Di bawah pokok kebebasan akademik

0

Vince Tan berbual dengan sebuah pokok di Universiti Malaya mengenai Akta Hasutan.

Vince sedang berjalan dalam cuaca hujan dari Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial lalu ternampak sebuah pokok besar yang membawa memori masa lampau.

Pokok tersebut diberi nama “Pokok Kebebasan Akademik” oleh aktivis mahasiswa dan ahli akademik. Vince mendekati pokok tersebut dan memulakan perbualannya dengan pokok tersebut.

Vince: Hai, Pokok! Apa khabar?

Pokok: Hai budak. Saya masih ingat kamu.

Vince: Oh ya, tak sangka dah lebih setahun sejak saya panjat atas kamu dan berpidato.

Pokok: Apa cerita cikgu kamu yang didakwa di bawah Akta Hasutan?

Vince: Dia berjaya memfailkan permohonan untuk mencabar keperlembagaan akta tersebut dan sekarang tunggu keputusan sama ada akta tersebut sah di sisi perlembagaan.

Pokok: Sila guna Bahasa Melayu, saya tak paham bahasa undang-undang.

Vince: Maksudnya sekiranya dia menang, dia akan bebas dan Akta Hasutan tidak lagi boleh digunapakai ke atas orang lain.

Pokok: Kan bagus macam tu. Ramai orang sokong dia bukan? Kira-kira lebih 500 orang yang hadir di perhimpunan Solidarity4AzmiSharom. Macam mana dengan perjuangan di luar mahkamah.

Vince: Sebenarnya saya berasa sedih. Sampai hari ini macam rasa saya seorang diri yang masih bersemangat memperjuangkan #MansuhAktaHasutan. Kerajaan juga mungkir janji bahawa akta tersebut akan dimansuhkan; pada hakikatnya akta itu telah diperketatkan lagi dengan hukuman yang lebih berat.

Pokok: Kamu tak takut ke kena Akta Hasutan bercakap tentang semua ini dengan saya?

Vince: Takkan saya akan kena dakwa di mahkamah semata-mata cakap dengan pokok?

Pokok: Saya ingat dulu kamu berpidato dalam Bahasa Inggeris. Mengapa kini bercakap dengan saya dalam Bahasa Melayu?

READ MORE:  Abolish unjust, regressive laws entirely - Bar

Vince: Oh baru-baru ini selepas saya keluar dari lokap polis di Jinjang saya jatuh hati dengan gadis Melayu yang pakai tudung. Oleh itu, saya pun ambil kesempatan ini untuk melatih penggunaan Bahasa Melayu saya.

Pokok: Dah lah kafir dan makan babi masih nak kacau gadis Melayu. OK, kembali kepada topic asal. Saya rasa kamu patut susun dan mengorganisasikan semula gerakan Solidarity4AzmiSharom untuk memperjuangkan tiga tuntutan kamu semua. Pertama, mansuh Akta Hasutan. Kedua, mempertahankan kebebasan akademik. Ketiga, hentikan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan. Jangan hangat-hangat tahi ayam dalam perjuangan.

Vince : Bukannya tak cuba. Semua orang sibuk dengan hal mereka sendiri. Pensyarah sibuk buat penyelidikan; mahasiswa sibuk berpacaran dan aktivis hardcore semua dah grad.

Pokok : Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jangan disebabkan benda-benda kecil macam ni kamu putus asa dan hilang semangat perjuangan. Dah bertahun-tahun abang pokok tunggu kamu semua buat benda yang begitu bersejarah pada tengah hari yang mulia itu. Bukan senang nak kumpul 500 orang berhimpun di sebuah universiti awam.

Vince: Paham. Saya akan cuba tapi tiada jaminan bahawa perjuangan kami akan membuahkan hasilnya. Manusia ini kadang-kala mementingkan diri sendiri dan sukar nak mendorong mereka mengambil risiko memperjuangkan hak individu yang lain.

Pokok: Sifat naluri manusia memang tamak, materialistik dan mementingkan diri sendiri. Tetapi itu tidak bermakna kamu mesti hilang keyakinan kepada manusia. Ingat masa kamu di Jinjang ada juga peguam prihatin yang datang tolong kamu semua tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran.

Apabila Azmi Sharom kena dakwa masih ada orang yang sanggup mempertahankannya dan mengambil risiko dibuang universiti kerana menganjurkan demonstrasi. Bukankan itu semua bukti bahawa manusia masih mempunyai belas kasihan, keprihatinan serta meletakkan kepentingan orang lain melebih kepentingan diri.

READ MORE:  Discontinue police probe into politician under oppressive laws

Vince: Saya tidak pernah melihat dari sudut itu.

Pokok : Seperti kata-kata Iman Malik kepada utusan Kalifah Harun al-Rashid “Ilmu adalah dicari dan bukan mencari.” Kamu sebagai seorang mahasiswa yang datang ke Lembah Pantai menuntut ilmu patut tahu di sinilah lembah di mana ilmu membunga dan di sinilah kamu mencari jawapan dan penyelesaian kepada masalah sedunia dan membentuk idea baru yang dapat mengubah dunia.

Vince : Kata-kata kamu ini agak power juga. Mungkin benar apa yang kamu cakapkan.

Pokok: Dah lama saya di sini dan banyak ilmu telah pun diserap oleh akar saya di bumi Universiti Malaya ini. Dengarlah nasihat saya.

Vince pun teringat bahawa dia sudah lewat ke kelas dan ingin bergegas ke kelas tetapi perasan terdapat beberapa orang sedang memperhatikannya. Vince pun berkata dalam hati: “Semoga mereka tidak menganggap saya gila sebab bercakap dengan pokok ataupun didakwa di bawah Akta Hasutan kerana bercakap di bawah pokok.”

Maka berlari Vince menuju ke Fakulti Sastera dan Sains Sosial dengan semangat untuk berjuang semula.

Vince Tan merupakan Setiausaha Agung Progressive Universiti Malaya, sebuah gerakan mahasiswa yang memperjuangkan demokrasi sosial, keadilan sosial, kesederhanaan dan progressivisme berbual mengenai Akta Hasutan.

 

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments