GDP berlipat ganda sejak 1970, tetapi mengapa ramai berasa tertekan?

0
225 views

Walaupun Merdeka 57 tahun, minda pemimpin kita masih lagi tertakluk kepada fikiran neo-liberal dari Barat, ujar Jeyakumar Devaraj.

Rakyat semakin tertekan dengan hutang
Rakyat semakin tertekan dengan hutang

Saya nampak daripada dokumen-dokumen Kementerian Kewangan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Kewangan telah mengambil banyak masa untuk menyediakan belanjawan ini. Saya menghargai usaha mereka.

Tetapi Dato Speaker, saya tidak selesa dengan pendekatan yang dipakai oleh mereka untuk menyediakan belanjawan ini.

Budget ini didasarkan pada konsep bahawa apa yang baik untuk kaum koporat adalah baik untuk Negara kita. “What is good for business is good for Malaysia.” Oleh itu budget 2015 ini meneruskan hala tuju negara kita ke arah ekonomi yang neo-liberal.

Masalah dengan pendekatan neo-liberal adalah walaupun ia boleh membawa perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar ataupun GDP yang pesat, pendekatan ini menyusahkan 50 peratus rakyat yang berpendapatan rendah. Di Malaysia, 50 peratus daripada keluarga kita mendapat pendapatan bulanan yang kurang dari RM4200 sebulan. Mereka menghadapi masalah ekonomi.

Tetapi nampaknya penggubal budget 2015 ini tidak sedar bahawa strategi pertama dalam budget ini, iaitu “memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi” jika dilaksanakan atas prinsip neo-liberal, akan bercanggah dengan strategi ke-7, iaitu “mensejahterakan rakyat”.

Inilah yang amat membimbangkan, Dato Speaker. Tiada mana-mana unsur keraguan terhadap pendekatan pro-korporat. Secebis pun tiada.

Perancang ekonomi kita telah terima hujah-hujah pakar neo-liberal daripada World Bank dan IMF secara menyeluruh. Kami sudah menelan pendekatan neo-liberal “hook, line and sinker”. Ini yang amat membimbangkan saya.

Marilah kita kaji pengalaman Malaysia.

Pada tahun 1970, GDP negara Malaysia hanya RM10.7bn dalam nilai mata wang pada takat itu. Sekarang GDP Malaysia adalah RM1 trillion iaitu satu ribu billion ringgit – 93 kali lebih besar daripada GDP pada tahun 1970.

Okay, nilai ringgit pada 1970 berbeza daripada nilai wang sekarang. Mengikut statistik World Bank, harga barang telah naik 467 peratus antara 1970 dan 2014. Dan jika kita mahu hitung kenaikan pendapatan per kapita, kita harus mengambilkira penambahan dalam jumlah rakyat Malaysia: 9.4 juta pada tahun 1970 berbanding 29 juta sekarang – 3.1 kali lebih besar sekarang.

Oleh itu kita harus bahagi angka 93 oleh 4.7 dan selepas itu oleh 3.1, dan kita dapati bahawa pendapatan per kapita Malaysia telah naik 6 kali ganda berbanding pendapatan per kapita pada tahun 1970. Tetapi adakah rakyat kita hidup dengan 6 kali lebih selesa berbanding 1970.

Sudah tentu tidak. Izinkan saya berkongsi realiti di Sungai Siput,

Beratus-ratus pekebun kecil getah merana kerana harga getah beku telah jatuh ke bawah RM1.80 sekilo. Mereka yang menoreh kebun milikan orang lain dengan kaedah “bagi dua” lebih susah lagi.

Ada beratus-ratus keluarga di Bandar Sungai Siput yang tidak mempunyai rumah dan menduduki rumah papan atas tanah orang lain – dengan izin “ground tenants”. Mereka hadapi risiko diusir keluar apabila pembangunan sampai ke kawasan mereka.

Ada berpuluh-puluh ibu tunggal yang tidak dapat membiayai keperlulan asas anak-anak mereka kerana gaji mereka rendah – hanya RM400-500 sebulan, dan bantuan kebajikan yang maxima hanya RM450. Pendapatan mereka tidak mencukupi untuk bayar sewa rumah, bil air dan lektrik, membeli makanan dan hantar anak-anak mereka ke sekolah.

Saya percaya ini tidak berlaku hanya di Sungai Siput. Kita ada lebih kurang 400,000 pekebun getah kecil di Malaysia. Mereka ditekan dengan harga getah rendah yang berlarutan.

Kita juga ada 850,000 keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal. Mereka ini tidak dapat membesarkan anak mereka dengan sempurna. Pemakanan dan pelajaran anak-anak mereka terjejas, dan kitaran kemiskinan disambung dari satu generasi ke generasi baru.

29 peratus daripada keluarga-keluarga di Malaysia memperolehi pendapatan bulanan sekeluarga di bawah RM3000. Mereka hidup dalam keadaan susah. Mereka tidak dapat memenuhi keperluan asas kanak-kanak mereka.

Di kawasan bandar, mereka terpaksa menginap di rumah pangsa sempit dan kotor. Urban high rise slums, Dato Speaker. Mereka terpaksa kerja lebih masa. Ibu pun kerja. Mana ada masa untuk bersama dan interaksi dengan anak-anak mereka. Inilah sebab utama masalah sosial di bandar-bandar kita.

Graduan university pun mengalami tekanan kewangan. Mereka dibebani oleh pinjaman PTPTN antara RM25,000 hingga RM100,000. Harga rumah telah melambung tinggi. Graduan pun tidak dapat membeli rumah mereka sendiri.

Inilah situasi kita di Malaysia. Negara kaya, GDP telah berlipat ganda dalam 44 tahun yang lalu. 20 kali lebih besar dalam nilai ringgit sebenar.

Pendapatan per kapita juga naik 6 kali dalam nilai sebenar. Walaupun negara kaya, kebanyakan rakyat tidak dapat hidup selesa.

Gaji hanya merupakan 33 peratus daripada pendapatan Negara. Hutang isi rumah (household debt) adalah 85 peratus GDP. Jika dibanding dengan pendapatan isi rumah dalam satu tahun, hutang isi rumah telah mencecah 215 peratus.

Ramai yang hadapi masalah tekanan ekonomi walaupun negara kaya. Untuk mengendalikan masalah ini adalah penting kita memahami bahawa punca utama adalah kenaikan kos barangan keperluan asas lebih pesat daripada kenaikan dalam pendapatan rakyat biasa. Dalam 30 tahun ini, banyak keperluan asas diperniagakan; dijadikan business mengikut syor pakar neo-liberal daripada World Bank dan IMF.

Ambil perumahan sebagai satu contoh. Pada tahun 60an dan 70an beribu-ribu keluarga miskin daripada kawasan luar Bandar datang ke Bandar untuk mencari kerja. Oleh kerana mereka tidak dapat membeli rumah di taman, mereka membina rumah mereka sendiri di tanah lapang. Mereka tidak berhutang dengan bank. Mereka bina rumah mereka sendiri dengan bantuan kawan dan saudara mara dan dapat hidup selesa. Sekarang mana ada tanah lapang yang boleh dipakai begini.

Semua telah diberi pada Perbadanan Kemajuan Negeri atau State Secretariat Incorporated atau MB Incorporated yang buat joint venture dengan syarikat pemaju swasta. Tanah kerajaan tidak dipakai untuk menurunkan harga rumah tetapi diniagakan supaya syarikat kerajaan dapat durian runtuh. Siapa yang dapat faedah dari semua ini? Elit politik dan pemaju besar jadi kaya raya. Manakala harga rumah melambung. Rakyat biasa dibebankan dengan hutang bank.

Ada dua cara kita boleh menangani masalah peningkatan harga rumah akibat perniagaan dalam satu keperluan asas rakyat:

  1. 1. Kita boleh menerima hakikatnya dan mengeluarkan perumahan dari pasaran dan dari diperniagakan. Kita boleh memakai tanah kerajaan untuk membina rumah dan bekalkannya ke rakyat kita yang tidak ada rumah sendiri dengan kos pembinaan sahaja. Tanpa untung dan spekulasi. Ini cara yang terbaik. Tetapi ini bukan kaedah yang dikandungi dalam budget.
  2. Ataupun, kita boleh menafikan kebenaran dan teruskan perniagaan dalam perumahan. Kita beri bantuan token. Macam PRIMA. Harga rumah RM200,000 hingga RM450,000. Menteri Perumahan telah kata 1.7 juta keluarga di Malaysia tidak memiliki rumah. Majoriti antara mereka berpendapatan di bawah RM4200. Mana mereka boleh membeli rumah berharga RM200,000? Dan bekalan rumah PPR adalah begitu sedikit. Di Sungai Siput, sudah 20 tahun tiada skim PPR walaupun ada beberapa ratus keluarga yang memerlukan rumah.

Tetapi punca masalah perniagaan dalam keperluan asas tidak diambilkira dalam Budget. Inilah sebabnya saya rasa kecewa dengan budget ini.

Satu lagi contoh adalah kos rawatan perubatan. Pada masa ini ramai orang berpendapatan rendah pergi ke hospital swasta kerana mereka takut pergi ke hospital kerajaan. Mereka risau penyakit mereka tidak dikesan dengan betul dan mereka diberi rawatan yang salah.

Persepsi ini timbul kerana tidak ada cukup pakar di hospital kerajaan. Pada masa ini 80 peratus daripada pakar perubatan di Malaysia sedang berkhidmat di hospital swasta. Oleh itu tiada cukup pakar perubatan di hospital kerajaan untuk memantau rawatan yang diberi oleh doktor-doktor yang muda dan kurang berpengalaman.

Apakah langkah dalam budget untuk menangani masalah ini. Langsung tiada langkah untuk mengawal penghijrahan doktor pakar daripada hospital kerajaan. Ada idea ingin membuka beberapa puluh Klinik 1Malaysia, tetapi masalah utama kesihatan yang dihadapi rakyat adalah kos tinggi rawatan di hospital.

Masalah ini senang dikendalikan. Kita harus membekukan perkembangan hospital swasta. Jangan izinkan hospital swatsa baru dan juga jangan benarkan hospital swasta yang sedia ada untuk menambahkan jumlah katil. Jika pendekatan seperti ini diambil, penghijrahan doktor pakar ke sector swasta akan dilambatkan dan kualiti rawatan dalam hospital kerajaan dapat dipulih balik.

Tetapi kerajaan kita mahu memperkembangkan ‘medical tourism’ ataupun ‘pelancongan kesihatan’. Ini sudah dijadikan satu sasaran ekonomi kita selaras dengan ajaran World Bank dan IMF bahawa semua barangan dan perkhidmatan harus diniagakan.

Ini yang mengecewakan saya, Dato Speaker. Kita sudah Merdeka 57 tahun.

Tetapi minda pemimpin kerajaan kita masih dijajah oleh orang putih daripada World Bank dan IMF yang tekankan pendekatan neo-liberal. Kualiti pemimpin di dunia ketiga sudah banyak merosot, Dato Speaker.

Bila kita imbas balik 59 tahun ke Konferens yang berlangsung pada Disember 1955 di Bandung di Indonesia, pemimpin Dunia Ketiga telah berkumpul dan berkongsi visi mereka untuk masa depan negara-negara mereka:

  • Merdeka yang tulen
  • Pembangunan ekonomi yang untungkan rakyat
  • Pengagihan kekayaan negara secara yang adil.

Memang usaha ini telah gagal, dan ada tiga sebab utama untuk kegagalan usaha murni ini:

  • Satu adalah kemiskinan. Negara-negara yang membangun pada takat itu, selepas dijajah dan dieksploit untuk beberapa abad, mereka tiada modal yang cukupi. Meraka tidak mempunyai teknologi dan pengetahuan ini.
  • Sebab kedua yang menyebabkan kegagalan visi Bandung adalah kelemahan dalam amalan demokrasi. Negara-negara baru keluar dari masyarakat feudal, dan amalan demokrasi belum lagi matang pada takat itu. Oleh itu tiada ‘check and balance’ yang mencukupi. Dan tanpa ini pemimpin baik juga boleh jadi korup.
  • Sebab ketiga adalah usaha sabotaj oleh Amerika Syarikat dan Britain – Mossadeq di Iran diguling oleh CIA selepas dia menegaramilikkan Anglo-Iranian Oil. Gamal Nasser menghadapi serangan tentera Britain, Perancis dan Israel pada tahun 1956 selepas menegaramilikkan. Dan Sukarno diguling dengan galakan CIA pada tahun 1965.

Sekarang, sudah 59 tahun selepas Bandung, ngara-negara Dunia Ketiga sudah perolehi kapasiti fisikal – pengetahuan perusahaan, teknologi, pengetahuan dan infrastruktur. Malangnya pemimpin kita telah hilang visi yang disuarakan oleh bapa-bapa merdeka di Bandung. Minda pemimpin negara kita telah dijajah oleh pihak Barat dan dipenuhi dengan kepercayaan neo-liberal. Oleh itu kita masih ditakluki oleh syarikat-syarikat terbesar di dunia dan menari ikut rentak mereka.

Cara menangani tekanan ekonomi yang dihadapi oleh rakyat biasa di Malaysia wujud. Punca utama untuk masalah tekanan ekonomi yang dirasai oleh orang ramai adalah pengagihan kekayaan negara secara yang berat sebelah. Pada takat ini,

  • 60 peratus daripada pendapatan negara pergi ke syarikat-syarikat besar
  • 10 peratus daripada pendapatan pergi ke 20 peratus rakyat yang terkaya
  • hanya 30 peratus daripada pendapatan negara dinikmati oleh 80 peratus rakyat di bawah. Mereka yang rupakan Marhein Negara kita.

Ada dua cara kita boleh mengagihkan pendapatan negara secara yang lebih saksama:

  • Satu, kita boleh menaikkan gaji pekerja kita. Tetapi ini mempunyai batasannya. Jika kita naikkan gaji terlalu tinggi, ini akan menjejas prestasi ekonomi kita dengan menjejaskan daya saing negara kita di arena antarabangsa.
  • Kaedah kedua untuk mengagihkan kekayaan negara kita secara yang lebih adil adalah untuk menghentikan perniagaan dalam perkhidmatan asas dan membekalkan kemudahan asas dengan harga yang murah umpamanya:
    o Rumah pertama dengan kos pembinaan sahaja
    o Meningkatkan kualiti rawatan di hospital umum
    o Pendidikan percuma sampai ke tahap universiti
    o Pensen warga tua untuk semua rakyat selepas sampai umur 65 tahun.

Kaedah kedua ini tidak akan menjejas daya saing ekonomi kita. Malah dia akan memperkembangkan pasaran dalaman negeri kerana duit yang dipakai untuk beli rumah dan bayar PTPTN sekarang boleh di pakai untuk membeli barangan daripada peniaga. Dan kita ada lebih kurang 2 juta peniaga kecil yang bergantung terhadap pasaran domestik.

Tetapi kaedah kedua ini bercanggah dengan teori neo-liberal yang berpegang pada kepercayaan bahawa lebih baik jika semua barangan dan perkhidmatan dibekalkan oleh sector swasta. Kita kena tolak pendekatan neo-liberal jika kita mahu betul-betul mencapai Strategi 7 dalam Belanjawan ini, iaitu mensejahterakan rakyat kita. Malangnya saya tak nampak kesedaran ini dalam bajet ini.

Saya ingin akhiri ucapan dengan syor kepada perancang ekonomi kita di EPU dan Kementerian Kewangan:

Tolong rujuk balik kepada ucapan-ucapan tokoh-tokoh kermerdekaan pada dekad 50an dan 60an. Bacalah apa yang diucap oleh Soekarno, Jawaharlal Nehru, Mossadeq Perdana Menteri Iran pada 1951, Gamal Nasser, dan Presiden Ghana, Nkrumah. Renung balik, adakah kita dah sesat daripada tujuan membina negara yang betul-betul merdeka daripada kuasa Barat?

Saya harap kita akan saksi satu budget yang lebih baik tahun depan.

Ucapan ini dibuat semasa perbahasan Bajet 2015 di Parlimen.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments