Masalah pemerdagangan orang tidak mendapat perhatian serius

0

Untuk kali ketiga dalam tujuh tahun, Malaysia telah diturunkan ke Tahap 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang, ujar Steven Sim.

sex-trafficking-in-Penang

Satu isu keselamatan yang penting iaitu masalah pemerdagangan orang (human trafficking) hanya diperuntukan RM4 juta dalam bajet Kementerian Dalam Negeri. Angka ini langsung tidak mencerminkan keseriusan kerajaan menangani jenayah besar ini.

Mengikut Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2013, bagi perkara yang sama, iaitu membanteras pemerdagangan orang, kerajaan hanya membelanjakan 72.5 peratus daripada bajet yang diperuntukan, iaitu, kira-kira RM2.9 juta daripada peruntukan asal RM4.0 juta.

Belanja kurang bukan salah, tapi pelik untuk kerajaan pusat yang sering belanja lebih sehingga terpaksa membentangkan bajet tambahan satu atau dua kali setahun, ia timbul persoalanan.

Ditambah pula, diisebabkan aktiviti pemerdagangan orang yang tidak terkawal, Malaysia telah diturunkan ke kategori paling bawah iaitu Tahap 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang 2014 Jabatan Negara Amerika Syarikat. Definisi Tahap 3 ialah, “negara di mana kerajaannya tidak memenuhi piawaian minima Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan 2000 (Amerika Syarikat), dan tidak mengambil usaha serius untuk memenuhi piawaian tersebut.”

Laporan tersebut mengesahkan kewujudan bukti buruh paksa dan perdagangan seks (sex trafficking) di Malaysia. Ia juga menyatakan bahawa mangsa pemerdagangan orang merupakan sebahagian besar daripada 2 juta buruh migran tanpa permit di negara ini.

Ini merupakan kali ketiga dalam tujuh tahun Malaysia telah diturunkan ke Tahap 3 dalam Laporan Pemerdagangan Orang yang diiktiraf antarabangsa sebagai satu piawaian usaha menghentikan jenayah pemerdagangan. Kesan penurunan gred tersebut bukan sahaja memalukan negara di mata dunia, malah mendatangkan kesan negatif dari segi ekonomi termasuk pengekangan akses kepada institusi seperti Bank Dunia.

Sistem Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode (NERS)

READ MORE:  Wang Kelian: Where is the royal commission's report?

Berhubung dengan isu kemasukan warga asing juga, terdapat satu bajet dalam Kementerian Dalam Negeri di bawah Program Khusus, iaitu “Sistem Biometrik Warga Asing dan Sistem Sekuriti Nasional Nexcode” (NERS). Sistem ini diperuntukkan RM75 juta pada tahun 2014 dan RM100 juta untuk tahun 2015. Syarikat NERS diberi konsesi 12 tahun mulai 1 Jun 2011 untuk membekalkan sistem dan perkhidmatan merekod dan memantau kemasukan warga asing ke Malaysia tersebut.

Tiba masa untuk audit NERS – bentang laporan di Parlimen

Tahun ini merupakan tahun ketiga projek tersebut dilaksanakan dan mengikut perjanjian, satu audit oleh badan bebas yang dilantik kerajaan akan dijalankan ke atas sistem tersebut. Soalan saya ialah bilakah audit ini akan dilaksanakan dan saya memohon supaya laporan audit ini dikemukakan ke Parlimen memandangkan sistem berkos tinggi, lebih kurang RM100 juta setahun serta bertujuan memantau kemasukan orang asing ke Malaysia ini amat penting untuk keselamatan negara.

Terlebih bayar RM35.9 juta atau tercicir rekod 718 ribu pendatang asing ke Malaysia?

Saya juga mendapati satu kemusykilan besar iaitu, mengikut Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015 (m/s 609), sebanyak 1,386,591 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) telah dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun 2013. Mengikut perjanjian sistem NERS ini, kerajaan akan membayar RM50 untuk satu pas yang dikeluarkan; maka jumlah bayaran kepada syarikat NERS sepatutnya ialah RM69.3 juta bagi tahun 2013. Namun, daripada Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2013 (m/s 199), saya mendapati kerajaan telah membayar syarikat NERS sebanyak RM105.2 juta.

Mengapa ada jurang perbezaan kos tersebut sebanyak RM35.9 juta? Adakah ini terlebih bayar ataupun bayaran-bayaran lain yang tidak diumumkan?

READ MORE:  Human trafficking: Can we do better?

Ataupun lebih menakutkan lagi, terdapat lebih kurang 718,000 pendatang asing yang telah terlepas dari rekod Jabatan Imigresen Malaysia walaupun pas sudah dikeluarkan dan wang sudahpun dibayar kepada syarikat NERS?

Ini merupakan satu perkara serius, kerana tak kiralah terlebih bayar RM35.9 juta ataupun terlepas rekod 718,000 pendatang asing, ia mencerminkan kegagalan sistem masa kini yang telah menelan belanja berbilion ringgit untuk dilaksanakan. Kegagalan ini juga dicerminkan dalam penurunan Malaysia ke Tahap 3 indeks pemerdagangan orang.

Saya mohon kementerian memberikan penjelasan terhadap isu ini.

Steven Sim Chee Keong ialah Ahli Parlimen untuk Bukit Mertajam

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments