Rakyat sedang menghadapi masalah perumahan

0
205 views

Unit Perancang Ekonomi harus kaji secara rapi apakah sebabnya harga rumah sedang melambung tinggi, ujar Dr Jeyakumar Devaraj.

ppa1m housing

Menteri Perumahan telah memberitahu kita bahawa satu perempat daripada keluarga di Malaysia tiada memiliki rumah. Kita ada 6.4 juta keluarga di Malaysia. Ertinya 1.6 juta keluarga tidak punyai rumah mereka sendiri.

Apakah pecahan pendapatan bulanan untuk 1.6 juta keluarga ini? Jika Jabatan Perangkaan dapat membekalkan kita matlumat ini, baru kita akan dapat menangani masalah perumahan rakyat kita.

Kita sering dengar istillah ‘rumah mampu milik’. Apakah bayaran pinjaman bank yang dapat ditanggung oleh sebuah keluarga dengan pendapatan bulanan di bawah RM3000? Ini harus dikaji oleh Unit Perancangan Ekonomi (butiran 020000). Saya khuatir harga rumah yang disediakan sekarang tidak boleh dibeli oleh kebanyakan keluarga yang memerlukan rumah.

Harga rumah melambung

Satu isu lagi yang harus dikaji oleh Unit Perancangan Ekonomi ialah bagaimana kegawatan dapat dikendalikan. Kita berada dalam satu ekonomi yang mengalami kegawatan setiap 8 atau 10 tahun.

Jadi sebuah keluarga yang ambil pinjaman dengan tempoh bayaran 35 tahun akan menghadapi tiga atau empat kegawatan sebelum menyelesaikan pinjaman rumahnya. Wujudnya risiko tinggi keluarga ini akan kehilangan rumah mereka dalam salah satu daripada kegawatan ini. Bolehkah Unit Perancangan Ekonomi menyediakan satu mekanisme yang boleh melindungi pembeli rumah semasa kegawatan – mungkin satu tabung insurans yang khas?

Unit Perancang Ekonomi juga harus kaji secara rapi apakah sebabnya harga rumah sedang melambung tinggi. Kos bahan-bahan dan upah pekerja untuk mendirikan sebuah rumah adalah lebih kurang RM50 sekaki persegi. Jadi untuk rumah berukur 20 kali 40 kaki adalah RM40 ribu. Campur kos infrastruktur RM12 ribu kita sempat menyediakan rumah teres dengan harga RM52 ribu sahja. Tetapi kita berdepan dengan harga rumah teres RM300 ribu ke atas. Hanya bila kita dapat kenalpasti sebab-sebab perkara ini, baru kita akan dapat mengendalikannya.

READ MORE:  Political crisis not over, confidence-and-supply agreement still needed

Selain daripada untung yang dikehendaki oleh pemaju, kita juga harus mengambilkira peranan pemimpin kerajaan-kerajaan negeri yang menswastakan tanah kerajaan ke syarikat milikan kerajaan ataupun syarikat swasta yang selepas itu menjual tanah ini kepada pemaju dengan harga yang berlipatganda. Ini juga satu fakta yang meningkatkan harga rumah biasa.

Satu lagi fakta adalah spekulasi oleh lapisan kaya yang membeli rumah sebagai pelaburan, investment dan bukan untuk didiami.

Dr Jeyakumar Devaraj berbahas di Parlimen dalam sesi Badjet Jabatan Perdana Menteri untuk tahun 2014

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments