Garis kemiskinan RM907 terlalu rendah

0
99 views
Time to move towards policymaking

Sebuah keluarga dengan dua orang dewasa dan dua orang anak akan berasa susah untuk hidup dengan pendapatan RM907 di Kuala Lumpur, ujar Jeyakumar Devaraj.

workers-day-2011

Saya ingin mengemukakan empat perkara.

Pertindihan antara dua sistem undang-undang

Yang pertama adalah masalah pertindihan antara dua sistem undang-undang yang menyusahkan keluarga di mana seorang dalam pasangan suami-isteri bertukar agama ke Islam.

Akta Membaharui Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 (Law Reform Act 1976) dalam seksyen 3(3) menyatakan bahawa Akta ini hanya untuk orang yang beragama bukan Islam. Oleh itu, ada pihak yang mendakwa suami Hindu itu yang bertukar agama ke Islam tidak dapat pergi ke Mahkamah Sivil untuk mengendalikan penceraiannya.

Pada masa yang sama, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan di bawah seksyen 46(2) bahawa Mahkamah Syariah boleh mengendalikan pembubaran perkahwinan yang diwujudkan di kerangka sivil. Ini bererti Mahkamah Syariah diberi kuasa di bawah seksyen 47 (1) (f) berkaitan penentuan penjagaan kanak-kanak (custody) pasangan itu.

Beberapa keluarga telah tersepit di antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Saya mahu Jakim dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri mengkaji balik situasi yang wujud sekarang. Bolehkah kita melaksanakan prinsip bahawa sesuatu perkahwinan harus dibubarkan di kerangka di mana ianya diwujudkan? Untuk melaksanakan ini, Akta Marriage Reform Act harus diubahsuaikan untuk membolehkan suami Hindu yang telah bertukar agama ke Islam diberi ruang untuk membawa masalah penceraiannya ke Mahkamah Sivil untuk diputuskan. Pada masa yang sama Akta Undang-Undang Keuarga Islam harus pinda untuk menutup ruang yang memberi sempatan untuk membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah.

Pencabulan hak masyarakat bukan Islam

READ MORE:  Poems: Poverty and Wake-up Call

Isu kedua yang saya ingin membawa juga berkaitan Jakim dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri.

Isu ini adalah enakmen yang digubal di negeri Selangor pada tahun 1988 untuk mencegah pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam. Saya faham enakmen ini adalah berdasarkan pada peruntukan 11(4) di Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan, “State law may control or restrict the propagation of any religion among Muslims.”

Tetapi, saya percaya perlaksanaan peruntukan 11(4) ini haruslah selaras dengan Fasa 11(1) Perlembagaan Persekutuan  yang menyatakan,  “Every subject has the right to profess and practice his religion, and subject to clause 4, to propagate it.” Fasa 3(1) juga mengatakan “other religions may be practised in peace and harmony”.

Fasa 9 (c) dalam Enakmen Mencegah Pengembangan Ugama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam, Selangor menyatakan bahawa sesiapa yang memakai “mana-mana perkataan (termasuk Kalimah Allah) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang” melakukan satu kesalahan.

Saya mahu Jakim dan Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri mengkaji samada Fasa 9 ini bercanggah dengan Fasal Perlembagaan 3(1) dan 11(1)? Pada saya Enakmen Selangor adalah keterlaluan dan ianya mencabuli hak masyarakat bukan Islam kerana mencampur tangan dalam urusan dalaman agama bukan Islam. Ikut Perlembagaan kita tiada sesiapa yang boleh mengarah agama bukan Islam cara mereka sembah pada Tuhan di premis mereka dan di kalangan ahli-ahli mereka.

Isu ini telah menyebabkan salah fahaman dan ketegangan antara rakyat kita yang berbilang agama dan ada orang yang menyalahkan pengarah Jais. Pada saya, ini bukan kesalahan pengarah Jais atau Mais. Mereka pegawai yang bertanggungjawab untuk melaksanakan undang-undang. Mereka bukan penggubal undang-undang ini. Mereka tidak boleh menafsirkan undang-undang dan buat keputusan undang-undang mana yang mereka harus melaksanakan. Punca masalah ini adalah Dewan Undangan Negeri dan kita kena balik ke legislature untuk menyelesaikan masalah ini.

READ MORE:  When will we revise the poverty line?

Manusia boleh lakukan kesilapan dalam menggubal undang-undang. Itu boleh berlaku. Dan boleh dimaafkan. Tetapi kelambatan untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan – ini yang susah untuk difaham. Dan ia timbul persepsi di kalangan beberapa orang bahawa ada pihak yang mahu masalah yang menimbulkan ketegangan antara kaum untuk dipanjangkan.

Muatan lori yang melebihi had

Isu ketiga yang saya ingin membawa adalah berkaitan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) – isu muatan lori yang melebihi had. Ini berlaku kerana syarikat-syarikat lori sedang bersaing untuk kontrak mengangkut barangan kilang. Persaingan ini membawa ke sebutharga yang sangat rendah dan oleh itu syarikat lori terpaksa melebehi had muatan untuk mendapatkan untung. Kadangkala muatan melebehi had sebanyak dua kali ganda. Ini membawa pada kemalangan kerana lori yang terlalu berat sukar dikawal dan juga membawa pada kerosakan jalan raya.

Bolehkah Spad mengkaji perkara ini. Bolehkah satu harga lantai diwujudkan supaya tawaran harga kontrak muatan tidak diturunkan ke paras yang terlalu rendah. Jika ini dapat ditentukan, masalah melebehi muatan mungkin dapat dikawal.

Garis kemiskinan terlalu rendah

Isu terakhir saya ingin membawa adalah untuk Jabatan Perangkaan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) – isu garis kemiskinan. Minggu lalu kita diberitahu bahawa garis kemiskinan untuk Semenanjung Malaysia adalah RM907 sebulan untuk sebuah keluarga. Ini langsung tidak realistic. Bolehkah sebuah keluarga dengan dua orang dewasa dan dua orang anak hidup dengan pendapatan RM907 di Kuala Lumpur? Apakah kos sewa rumah? Apakah kos pengangkutan ke sekolah?

Apakah erti kemiskinan? Jika satu keluarga duduk di bawah jambatan tetapi ada cukup makanan adakah mereka bukan miskin?

READ MORE:  When will we revise the poverty line?

Saya rasa satu keluarga yang tidak boleh membekalkan kemudahan asas untuk anak-anak mereka adalah miskin. Kemudahan seperti penginapan, persekolahan, yuran bas and fi kelas bimbingan. Saya rasa sekurang-kurangnya ini memerlukan RM2500 untuk satu keluarga di Kuala Lumpur.

Di negara-negara Eropah, mereka menetapkan garis kemiskinan sebagai 60 peratus pada pendapatan median. Jika kita pakai formula ini di Malaysia, pendapatan median kita adalah RM4200 sebulan – 60 peratus daripada ini adalah lebih kurang RM2500.

Saya harap EPU akan mengkaji isu ini. Sekarang garis kemiskinan terlalu rendah dan oleh itu statistik rasmi kemiskinan kita begitu rendah. Hanya 1.6 peratus. Tetapi ianya bukan realistik.

Ucapan is dibuat di Parlimen semasa perbahasan Belanjawan Jabatan Perdana Menteri.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments