selama-lamanya.

Apa yang kami difahamkan adalah threshold RM300 juta itu untuk Malaysia akan dikurangkan secara berperingkat dan akan sampai ke tahap RM50 juta dalam masa 20 tahun. Saya harap menteri boleh memaklumkan berapa lama threshold RM300 juta boleh dikekalkan dan bagaimana ianya akan dikurangkan secara berperingkat.

Mana cost-benefit analysis?

Isu ketiga yang saya ingin membangkit adalah di bawah Butiran 010200, perancangan strategik. Miti telah berjanji memberikan laporan cost-benefit analysis ataupun CBA kepada ahli parlimen.

Bilakah kita akan menerima CBA ini? Kerana kita harus membacanya untuk melengkapkan diri untuk membahas TPPA dalam bulan Januari 2016. Adakah CBA ini akan dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia?

Tuan Pengerusi, saya baru baca dalam surat khabar Star SMEBiZ pagi (23 November 2015) pandangan presiden Persatuan SMe Malaysia Michael Kang Hua Kuong. Beliay meramalkan bahawa 30 peratus daripada 650,000 SME di Malaysia akan bergulung tikar dalam jangka masa dua tahun selepas TPPA diratisifikasikan.

Adakah pihak yang menyediakan CBA mengadakan sesi dialog dengan Persatuan SMe Malaysia? Kita mesti mempertimbangkan impaknya penggantian satu pertiga daripada SME kita oleh syarikat antarabangsa.

Keuntungan SME Malaysia akan disemai balik ke ekonomi tempatan tetapi keuntungan syarikat korporat luar negara, akan disalurkan keluar ke negara lain. Ertinya pusingan wang dalam pasaran Malaysia akan dikurangkan dan ini akan melemahkan pasaran domestik. Ini akan mengurangkan peluang bisnes untuk peniaga-peniaga kecil di Malaysia.

Adakah TPPA bermanfaat kepada rakyat?

Terakhir sekali Tuan Pengerusi, 010200 perancangan ptrategik. Mungkin apa yang dikatakan MITI itu betul juga, iaitu GDP kita akan meningkat sedikit lebih pesat jika kita tandatangani TPPA ini. Mungkin kita akan dapat bersaing dengan negara Vietnam dan mendapat lebih banyak FDI baru.

Tetapi jika dengan penyertaan TPPA ini menyebabkan pengecutan pasaran domestik, kenaikan harga ubat, kenaikan harga buku dan penyekatan ruang polisi kerajaan maka adakahnya ianya bermanfaat kepada negara kita?

Katakan dengan TPPA kita boleh capai peningkatan GDP sebanyak 6 peratus dan tanpa TPPA hanya 5 peratus. Tetapi peningkatan 5 peratus ini diiringi dengan perkembangan pasaran domestic dan penambahan peluang berbusines peniaga kecil dan harga ubat yang lebih munasabah.

Saya rasa kita tidak boleh mengunakan peningkatan GDP sebagai kriteria yang terpenting dalam membuat keputusan samada kita mahu sertai TPPA ataupun tidak. Kesejahteraan rakyat harus didahulukan sebagai unsur yang terpenting.

Saya harap isu-isu yang dibangkitkan oleh saya akan dijawab oleh Menteri.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Avatar
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments