TPPA: Impak pengetatan undang-undang copyright

0

Dalam tempoh masa 10 ataupun 20 tahun, pelajar kita akan dibeban dengan kos fotostat yang tinggi, mengikut ramalan Jeyakumar Devaraj.

Perjanjian TPPA akan menjadikan undang-undang terhadap copyright buku jauh lebih ketat.

  •  Tempoh copyright dilanjutkan daripada 50 tahun ke 70 tahun selepas kematian pengarang buku. (Article 18.63 (a));
  •  Copyright terhadap buku boleh dipajak ataupun dijual kepada pihak-pihak ketiga yang akan menikmati segala hak daripada Copyright itu. (Article 18.67 (a));
  • Perjenayahan amalan fotostat sebahagian daripada buku-buku text dengan

mengenakan hukuman penjara terhadap pihak yang melakukannya:

Article 18.77 (1): Each Party shall provide criminal procedures and penalties in cases of wilful copyright piracy.

Article 18.77 (6)(a): Each Party shall provide penalties that include sentences of imprisonment as well as monetary fines sufficiently high to provide a deterrent to future acts of infringement.

mengehendaki kerajaan semua 12 negara terlibat menggubal undang-undang untuk merampas dan memansuhkan alat-alat yang dipakai untuk buat fotokopi.

Article 18.77 (6)(c): Each Party shall provide for the seizure of suspected pirated copyright goods and the implements used in the commission of the alleged offence.

Article 18.77 (6)(e): Each Party shall provide for the authority to order the destruction of pirated copyright goods and the implements used in the commission of the offence.

Wujudnya kemungkinan besar bahawa dana pelabuhan asing (vulture funds) akan membeli copyright sejumlah buku text untuk beberapa bidang pelajaran daripada pengarang asal. Dan setelah itu menyewa franchis mengutip royalty untuk buat fotokopi daripada buku-buku ini ke pihak-pihak along di negara-negara lain.

Pihak along yang menyewa franchise ini boleh membuka kedai-kedai fotokopi di mana buku-buku ini dapat difotokopi tetapi dengan harga yang tinggi – mungkin RM1 semuka surat ataupun lebih.

READ MORE:  Bird enthusiast harnesses artistic passion to support vulnerable groups

Pihak along yang memegang franchise harus mendakwa satu atau dua orang yang buat fotokopi melalui pihak yang lain untuk mewujudkan pasarannya. Hukuman berat terhadap ‘kesalahan’ ini akan menakutkan orang awam dan juga pemilik kedai fotokopi dan pelajar terpaksa pergi ke pusat fotokopi along sahaja untuk melakukan fotokopi.

Kesemua ini tidak berlaku sebaik sahaja Perjanjian TPPA diratifikan. Tetapi dalam tempoh masa 10 ataupun 20 tahun sudah tentu perkembangan seperti ini akan berlaku dan pelajar kita akan dibeban dengan kos yang tinggi.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments