Apa sudah jadi dengan bantuan kebajikan bulanan untuk keluarga miskin?

0
Photograph: aljazeera.com

Taraf moral sesebuah masyarakat boleh dinilai dengan cara bagaimana kumpulan-kumpulan yang termiskin dilindungi, ujar Jeyakumar Devaraj.

Parti Sosialis Malaysia kecewa mendapat tahu bahawa keluarga-keluarga miskin di seluruh Negara masih belum menerima bantuan kebajikan untuk bulan Januari 2015.

PSM menyeru Menteri berkenaan dengan serta merta menyelesaikan isu ini.

Semalam seorang ibu tunggal dengan lima orang anak yang sedang bersekolah datang mengadu kepada kami. Suaminya sedang menjalani hukuman di penjara Taiping kerana kes dadah. Ibu tunggal ini sekarang bekerja sebagai pencuci pinggan di kantin sekolah pada waktu pagi dan sebelah petang pula di kedai makan.

Jumlah bantuan kebajikannya sebanyak RM400 sebulan amat membantunya membiayai keperluan asas untuk keluarganya. Tetapi sampai hari ini (30 Januari 2015), beliau belum menerima bayaran ini. Bayaran kebajikan bulan lalu (Disember 2014) diterima pada 19 Disember 2014.

PSM mendapat maklumat daripada JKM bahawa penerima bantuan kebajikan diseluruh negara juga menghadapi masalah yang sama, dan dapat jangkaan bahawa tarikh kemasukan bantuan kewangan seterusnya adalah 5 Februari 2015

Situasi keluarga ramai ibu-ibu tunggal adalah seperti perpatah “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”. Bila bayaran bantuan kebajikan dilambatkan mereka menghadapi masalah kewangan yang teruk dan bekalan makanan kepada kanak-kanak mereka juga turut terjejas.

Adakah kelambatan ini berkaitan dengan banjir yang berlaku baru-baru ini di beberapa negeri di Malaysia? Ini bukan satu alasan yang boleh diterima! Andaikata inilah alasan maka, PSM ingin menyoalkan mengapa peruntukan yang dikhaskan untuk miskin tegar disalurkan kepada mangsa banjir? Mengapa tidak menyalurkan peruntukan lain umpanya elaun Menteri?

PSM mahu Jabatan Kebajikan menyelesaikan masalah ini dengan segera dan juga mengambil langkah-langkah untuk pastikan ia tidak berulang. Taraf moral sesebuah masyarakat boleh dinilai dengan cara bagaimana kumpulan-kumpulan yang termiskin dilindungi. Prestasi Kementerian Kebajikan dalam melindungi miskin tegar tidak mencerminkan pencapaian yang membanggakan.

READ MORE:  Challenges of feeding the needy under movement control order

30 Januari 2015

Dr Jeyakumar Devaraj ialah Ahli Jawatankuasa Pusat PSM.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Avatar
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments